Saturday, April 7, 2012

Mula Bab Baru

Salam

Aku di Australia, sambung belajar. Dan benda yang aku belajar bukan setakat yang diajar dalam kelas jek. Walaupun aku kat sini baru je nak dekat sebulan, tapi macam2 aku dapat observe kat sini.
Orang kat sini ramai yang amalkan active lifestyle. Aku yang macam dah malas nak exercise segala jadah tu, tetiba rasa semangat je nak start balik hidup aku yang boleh tahan aktif macam masa aku undergrad dulu. Granted, cuaca kat sini boleh tahan selesa (walaupun sinaran matahari dia intense).  Pagi2 masa aku tengah tunggu bas, memang ramai la orang yang tengah jogging atau naik basikal yang  aku akan jumpa. Kadang2 tengahari buta pun ade orang jogging. Kebetulan jugak ade park yang sangat besar dan best dekat2 dengan Malaysian Hall ni.

Service kat sini pun agak bagus. Semua cashier yang aku jumpa, semua akan tegur dan tanya khabar sebelum scan barang2 aku. ‘Thank you’  memang akan diucapkan bila dah habis bayar. Dan kebanyakan akan wish ‘Have a good/great day’ walaupun aku percaya day diorang pun tak berapa nak good/great. Kat sini kalau nak minta tolong staf memang senang dan agak susah nak jumpa service staf yang rupa kalah jeruk atau yang rude dengan customer.  Actually,  kebanyakan orang kat sini memang camtu. Tapi aku diberitahu, kalau diorang mabuk, boleh jadi dangerous. Maklum la, orang mabuk kan takde inhibition.  Dan orang kat sini sangat la suka party. Moto diorang adalah “Work hard, play hard.”

Lagi satu aku suka kat sini, pejalan kaki diutamakan. Kalau kat Malaysia, pejalan kaki kene tunggu kereta takde atau tunggu kereta yang baik hati untuk berhenti sebelum dapat lintas. Kat sini, kalau kereta nampak pejalan kaki nak lintas, automatic dia berhenti. Tapi kalau jalan besar atau busy, still kene lintas jalan kat traffic light intersection dan tunggu lampu pedestrian hijau. Prinsip ‘Pedetrian First’ tu memang apply kat mana2 road kat sini. Tu yang best yang jalan kaki kat sini (padahal sebab nak jimat..ehehe).
Tapi dalam banyak best, ada gak benda2 yang buat aku wish aku kat Malaysia. Benda pertama adalah makanan. Nak cari makanan halal senang tapi yang kena dengan selera susah sikit la. Yang bagus, banyak variety. Ade makanan arab, india, Malaysia, thai, Mexican dan banyak lagi la yang halal tapi tak semua tu kena dengan selera. Makan empat lima kali boleh la tapi kalau dah banyak kali, memang akan teringin nak makan makanan Malaysia yang betul2 Malaysian dan sedap. Nasib baik la aku ni jenis tak kisah sangat pasal makan ni tapi kadang2 teringat gak la masakan mak aku dan juga makanan Malaysia yang ori.
Benda kedua yang tak best adalah toilet. Aku rasa aku takyah citer kot pasal ni sebab semua orang maklum pasal ni. Camne nak setel, itu ikut kreativiti masing. Aku ada cara aku sendiri dan aku taknak la beritahu kat public blog camni. Ngeh3.

Dan benda terakhir bagi aku tak best kat sini adalah kat sini it is freaking EXPENSIVE. Nak settle down kat sini jek aku habis AUD 1000. Tiket bas je aku abes AUD 43 seminggu. SEMINGGU ok, bukan sebulan. Tu tak masuk sewa dan makanan kat hall dan jugak expenses lain. Tu pun nasib baik aku dapat duduk Malaysian Hall sebagai residen. Kalau aku sewa rumah, memang lagi banyak la expenses aku. Ni nak masuk winter nanti, aku kena beli baju yang sesuai pulak. Walaupun winter kat sini tak macam winter kat UK atau negara2 northern hemisphere yang lain, tapi suhu dia boleh menggigil gak la kalau tak pakai proper clothes. Sekarang ni autumn pun aku kadang2 tak tahan, especially kalau hari hujan ataupun windy.

So far, aku memang happy kat sini. Tak homesick sangat dan slowly adjusting menjadi student balik. Kadang2 stress gak duk fikir assignment yang walaupun tak banyak tapi weight-age die berat. Ngee. Dan tolong jangan tanya pasal boyfriend etc. Aku kat sini nak belajar ok. 

So yeah. Life for the time being is good :)