Saturday, February 6, 2010

tak mandi dan johor

Salam

Baru dapat mandi selepas lebih 24 jam tak dapat mandi. Oh tidak, bukan sebab U takde air (walaupun ianya contributing factor). Ari rabu aritu aku dan group IP aku g Johor sebab kitorang telah diberi tugasan untuk kaji pelabuhan Johor kat Pasir Gudang. Pagi khamis tu tetiba adik aku SMS aku kata kat kolej takde air. Aku peduli ape kan? Aku kat Johor time tu. Aku macam malas layan adik aku tu. Pastu, ari jumaat petang tu kitorang pun balik la.

Sampai kolej kul 11 malam. Aku bajet time aku sampai tu air dah ada la. Rupa-rupanya air takde lagi. Kalau nak mandi kene tadah air tangki emergency kat tingkat bawah. Masa tu penat giler kot. Aku dah koma dah dalam keter. Sepanjang perjalanan aku tido je. Bangun bila berhenti jek. So, aku yang memang semulajadi pemalas ni lagi la jadi tak sanggup nak tadah air. Sampai bilik je, aku letak barang2 merata, cabut tudung, terus landing atas katil. Tertido sampai rumet aku masuk. Rupa2nya dia baru balik mandi dari tingkat bawah. Aku bangun, tarik sume barang2 aku tadi ke arah katil, tukar baju, tido sampai pagi ni.

Kat rumah baru mandi. Tapi sebelum aku balik tadi air dah ada dah. Cuma sebab aku tak larat nak bangun mandi itu yang kat rumah baru mandi. Balik rumah dalam keadaan yang sangat selekeh.

Sebenarnya sekarang ni pun penat lagi. Kitorang kat sana memang 80% la wat keje. Malam je dapat meronggeng. Yang best kat johor adalah makanan. Setakat ni, semua tempat yang kitorang g makan, memang puas hati la. Benda2 lain, lebih kurang sama je dengan kat KL. Aku tak g Singapore pun sebab aku takde passport. Setakat g Danga Bay dengan JB je la. Tapi dua orang member aku ada la pegi Singapore sebab diorang ade passport. Yang 5 orang lagi termasuk aku stay kat JB.

Masa ni baru teringat sorang senior kolej aku yang duduk kat JB. Die dah grad. Aku panggil die Kak Ojul. Aku pun call la dia kata nak jumpa. Dia dengan baik hatinya bawak 5 rakyat Malaysia yang tak boleh masuk Singapore (sebenarnye sorang tu ada passport tapi dia taknak ikut) ni makan kat satu tempat ni. Kalau tak silap nama restoran tu Banafee Village, kat dalam bandar JB. Sedap dan servis agak bagus. Pas makan Kak Ojul ajak g rumah dia. Kitorang yang dah penat ni dengan tak malunya setuju. Rumah die sebenarnya kat Larkin tapi tak jauh mana pun dari bandar JB tu. Lepak sana sampai kul 11 malam walaupun member yang dua orang tu taktau akan balik kul brape. Kitorang sebenarnya segan nak stay lama2 kat rumah dia. Kitorang minta dia hantar kitorang kat JB sentral. Memang sangat2 grateful kat Kak Ojul yang baik hati. 

JB sentral ni fungsinya sama macam KL sentral, sebagai transportation hub. Kitorang 5 ni tunggu la member yang 2 orang tu balik kat terminal. Gaya kitorang kat terminal tu dah macam gaya Tom Hanks dalam citer The Terminal. Macam stranded person yang tak boleh keluar dari terminal tu. At one side, a land we cannot enter. At another side, a dangerous place we don't dare to go. Kami sebenarnya takut nak tunggu kat luar sebab macam bahaya (walaupun ada si Calvin, kononnya the Women Potector). Dekat pukul 1 pagi baru member kitorang sampai. Rupa2nya traffic jam lama kat causeway. Itu yang diorang lambat tu.

Tapi memang pengalaman la g johor ni. Macam2 benda jadi. Ada lawak, ada yang boleh gugur jantung. Tapi yang penting, stesen minyak sangat la berjasa kat kitorang. Kalau tak, mesti kitorang sesat lagi teruk. Sesat tu sesat la, tapi dengan bantuan orang2 di berbagai stesen minyak, dapat jumpa jalan gak. Signboard sangatlah membantu (sarcasm).


p/s: terlelap jap masa org johor port brief psl CFS  (T_T)

2 comments:

mr. h said...

fun fact:my record for the longest time ive gone without showering is 3 weeks >:)(but under specific circumstances it was kind of acceptable)...

Dot3 malas sign in said...

Urghh, x senonoh! :P

But if what u meant by circumstances includes climate, well it's acceptable...if x, ermm, x senonoh...ehehe