Wednesday, February 24, 2010

Merapu

Salam

Aku nak gak tulis post baru walaupun ade keje lain kene wat. Chapter 3 Mr. D aku patutnya kene submit last month tapi aku x submit2 lagi. Balik dari cuti ni lak makin bertambah-tambah kemalasan aku. Haish -_-"

Aku nak citer pasal celebrate birthday ain joha (coursemate aku) malam tadi, cerimanis dah tulis (dan mungkin marinata juga akan tulis). Apa2 pun benda tu memang pengalaman yang susah untuk dilupakan. Konon2nya ni last semester la kan. Semangat nak 'kidnap' birthday girl, diri sendiri cuak nampak makhluk pakai tanduk bercahaya. Tak pasal2 beberapa budak lelaki terpilih dapat SMS yang ada ayat "jgn jeles"....Haish la mereka2 ni. Tapi mereka2 ni gak la yang aku sayang.

Misi aku nak cari identiti Mr. H pun tak jalan. Nak je aku tanya sume budak laki yang aku kenal "eyh, ko ke Mr. H?". Kang aku wat betul2 mau diorang ingat aku ni bengong (as if sekarang ni aku normal sangat la kan). Cerimanis pun tertanya2 sebab die x puas ati tetibe nama die masuk dalam 'conversation' antara aku dgn Mr. H. (alamak cerimanis, jangan marah ek =P). Nasib baik benda ni hobi sampingan aku je.

Tapi kan, aku dah taknak wat post2 yang sedey, depressing, stress dan yang seangkatan dengannya. Kalau buat pun, aku nak kurangkan. Hidup ni takkan nak tengok yang buruk je kan?. Aku rasa orang lain pun akan rasa depressed bila baca blog aku. Dah la background gelap, layout biasa je (asalnya nak tulis boring tapi macam pathetic la kan mengaku layout blog sendiri boring), nak tulis yang sedey2 je. Pasni nak tulis benda2 best je macam pasal hari yang hujan semalam selepas beberapa hari yang sangat panas. Semalam ramalan cuaca aku salah bila aku kata kat seseorang yang petang semalam takkan hujan sebab awan tak nampak cukup berat. Rupa2nya aku salah yang sangat salah. Bukan setakat hujan turun, ia turunnya dengan selebat-lebatnya sampai malam. Lega sikit malam tadi. Takde la aku kepanasan dalam bilik. Tahap toleransi aku kat panas sangat la rendah sebenarnya.

Cakap pasal tahap toleransi terhadap kepanasan aku yang rendah ni, tetiba teringat satu kejadian masa aku main kat Kejohanan MASUM kt UUM last year. Taktau aku pernah citer belum kat post sebelum ni. Aku ada satu game tengahari buta. Memang game tu betul2 tengahari. Siapa pernah pergi utara akan tau panas kat sana macam mana. Masa main tu ok lagi walaupun dah hujung2 tu rasa semacam dah. Game tu kalau tak silap 1 jam 30 minit. Habis game tu pegi lunch. Time ni memang dah rasa pening sangat2 dan tak sedap badan. Abes lunch balik nak rehat. Dari tempat lunch ke tempat tinggal jalan kaki je. Tengah jalan tu aku dah rasa tak best dah. Tak sempat sampai blok kolej, aku muntah. Nasib baik aku dekat dengan longkang time tu (takde la aku muntah tengah2 jalan raya...huhu). Memang lembik aku pastu. Tapi yang bestnye petang tu aku xyah training sangat >= )

Haish, tengok, aku berjaya merapu lagi.
Perlu berhenti sekarang sebelum aku masuk topik lain.
Ok, dah berhenti.



p/s: ayat feveret terbaru aku "sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia, aku pilih derita"...aku tau si nanim mesti tau ayat ni dari mana...

p/p/s: mak2 xtau yang anak2 slalu kluar pas kul 12 malam...apa la nak jadi anak2 zaman sekarang =P

p/p/s: kontraktor yang buat bridge kat UM ni efisien sebab pertukaran jalan berlaku tanpa disedari...siang jalan lain, malam jalan lain.....

Monday, February 15, 2010

let go or hold on to it?

Bila perlu kita lepaskan sesuatu?
Dan bila pula kita mesti tetap berpegang pada sesuatu itu?
Agama, tak akan sesekali dilepaskan
Prinsip, mungkin boleh dilepaskan
Yang tersayang?
Keluarga, tak mungkin
Rakan2, selagi termampu dan selagi mereka juga begitu

Bila perkara melibatkan hati, susah nak tahu bila perlu untuk lepaskan dan bila perlu untuk bertahan
Tapi, bila kita tahu untuk sayang diri sendiri, secara automatik kita akan tahu bila nak lepaskan sesuatu itu
Walaupun sesuatu itu sangat indah kenangannya

Lagu kata "Sandarkan pada kenangan"
Aku kata "Lihat pada realiti"
Kenangan memang kadang2 manis
Tapi ia hanyalah ia, satu memori yang yang kadang2 di-exaggerate oleh perasaan kita sendiri

It's time for me to let go
And let Fate run its course

Tuesday, February 9, 2010

Fragments of my life

Post ni aku letak gambar2 yang menunjukkan sedikit fragmen hidup aku sem ni....bermula dengan masuk bilik kolej, ke kelas, meronggeng ckit, bizi dengan SUKMUM dan akhirnya IP dan tesis.



