Kenapa saya taknak join facebook?
Sebab saya malas, paranoid dan nak protect diri sendiriKenapa malas?
Malas nak update segala bagai.Malas nak check semua
Bukan nak kata apa, tapi blog satu ni pun tak terjaga
Memang la orang lain yang upload-kan gambar
Tapi sampai bila orang lain nak tag-kan
Lama2 orang lain pun naik fed up
Dah tuan sendiri pun tak amek kesah, watpe penat2 je wat benda tu
Paranoid?! Paranoid tapi ada blog?!
Yep, paranoid
Paranoid sebab selalu baca article pasal kesan2 tak best facebook
Article yang siap ada kisah sebenar yang ada watak Ali (bukan nama sebenar)
Contoh: Ali (bukan nama sebenar) adalah pegawai di sebuah syarikat pengiklanan.
Dia telah dibuang kerja akibat salah satu komen gurauannya di laman sosial facebook rakannya.
Majikan Ali kebetulannya adalah saudara bau-bau bacang rakannya itu
Contoh di atas adalah contoh semata-mata. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih mahupun pernah hidup kat dunia ni.
Blog kadang2 boleh jadi anonymous, jadi benda ni SEDIKIT selamat dari facebook
Tak logik? Sukati kamu la, saya rasa ianya logik.
Nak protect diri sendiri pulak?
Saya tak mahu jadi addicted
Sikit2 nak log in dan check facebook
Kalau dalam sehari tak check sekali, takboleh tidur
Saya tak mahu jadi begitu
Sebab saya yang jenis kalau sekali dah hooked kat satu benda/perkara, saya jadi sangat obses dengan benda/perkara itu
Contoh: Saya sekarang sangat obses dengan K-Pop dan ianya sangat menyusahkan saya tapi pada masa yang sama saya tak boleh stop.
Maka, saya taknak perkara yang sama berlaku dengan facebook
Kawan2, itulah confession saya untuk malam ni.
Sekian, terima kasih