Friday, January 15, 2010

Kembali Menaip

Salam

Lama dah aku tak tulis entry baru. Sebulan gak la aku menyepikan diri. Aku pun xtau kenapa aku takde mood @ idea tulis entry baru sedangkan dalam sebulan ni sangat banyak perkara yang telah berlaku.

Ada benda best, ada benda tak best, ada benda gembira, ada benda sedih, ada benda menyakitkan hati, ada benda menyakitkan kepala, ada benda yang meng-stress-kan, ada benda memenatkan dan ada benda yang berbaloi untuk dikenang.

Aku kembali menulis ni pun sebab ketenangan hidup aku dah mula terganggu. Tadi aku berjaya menaikkan bil air kolej kediaman aku ni dalam usaha untuk mencari sedikit ketenangan. Penat + lapar + nak tido + environment = bil air yang tinggi.

Semester ni aku diberi satu tanggungjawab tambahan untuk dilaksanakan. Mungkin akan ada yang fikir tanggungjawab aku ni kecik je tapi, tanggungjawab walau sekecil mana pun, sangatlah berat. Ia bertambah berat bilamana aku kena buat sesuatu yang aku selalu gagal untuk buat, menjadi 'ketua' dan 'pengurus' yang berjaya. Aku mungkin pengikut yang baik, tapi aku tak rasa aku adalah ketua yang baik. Seorang pemain bola sepak yang bagus tidak semestinya akan menjadi jurulatih yang bagus. Begitu juga yang sebaliknya, jurulatih yang bagus tak semestinya adalah pemain bola sepak yang bagus.

Tu belum masuk lagi campur tangan, bak kata seseorang di depan studio tari, "environment". Aku tak boleh kawal segala-galanya. Kawalan aku ada hadnya. Aku tak mahu melepasi had itu. Walaupun aku mungkin akan dapat apa yang aku inginkan sekiranya aku lepasi had tersebut, kesan buruknya lagi banyak dari kebaikannya. Itu masalah bila mana2 perkara itu libatkan manusia. Lebih ramai manusia, lebih susah untuk dikawal. Sebab tu la ada sorang kenalan lebih sanggup masuk sukan individu je sebab dia tak perlu fikirkan perangai manusia yang lain2.

Untuk berlaku jujur, aku sedang kecewa. Kecewa dengan banyak perkara. Perkara2 tu tak perlu la aku jelaskan. Ada perkara peribadi dan ada juga perkara bukan peribadi. Aku cuma takut aku hilang sabar dalam masa terdekat ni. Petang tadi aku nyaris2 hilang kawalan diri. Satu benda je yang buat aku masih boleh kawal diri aku petang tadi, aku takmau orang hilang hormat kat aku. Bak kata seorang pensyarah, "Be Professional. Don't let people lose their respect for you."

Akhir sekali, aku sedang dalam mode self-destruct. It just feel so good destructing myself (read in sarcastic tone).

No comments: