Monday, February 1, 2010

tak balik, sofbol dan futsal

Salam

Dah dua minggu aku tak balik rumah! Itu satu rekod untuk aku yang wajib balik rumah setiap minggu =P. Nasib baik ari ni (Isnin 1/2/10) cuti jadi aku ada peluang untuk balik. Kalau tak rekod aku jadi tiga minggu. Takmau2. Last week aku tak balik sebab ada game futsal sempena SUKMUM. SUKMUM ni inter-college games kat U 'kesayangan' aku ni. Last year aku tak dapat join futsal sebab clash dengan game sofbol. Tahun ni bila dapat tau je yang futsal tak clash dengan sofbol, terus ada niat nak join. Kalau tak join tahun ni memang aku takde peluang nak join dah sebab, InsyaAllah, ni tahun akhir aku. Futsal dapat masuk quarter-final. Kat sini kalah dengan KK8 masa penalty shoot-out. Frust woo. Kalah 2-1. Tiga hari gak la nak lupakan kekalahan tu.

Minggu ni lak aku tak dapat balik sebab ada game sofbol lak. Sofbol tu adik-beradik dengan baseball dan sepupu dengan rounders. Kalau tak tau gak aku dah tak tau camne nak bagi comparison. Kulit aku dah gelap dah ni sebab kebanyakan game time kepanasan matahari pada tahap maksimum. Nasib baik tak kena sunburn macam Daughter #3. Merah woo kulit dia. Aku rasa ni game sofbol terakhir aku sebab aku dah tak join lagi team varsity aku. Masa game semalam coach tanya kenapa aku taknak main lagi padahal aku main untuk team kolej. Team kolej aku terpaksa main sebab aku telah dijadikan kapten tanpa rela. Ok, bukan la kena paksa tapi aku tak boleh nak tolak atas beberapa sebab tertentu.

Ke-stress-an jadi kapten ni memang sangat la hebat. Masa game lagi la. Player aku sangat la suka nak buat aksi2 yang boleh buat jantung aku gugur. Tapi Alhamdulillah, team kolej aku jadi juara. Game paling best adalah game semi-final. Kitorg ketinggalan 4-1 dan tinggal 10 minit lagi pastu giliran last kitorang batting. Kalau kitorang dapat run at least 4, kitorang boleh menang. Percaturan Allah itu indah. Masa tu gak la pitcher team lawan tak boleh nak pitch. Last2 kitorang menang 9-4. Aku memang happy giler time tu sampai aku peluk kuat2 pitcher aku sebab sebelum game tu kitorang discuss pasal game tu dan kitorang tak expect pun akan menang. Aku dan dia memang pasrah.

Tournament kali ni memang ajar aku satu benda. Kita hanya boleh berusaha dan berserah lepas tu. Aku memang serabut giler sebelum tournament ni. Team aku sebenarnya juara bertahan. Untuk jadi juara masa kita bukan sesape lebih mudah dari untuk mempertahankan kejuaraan itu. Memang stress giler. Pitcher tu dan rumet aku memang tau aku stress giler. Rumet aku yang juga merupakan teammate aku suruh aku hanya untuk pasrah. Dan itu yang aku buat. Pasrah dengan segala kemungkinan. Kalau kalah, kalah. Kalau menang, menang. Alhamdulillah kitorang menang. Satu kenangan yang takkan dilupakan.

Sekarang ni, aku hanya akan fokus ke hal2 akademik. Integrated Project dan Mr. D sedang menunggu. Mr. D dah 2 bulan aku tinggalkan. Aku ni pun dah delay seminggu untuk submit chapter 3 aku. Mudah-mudahan semua perkara akan berjalan lancar lepas ni.

3 comments:

Daughter #3 said...

kulit ku sgt gatal.n ble garu terasa sakit.tpi x sakit sgt pon.taruk la aloe vera utk org yg kna sunburn

ATIE said...

cayalah s0fball!

Dot3 malas sign in said...

Daughter #3:
i2 la, sape soh xnk pkai sunblock kn dh kene sunburn...kulit org stil bley thn matahari kt cni walau xde sunblock...

terataibungaindah:
thx! Hepi gler mse mng tu...