Wednesday, February 24, 2010

Merapu

Salam

Aku nak gak tulis post baru walaupun ade keje lain kene wat. Chapter 3 Mr. D aku patutnya kene submit last month tapi aku x submit2 lagi. Balik dari cuti ni lak makin bertambah-tambah kemalasan aku. Haish -_-"

Aku nak citer pasal celebrate birthday ain joha (coursemate aku) malam tadi, cerimanis dah tulis (dan mungkin marinata juga akan tulis). Apa2 pun benda tu memang pengalaman yang susah untuk dilupakan. Konon2nya ni last semester la kan. Semangat nak 'kidnap' birthday girl, diri sendiri cuak nampak makhluk pakai tanduk bercahaya. Tak pasal2 beberapa budak lelaki terpilih dapat SMS yang ada ayat "jgn jeles"....Haish la mereka2 ni. Tapi mereka2 ni gak la yang aku sayang.

Misi aku nak cari identiti Mr. H pun tak jalan. Nak je aku tanya sume budak laki yang aku kenal "eyh, ko ke Mr. H?". Kang aku wat betul2 mau diorang ingat aku ni bengong (as if sekarang ni aku normal sangat la kan). Cerimanis pun tertanya2 sebab die x puas ati tetibe nama die masuk dalam 'conversation' antara aku dgn Mr. H. (alamak cerimanis, jangan marah ek =P). Nasib baik benda ni hobi sampingan aku je.

Tapi kan, aku dah taknak wat post2 yang sedey, depressing, stress dan yang seangkatan dengannya. Kalau buat pun, aku nak kurangkan. Hidup ni takkan nak tengok yang buruk je kan?. Aku rasa orang lain pun akan rasa depressed bila baca blog aku. Dah la background gelap, layout biasa je (asalnya nak tulis boring tapi macam pathetic la kan mengaku layout blog sendiri boring), nak tulis yang sedey2 je. Pasni nak tulis benda2 best je macam pasal hari yang hujan semalam selepas beberapa hari yang sangat panas. Semalam ramalan cuaca aku salah bila aku kata kat seseorang yang petang semalam takkan hujan sebab awan tak nampak cukup berat. Rupa2nya aku salah yang sangat salah. Bukan setakat hujan turun, ia turunnya dengan selebat-lebatnya sampai malam. Lega sikit malam tadi. Takde la aku kepanasan dalam bilik. Tahap toleransi aku kat panas sangat la rendah sebenarnya.

Cakap pasal tahap toleransi terhadap kepanasan aku yang rendah ni, tetiba teringat satu kejadian masa aku main kat Kejohanan MASUM kt UUM last year. Taktau aku pernah citer belum kat post sebelum ni. Aku ada satu game tengahari buta. Memang game tu betul2 tengahari. Siapa pernah pergi utara akan tau panas kat sana macam mana. Masa main tu ok lagi walaupun dah hujung2 tu rasa semacam dah. Game tu kalau tak silap 1 jam 30 minit. Habis game tu pegi lunch. Time ni memang dah rasa pening sangat2 dan tak sedap badan. Abes lunch balik nak rehat. Dari tempat lunch ke tempat tinggal jalan kaki je. Tengah jalan tu aku dah rasa tak best dah. Tak sempat sampai blok kolej, aku muntah. Nasib baik aku dekat dengan longkang time tu (takde la aku muntah tengah2 jalan raya...huhu). Memang lembik aku pastu. Tapi yang bestnye petang tu aku xyah training sangat >= )

Haish, tengok, aku berjaya merapu lagi.
Perlu berhenti sekarang sebelum aku masuk topik lain.
Ok, dah berhenti.



p/s: ayat feveret terbaru aku "sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia, aku pilih derita"...aku tau si nanim mesti tau ayat ni dari mana...

p/p/s: mak2 xtau yang anak2 slalu kluar pas kul 12 malam...apa la nak jadi anak2 zaman sekarang =P

p/p/s: kontraktor yang buat bridge kat UM ni efisien sebab pertukaran jalan berlaku tanpa disedari...siang jalan lain, malam jalan lain.....

2 comments:

cow bebe said...

daku setuju dgn kontraktor tu.sgt lah efficient

nanimsheik said...

yap! si nanim memang tau.hehehe=]