Sila teka ini kunci bilik siapa....yang pasti bukan aku punya...



Kanak2 riang baru lepas abes kelas dan excited nampak handphone aku



Jangan ditanya kenapa muka mereka begini....



Air teh 'o' ais tetiba enter frame T_T



Hanim konon2 nak wat muka comel....comelkah anda wahai cik hanim?



Muka bahagia dapat makan McD...tak ingat sape yang tetiba teringin nak makan McD...ini penyebab aku g training futsal lewat sejam =P....



Nad disk special ckit malam tu, xyah kongsi frame dengan orang lain....muka nad cam tembam....ehehe



Burger hasil tangan seseorang dari 4 orang kat atas....dia wat ni sebab bosan tunggu lagi dua orang yang g digital mall dulu...



Budak2 volley perempuan 2nd....dapat placing  no.4...aku supporter yang slalu nyibuk naik van dengan diorang...sila teka siapa pakai jersi 12 tu....



Ini mereka masih behave....lepas je dari ni masing2 xnk kalah masa nak amek gambar....aku tak boleh nak letak gambar sofbol sebab: i) nnti ada muka aku, dan ii) aku tak amek lagi dari photographer



Nana, tirah dan kah yee...diorang grouprmates IP aku...ni kat Cafe Rumah Limas kat Danga Bay....ada lagi dua orang tapi aku tak amek gambar diorang sebab diorang duduk sebelah aku....tirah, apsal ko wat muka camtu?



Air yang aku order teh 'c' special...kononnya 3 lapis tapi tak nampak sangat lapisan dia....muka tirah jadi background



Air dan makanan aku...sedap woo



Makanan aku untuk malam tu...nasi putih dengan sotong kung pow, kalau tak silap

Saturday, February 6, 2010

tak mandi dan johor

Salam

Baru dapat mandi selepas lebih 24 jam tak dapat mandi. Oh tidak, bukan sebab U takde air (walaupun ianya contributing factor). Ari rabu aritu aku dan group IP aku g Johor sebab kitorang telah diberi tugasan untuk kaji pelabuhan Johor kat Pasir Gudang. Pagi khamis tu tetiba adik aku SMS aku kata kat kolej takde air. Aku peduli ape kan? Aku kat Johor time tu. Aku macam malas layan adik aku tu. Pastu, ari jumaat petang tu kitorang pun balik la.

Sampai kolej kul 11 malam. Aku bajet time aku sampai tu air dah ada la. Rupa-rupanya air takde lagi. Kalau nak mandi kene tadah air tangki emergency kat tingkat bawah. Masa tu penat giler kot. Aku dah koma dah dalam keter. Sepanjang perjalanan aku tido je. Bangun bila berhenti jek. So, aku yang memang semulajadi pemalas ni lagi la jadi tak sanggup nak tadah air. Sampai bilik je, aku letak barang2 merata, cabut tudung, terus landing atas katil. Tertido sampai rumet aku masuk. Rupa2nya dia baru balik mandi dari tingkat bawah. Aku bangun, tarik sume barang2 aku tadi ke arah katil, tukar baju, tido sampai pagi ni.

Kat rumah baru mandi. Tapi sebelum aku balik tadi air dah ada dah. Cuma sebab aku tak larat nak bangun mandi itu yang kat rumah baru mandi. Balik rumah dalam keadaan yang sangat selekeh.

Sebenarnya sekarang ni pun penat lagi. Kitorang kat sana memang 80% la wat keje. Malam je dapat meronggeng. Yang best kat johor adalah makanan. Setakat ni, semua tempat yang kitorang g makan, memang puas hati la. Benda2 lain, lebih kurang sama je dengan kat KL. Aku tak g Singapore pun sebab aku takde passport. Setakat g Danga Bay dengan JB je la. Tapi dua orang member aku ada la pegi Singapore sebab diorang ade passport. Yang 5 orang lagi termasuk aku stay kat JB.

Masa ni baru teringat sorang senior kolej aku yang duduk kat JB. Die dah grad. Aku panggil die Kak Ojul. Aku pun call la dia kata nak jumpa. Dia dengan baik hatinya bawak 5 rakyat Malaysia yang tak boleh masuk Singapore (sebenarnye sorang tu ada passport tapi dia taknak ikut) ni makan kat satu tempat ni. Kalau tak silap nama restoran tu Banafee Village, kat dalam bandar JB. Sedap dan servis agak bagus. Pas makan Kak Ojul ajak g rumah dia. Kitorang yang dah penat ni dengan tak malunya setuju. Rumah die sebenarnya kat Larkin tapi tak jauh mana pun dari bandar JB tu. Lepak sana sampai kul 11 malam walaupun member yang dua orang tu taktau akan balik kul brape. Kitorang sebenarnya segan nak stay lama2 kat rumah dia. Kitorang minta dia hantar kitorang kat JB sentral. Memang sangat2 grateful kat Kak Ojul yang baik hati. 

