Salam
Aku di
Australia, sambung belajar. Dan benda yang aku belajar bukan setakat yang
diajar dalam kelas jek. Walaupun aku kat sini baru je nak dekat sebulan, tapi
macam2 aku dapat observe kat sini.
Orang kat
sini ramai yang amalkan active lifestyle. Aku yang macam dah malas nak exercise
segala jadah tu, tetiba rasa semangat je nak start balik hidup aku yang boleh
tahan aktif macam masa aku undergrad dulu. Granted, cuaca kat sini boleh tahan
selesa (walaupun sinaran matahari dia intense). Pagi2 masa aku tengah tunggu bas, memang ramai
la orang yang tengah jogging atau naik basikal yang aku akan jumpa. Kadang2 tengahari buta pun
ade orang jogging. Kebetulan jugak ade park yang sangat besar dan best dekat2
dengan Malaysian Hall ni.
Service kat
sini pun agak bagus. Semua cashier yang aku jumpa, semua akan tegur dan tanya
khabar sebelum scan barang2 aku. ‘Thank you’
memang akan diucapkan bila dah habis bayar. Dan kebanyakan akan wish
‘Have a good/great day’ walaupun aku percaya day diorang pun tak berapa nak
good/great. Kat sini kalau nak minta tolong staf memang senang dan agak susah
nak jumpa service staf yang rupa kalah jeruk atau yang rude dengan
customer. Actually, kebanyakan orang kat sini memang camtu. Tapi
aku diberitahu, kalau diorang mabuk, boleh jadi dangerous. Maklum la, orang
mabuk kan takde inhibition. Dan orang
kat sini sangat la suka party. Moto diorang adalah “Work hard, play hard.”
Lagi satu
aku suka kat sini, pejalan kaki diutamakan. Kalau kat Malaysia, pejalan kaki
kene tunggu kereta takde atau tunggu kereta yang baik hati untuk berhenti
sebelum dapat lintas. Kat sini, kalau kereta nampak pejalan kaki nak lintas,
automatic dia berhenti. Tapi kalau jalan besar atau busy, still kene lintas
jalan kat traffic light intersection dan tunggu lampu pedestrian hijau. Prinsip
‘Pedetrian First’ tu memang apply kat mana2 road kat sini. Tu yang best yang
jalan kaki kat sini (padahal sebab nak jimat..ehehe).
Tapi dalam
banyak best, ada gak benda2 yang buat aku wish aku kat Malaysia. Benda pertama
adalah makanan. Nak cari makanan halal senang tapi yang kena dengan selera
susah sikit la. Yang bagus, banyak variety. Ade makanan arab, india, Malaysia,
thai, Mexican dan banyak lagi la yang halal tapi tak semua tu kena dengan
selera. Makan empat lima kali boleh la tapi kalau dah banyak kali, memang akan
teringin nak makan makanan Malaysia yang betul2 Malaysian dan sedap. Nasib baik
la aku ni jenis tak kisah sangat pasal makan ni tapi kadang2 teringat gak la
masakan mak aku dan juga makanan Malaysia yang ori.
Benda kedua
yang tak best adalah toilet. Aku rasa aku takyah citer kot pasal ni sebab semua
orang maklum pasal ni. Camne nak setel, itu ikut kreativiti masing. Aku ada
cara aku sendiri dan aku taknak la beritahu kat public blog camni. Ngeh3.
Dan benda
terakhir bagi aku tak best kat sini adalah kat sini it is freaking EXPENSIVE. Nak
settle down kat sini jek aku habis AUD 1000. Tiket bas je aku abes AUD 43
seminggu. SEMINGGU ok, bukan sebulan. Tu tak masuk sewa dan makanan kat hall
dan jugak expenses lain. Tu pun nasib baik aku dapat duduk Malaysian Hall
sebagai residen. Kalau aku sewa rumah, memang lagi banyak la expenses aku. Ni
nak masuk winter nanti, aku kena beli baju yang sesuai pulak. Walaupun winter
kat sini tak macam winter kat UK atau negara2 northern hemisphere yang lain,
tapi suhu dia boleh menggigil gak la kalau tak pakai proper clothes. Sekarang
ni autumn pun aku kadang2 tak tahan, especially kalau hari hujan ataupun windy.
So far, aku
memang happy kat sini. Tak homesick sangat dan slowly adjusting menjadi student
balik. Kadang2 stress gak duk fikir assignment yang walaupun tak banyak tapi weight-age die berat. Ngee. Dan tolong jangan tanya pasal boyfriend etc. Aku kat sini nak belajar
ok.
So yeah. Life for the time being is good :)
3 comments:
update pon!!
kirim salam anwarhadi/mat luthfi kalo jumpe..^_^
hi bleh tanya macam mane nak sewa kt situ utk 4hari 3mlm? saya xleh bukak link msda.org.au.. jadi bila saya browse dpt link ke blog ni.harap u leh advice(reply to opto84@yahoo.com) thanks
Post a Comment