Tuesday, January 8, 2013

Bezanya Di Sini dan Di Sana

Salam

Seperti yang semua sedia maklum, aku kini di perantauan.
Di tempat asing di mana budaya dan cara hidup sedikit berbeza daripada apa yang aku diajar.
Aku belajar untuk sesuaikan diri dengan benda-benda yang aku pandang enteng di Malaysia.
Mencari makanan halal, menggunakan tandas yang kering, menyesuaikan diri dengan cara hidup orang disini, bertudung di lautan manusia yang tidak memakainya dan sebagainya.
Dan aku perlu lakukan ini semua tanpa hilang identiti diri.

Aku Islam dan aku orang Timur.
Kadang-kala memang aku akui tidak mudah untuk lakukan ini semua.
Godaan untuk 'free hair' memang ada.
Apatah lagi godaan untuk main terjah je makan ayam, daging dan lamb yang menggiurkan.
Aku boleh je terima pelawaan rakan-rakan Aussie untuk minum wine dan beer.
Dan aku boleh je makan apa yang mereka pesan dari restoran ketika keluar dengan mereka.
Tapi mungkin Tuhan itu masih sayang aku walaupun aku bukanlah hamba yang baik.
Aku tolak pelawaan mereka dan jelaskan mengapa dan Alhamdulillah mereka faham.
Dan mereka juga berjaya buat aku kagum kerana selepas sahaja aku menjelaskan perkara tersebut, setiap kali keluar bersama mereka akan pastikan aku boleh makan makanan tersebut.
Salah seorang daripada mereka, yang paling rapat dengan aku, akan bertanya dahulu bahan-bahan apa yang aku boleh makan kalau dia hendak buat dessert untuk aku. Dan dia juga membasuh kembali semua alatan dapur yang dia gunakan kerana tidak mahu cross-contamination.

Aku tidak pasti samaada semua rakan-rakan aku di Malaysia tahu tentang perkara ni, tetapi aku sekarang bekerja di City of Sydney Council.
City of Sydney Council ni samalah seperti DBKL di Malaysia.
Mula-mula aku berjaya menjalani internship di situ selama lebih kurang 3 bulan (kerana aku buat secara separuh-masa. Ya, di sini nak buat internship secara part-time pun boleh).
Selepas internship tersebut, aku ditawarkan kerja sementara bersama mereka.
Buat masa ni aku akan bekerja selama 4 minggu bersama mereka.
Bila rakan-rakan pelajar Malaysia di sini dapat tahu, mereka pasti akan bertanya beberapa soalan.
Soalan paling lazim adalah "Kau keje apa kat situ?"
Soalan kedua paling lazim "Best tak?"
Aku tidak mahu menjawab dua soalan di atas kerana tidak relevan dengan topik sekarang.
Tapi aku akan menjawab, bagi aku 3 soalan yang pernah ditanya kepada aku dan aku rasa aku patut kongsi di sini.

Soalan 1: "Eyh, orang2 kat ofis kau layan kau camne eyh? Diorang ok ke dengan kau?"
Aku tidak tahu kenapa soalan ini ditanya. Apa yang aku tahu, soalan ini sedikit menyedihkan aku.
Sedih kerana orang-orang kita masih ada yang rasa rendah diri dan merasakan identiti sebagai orang Asia dan beragama Islam itu boleh menjadi batu penghalang.
Jawapan aku kepada soalan tersebut adalah "Ok je. Apsal lak tak ok? Diorang respek je dengan aku. Diorang layan aku macam diorang layan yang lain kat dalam ofis tu. Borak2 dengan aku, makan lunch kat pantry sesama."
Orang-orang disini tak pandang kau dari mana dan apa agama kau. Yang mereka pandang adalah kemampuan kau buat kerja. Bagi mereka, aku diterima buat internship di situ bermaksud aku layak berada di situ dan layak mendapar respect dari mereka. Walau MUNGKIN sebahagian daripada mereka tidak suka orang Islam (sila lihat 'MUNGKIN' di permulaan ayat), mereka tidak akan menunjukkan ke-tidaksuka-an itu dan tetap bersikap professional.
Dan sikap ni yang aku harap lebih banyak rakyat Malaysia dapat aplikasikan.

Soalan 2: "Officemate kau rasa awkward tak kau pakai tudung kat ofis? Ada lagi tak yang pakai tudung kat situ?"
Soalan ni straight-forward dan jawapannya pun akan straight-forward.
Jawapan aku adalah "Entah, diorang ok je dengan aku. Tapi aku yang selalu rasa macam awkward sebab aku self-conscious. Tapi diorang macam tak pandang pun aku pakai tudung ke tak. Dan setakat yang aku tau, akulah the only one kat bangunan tu yang pakai tudung. Setakat ni aku tak ternampak lagi orang yang pakai tudung kat situ."
Aku akui yang aku rasa self-conscious setiap kali masuk bangunan tempat aku bekerja.
You tend to feel it when you are the odd one out in the crowd.
Staf floor aku dah tak rasa pelik bila nampak aku tapi bila aku terserempak staf di tingkat lain, perasaan self-conscious tu tetap ada sebab dalam fikiran aku mereka tak tau situasi aku dan mungkin mereka akan pandang slack.
But again, it's all about respect. Even if you don't like it, respect the people that chose to embrace it.

Soalan 3: "Environment kat ofis kau camne eh? Sama tak macam kat Malaysia?"
Obvious answer to an obvious question.
Bak kata Nad Joe "Memang tak ar."
Aku memang tak boleh nak compare suasana disini dan di Malaysia atas beberapa sebab.
Sebab pertama: status aku sebagai intern yang tak dibayar disini dan status pekerja sepenuh masa yang dibayar di Malaysia.
Sebab kedua: Budaya kerja disini terlalu berbeza dari di Malaysia dan begitu juga legislation & enforcement mereka.
Sebab ketiga: Do I really need to say more?

Jadi, ya memang hidup di sini berbeza.
Bergantung kepada individu bagaimana mereka mahu mengharunginya.
Mengikut 100% budaya dan gaya hidup disini?
Mengekalkan 100% budaya dan gaya hidup yang kita telah dibesarkan dengan?
Atau hanya mengambil yang terbaik dari kedua-duanya?
Terpulang...

Akhir kata, banyak lagi anecdote yang aku boleh cerita tapi itu aku akan simpan untuk lain hari.
Sehingga itu,
Wassalam

N.G.