JB sentral ni fungsinya sama macam KL sentral, sebagai transportation hub. Kitorang 5 ni tunggu la member yang 2 orang tu balik kat terminal. Gaya kitorang kat terminal tu dah macam gaya Tom Hanks dalam citer The Terminal. Macam stranded person yang tak boleh keluar dari terminal tu. At one side, a land we cannot enter. At another side, a dangerous place we don't dare to go. Kami sebenarnya takut nak tunggu kat luar sebab macam bahaya (walaupun ada si Calvin, kononnya the Women Potector). Dekat pukul 1 pagi baru member kitorang sampai. Rupa2nya traffic jam lama kat causeway. Itu yang diorang lambat tu.

Tapi memang pengalaman la g johor ni. Macam2 benda jadi. Ada lawak, ada yang boleh gugur jantung. Tapi yang penting, stesen minyak sangat la berjasa kat kitorang. Kalau tak, mesti kitorang sesat lagi teruk. Sesat tu sesat la, tapi dengan bantuan orang2 di berbagai stesen minyak, dapat jumpa jalan gak. Signboard sangatlah membantu (sarcasm).


p/s: terlelap jap masa org johor port brief psl CFS  (T_T)

Monday, February 1, 2010

tak balik, sofbol dan futsal

Salam

Dah dua minggu aku tak balik rumah! Itu satu rekod untuk aku yang wajib balik rumah setiap minggu =P. Nasib baik ari ni (Isnin 1/2/10) cuti jadi aku ada peluang untuk balik. Kalau tak rekod aku jadi tiga minggu. Takmau2. Last week aku tak balik sebab ada game futsal sempena SUKMUM. SUKMUM ni inter-college games kat U 'kesayangan' aku ni. Last year aku tak dapat join futsal sebab clash dengan game sofbol. Tahun ni bila dapat tau je yang futsal tak clash dengan sofbol, terus ada niat nak join. Kalau tak join tahun ni memang aku takde peluang nak join dah sebab, InsyaAllah, ni tahun akhir aku. Futsal dapat masuk quarter-final. Kat sini kalah dengan KK8 masa penalty shoot-out. Frust woo. Kalah 2-1. Tiga hari gak la nak lupakan kekalahan tu.

Minggu ni lak aku tak dapat balik sebab ada game sofbol lak. Sofbol tu adik-beradik dengan baseball dan sepupu dengan rounders. Kalau tak tau gak aku dah tak tau camne nak bagi comparison. Kulit aku dah gelap dah ni sebab kebanyakan game time kepanasan matahari pada tahap maksimum. Nasib baik tak kena sunburn macam Daughter #3. Merah woo kulit dia. Aku rasa ni game sofbol terakhir aku sebab aku dah tak join lagi team varsity aku. Masa game semalam coach tanya kenapa aku taknak main lagi padahal aku main untuk team kolej. Team kolej aku terpaksa main sebab aku telah dijadikan kapten tanpa rela. Ok, bukan la kena paksa tapi aku tak boleh nak tolak atas beberapa sebab tertentu.

Ke-stress-an jadi kapten ni memang sangat la hebat. Masa game lagi la. Player aku sangat la suka nak buat aksi2 yang boleh buat jantung aku gugur. Tapi Alhamdulillah, team kolej aku jadi juara. Game paling best adalah game semi-final. Kitorg ketinggalan 4-1 dan tinggal 10 minit lagi pastu giliran last kitorang batting. Kalau kitorang dapat run at least 4, kitorang boleh menang. Percaturan Allah itu indah. Masa tu gak la pitcher team lawan tak boleh nak pitch. Last2 kitorang menang 9-4. Aku memang happy giler time tu sampai aku peluk kuat2 pitcher aku sebab sebelum game tu kitorang discuss pasal game tu dan kitorang tak expect pun akan menang. Aku dan dia memang pasrah.

Tournament kali ni memang ajar aku satu benda. Kita hanya boleh berusaha dan berserah lepas tu. Aku memang serabut giler sebelum tournament ni. Team aku sebenarnya juara bertahan. Untuk jadi juara masa kita bukan sesape lebih mudah dari untuk mempertahankan kejuaraan itu. Memang stress giler. Pitcher tu dan rumet aku memang tau aku stress giler. Rumet aku yang juga merupakan teammate aku suruh aku hanya untuk pasrah. Dan itu yang aku buat. Pasrah dengan segala kemungkinan. Kalau kalah, kalah. Kalau menang, menang. Alhamdulillah kitorang menang. Satu kenangan yang takkan dilupakan.

Sekarang ni, aku hanya akan fokus ke hal2 akademik. Integrated Project dan Mr. D sedang menunggu. Mr. D dah 2 bulan aku tinggalkan. Aku ni pun dah delay seminggu untuk submit chapter 3 aku. Mudah-mudahan semua perkara akan berjalan lancar lepas ni.