Friday, January 29, 2010

Overwhelmed

Hate this overwhelming feeling
When it seems that everything happens at the same time
When the smallest things can break you
It is time to take the time out

When you can share your deepest, darkest secret only with one person
And that person is unavailable
You know sooner or later you'll break down

The most difficult questions to answers is the question that starts with a 'Why'
Because sometimes, some things just happen without a reason
Or a reason only known to Allah
You have to learn to accept the fate
In order to find the answers

I'll hold on strongly to the phrase "Everything happens for a reason whether we like it or not"

Monday, January 18, 2010

Sound, tegur, direct......ape kaitan?

Aku tak suka sound, atau perkataan lainnye adalah tegur, orang lain.
Kenapa?
Sebab aku terlalu direct. Aku tak reti nak kona mahupun pusing satu round-a-bout (betul ke?) bila masuk bab nak sound2 orang ni.
Aku hanya tahu untuk sampaikan apa yang ada dalam otak aku pada masa itu. Tiada kiasan mahupun lapisan2 tambahan. Menggunakan ayat2 kegunaan harian biasa.

Kadang2 situasi camni buat aku serba-salah. Tak beritahu apa yang perlu diberitahu, aku yang sakit. Beritahu apa yang perlu diberitahu, aku, orang itu dan perhubungan yang sedia ada yang akan sakit.
Aku penting dirikah sebab taknak sakit sorang2?

Aku hanya mahu pemahaman orang2 itu. Tak berharap mereka buat lebih dari tu. Bukannya aku nak mereka terus korbankan perkara tu. Cuma.....
Hmm...

Dan sekarang aku dalam situasi yang lebih teruk daripada sebelum ni sebab aku dah sampaikan apa yang aku ingin sampaikan dan menyebabkan seseorang terasa atau rasa bersalah, mungkin, dan seterusnya menyebabkan aku sendiri rasa bersalah.
Hanya kerana menyampaikan sesuatu yang aku rasa perlu disampaikan.
Tamakkah aku sebab nak orang buat apa yang aku inginkan?

Entah la......

Entry sekadar untuk melepaskan perasaan....

Friday, January 15, 2010

Kembali Menaip

Salam

Lama dah aku tak tulis entry baru. Sebulan gak la aku menyepikan diri. Aku pun xtau kenapa aku takde mood @ idea tulis entry baru sedangkan dalam sebulan ni sangat banyak perkara yang telah berlaku.

Ada benda best, ada benda tak best, ada benda gembira, ada benda sedih, ada benda menyakitkan hati, ada benda menyakitkan kepala, ada benda yang meng-stress-kan, ada benda memenatkan dan ada benda yang berbaloi untuk dikenang.

Aku kembali menulis ni pun sebab ketenangan hidup aku dah mula terganggu. Tadi aku berjaya menaikkan bil air kolej kediaman aku ni dalam usaha untuk mencari sedikit ketenangan. Penat + lapar + nak tido + environment = bil air yang tinggi.

Semester ni aku diberi satu tanggungjawab tambahan untuk dilaksanakan. Mungkin akan ada yang fikir tanggungjawab aku ni kecik je tapi, tanggungjawab walau sekecil mana pun, sangatlah berat. Ia bertambah berat bilamana aku kena buat sesuatu yang aku selalu gagal untuk buat, menjadi 'ketua' dan 'pengurus' yang berjaya. Aku mungkin pengikut yang baik, tapi aku tak rasa aku adalah ketua yang baik. Seorang pemain bola sepak yang bagus tidak semestinya akan menjadi jurulatih yang bagus. Begitu juga yang sebaliknya, jurulatih yang bagus tak semestinya adalah pemain bola sepak yang bagus.

Tu belum masuk lagi campur tangan, bak kata seseorang di depan studio tari, "environment". Aku tak boleh kawal segala-galanya. Kawalan aku ada hadnya. Aku tak mahu melepasi had itu. Walaupun aku mungkin akan dapat apa yang aku inginkan sekiranya aku lepasi had tersebut, kesan buruknya lagi banyak dari kebaikannya. Itu masalah bila mana2 perkara itu libatkan manusia. Lebih ramai manusia, lebih susah untuk dikawal. Sebab tu la ada sorang kenalan lebih sanggup masuk sukan individu je sebab dia tak perlu fikirkan perangai manusia yang lain2.

Untuk berlaku jujur, aku sedang kecewa. Kecewa dengan banyak perkara. Perkara2 tu tak perlu la aku jelaskan. Ada perkara peribadi dan ada juga perkara bukan peribadi. Aku cuma takut aku hilang sabar dalam masa terdekat ni. Petang tadi aku nyaris2 hilang kawalan diri. Satu benda je yang buat aku masih boleh kawal diri aku petang tadi, aku takmau orang hilang hormat kat aku. Bak kata seorang pensyarah, "Be Professional. Don't let people lose their respect for you."

Akhir sekali, aku sedang dalam mode self-destruct. It just feel so good destructing myself (read in sarcastic tone).