Monday, August 2, 2010

kisah Kucing Otai/Samseng

Lokasi: sebuah kawasan perumahan di subang jaya


Kisahnya: seekor kucing yang samseng/otai/gangster

Ada seekor kucing kaler putih dengan tompok warna hitam
Berdasarkan kiraan umur kucing, dan sedikit bald spot di kepalanya,
ia agak tua (owh, dan juga mukanya yang besar)
Family aku panggil kucing itu sebagai Kucing Otai/Samseng
Ada 3 kisah yang menunjukkan ke-samseng-an kucing itu

Kisah pertama
Seorang surirumah ternampak seekor kucing di bawah kereta di depan rumahnya
kucing itu adalah Kucing Otai/Samseng
Surirumah ini mahu menghalau Kucing Otai/Samseng tersebut kerana ia suka kencing atas tayar kereta
Maka, surirumah itu pun membuka paip dan menjirus air ke arah Kucing Otai/Samseng itu
Reaksi Kucing Otai/Samseng itu?
Hanya memandang surirumah itu dengan pandangan ada-aku-kisah-ko-jirus-aku-?
Selepas bagi pandangan ada-aku-kisah itu, Kucing Otai itu blah macam takde ape terjadi

Kisah Kedua
Seorang pelajar sekolah menengah ternampak Kucing Otai/Samseng itu masuk ke kawasan halaman rumah
Oleh kerana pelajar ini tidak suka pada kucing, dia cuba untuk halau Kucing Otai/Samseng itu
Dia halau dengan cara standard menghalau kucing, hentak kaki sambil mulut cakap "shooh2"
(U get what I mean rite?)
Reaksi Kucing Otai/Samseng itu?
Pandang budak sekolah menengah itu dengan pandangan kau-ingat-aku-takut-dengan-kau-?
Budak sekolah tu pun naik geram sebab Kucing Otai/Samseng tu taknak blah dan tak takut kat dia
Dia pun kejar Kucing Otai/Samseng itu
Reaksi no. 2 Kucing Otai/Samseng tu?
Blah, secara berjalan bukan berlari, dari situ dengan selambanya macam budak tu tak wujud pun

Kisah Ketiga
Kisah ketiga ni memang Kucing Otai/Sameng tu sangat tunjuk ke-samseng-an dia
Ada sebuah family nak g kluar makan malam
Anak sulung keluarga ni keluarkan la kereta dari porch
Kereta ni keluar muncung dulu sebab masa parking masuk belakang dulu
Masa dia nak keluarkan kereta tu, Kucing Otai/Samseng tu tetiba memunculkan diri dari arah kiri pagar
Gaya dia keluar tu macam tengah stalk prey (mangsa)
Anak sulung keluarga ni acah2 la nak langgar Kucing Otai/Samseng tu sebab kalau Kucing Otai/Samseng tu tak blah, kereta tak boleh keluar
Reaksi Kucing Otai/Samseng itu?
Tak berganjak dari tempat tu sambil pandang kereta dengan pandangan kalau-kau-berani-langgar-la-aku-kau-ingat-aku-takut-?
Si anak sulung ni pun gerakkan la kereta makin dekat dengan Kucing Otai/Samseng tu sebab nak suruh dia blah
Kucing Otai/Samseng tu gerak sikit, buat pandangan ingat-aku-takut tu dan pandang kat tempat dia stalk tadi
Si anak sulung terpaksala gerak sikit2 sampai la Kucing Otai/Samseng tu malas nak layan dan blah macam takde ape jadi

Samseng ke tak samseng Kucing Otai/Samseng ni?

p/s: sila dengar lagu No Other by Super Junior sambil baca translated lirik die...sangat comel ok...