Sunday, May 23, 2010

Update lagi

Salam

kan dah cakap, weekend je boleh tulis entry baru
haish -_-'
jeles tengok marinata dan cerimanis boleh buat entry baru tengah2 minggu
tu maknanya mereka belum lagi melalui apa yang aku dan kawan2 aku lalui kat tempat praktikal kitorg
tapi takpe, sooner or later mereka akan lalui gak benda tu
ngeh3 *gelak jahat*

so far, the first two weeks of this industrial training has been a tiring one for me
tengok la lepas ni camne
setakat ni aku tak convinced lagi yang QS ni adalah profesion yang aku nak
entah la, tengok la sampai abes 3 bulan ni camne

aku ada satu soalan untuk korang
kalau dekat nama ayah korang ada title (cam dato', tan sri etc), korang akan guna tak masa isi official documents?
sebab aku tanya?
sebab bapak bos aku ada title dan sume dokumen bos aku sign dgn title tu
contohnya: Ali Dato' Abu
apa kaitannya dengan aku?
takde kaitan pun cuma aku tak faham kenapa bapak yang dapat title tapi anak yang pakai
okay, argument tak boleh pakai..
abaikan je la part ni
otak tak cukup rehat...or terlebih rehat..

anyhow, rindu zaman student
boleh sukati nak pegi kelas ke tak
boleh sukati nak tido kul brape
boleh sukati nak kluar kul 2-3 pagi kalau lapar
boleh sukati buat spontaneous decision nak g picnic
boleh sukati nak berfoya-foya
boleh sukati belanja duit takyah fikir baki duit dalam bank
boleh sukati nak g mid bila2 rasa free
macam2 boleh sukati
owh, walaupun pelik tapi aku juga rindu sports life aku

sangat2 rindu pada kawan2 aku
korang, sori aku macam tak brape contact korang
dalam dua minggu ni aku bizi sangat
mungkin pasni akan kurang kot
aku takde cara lain nak contact korang
aku hanya ada telefon, ym dan blog ni
ym dan blog macam jarang online
maka hanya tinggal henfon je dan aku tau tak selalu korang ade kredit nak contact sume orang
aku pulak susah nak contact orang kalau orang tak contact aku
facebook memang aku takkan buat
aku seorang yang paranoid, time kasih
(paranoid tapi ada blog, ape kejadahnya?)
hope we can get together sometimes

owh, one more thing
i'm glad i have a new friend thru dis blog
walaupun dia sebenarnya seseorang yang aku dah tau kewujudannya
tapi tak pernah bercakap pun
and thru dis blog we become good friends
at least that what i feel
taktau la pihak dia rasa cmne...heee
tapi seriously, memang dia kawan yang baik
mungkin sebab aku tak pernah kenal dia macam aku kenal dia sekarang
kadang2 rasa bersalah sebab suka nak serabutkan hidup dia
to that person, thanks for putting up with me for the past two weeks
really,really,really appreciate it

sebenarnya banyak lagi benda aku nak dan boleh citer
tapi setiap kali nak wat post baru
mesti random thoughts gak yang aku tulis
heh...

Sila tunggu post seterusnya terbaru minggu depan =p (bajet siot)

Friday, May 14, 2010

Update

Salam

Sudah lama tak ketemu blog kesayangan ni
Abes exam, seminggu melepak kat rumah asyik tengok TV je
Takpun bukak youtube
Abes seminggu, start praktikal lak
Nama je praktikal, tapi rasa macam dah keje betul
Siap boleh claim OT (overtime, bukan operation theater yek)
4 jam OT boleh cover duit minyak kereta seminggu

Tapi...
penat nak mampos keje ni
Abes masa nak commute je
Lutut aku pun dah naik lenguh
Asyik traffic jam jek
Pulak tu radio kereta cam bengong
Speaker dia dah rosak
Jap dia bunyi pastu jap ag dia 'meletup' pastu senyap je
Bayangkan duduk dalam kereta tak bergerak selama 10-20 minit tanpa ada radio
Bosan. T_T
Dan sangat stressing.

Anyhow, to my friends that wondering what I'm being up to,
just YM me because I don't have Facebook account
Don't ask why now.
I may write about it in the future, not sure when

On personal live, I'm quite happy with it
Pasal praktikal, takde mood nak citer (malas sebenarnya)
Orang2 yang rajin bertanya je tau ape citer aku sekarang
Sebab aku memang spesies malas nk message orang

Aku rasa pasni weekend je kot baru aku wat entry
Sebab weekdays memang takde masa
Balik rumah je tergolek
Bangun awal
Balik lewat
So, kalau nak tunggu entry baru,
check la pada hari weekend ye

Sekian,
Aku-yang-malas-nak-sambung-dah

Saturday, May 1, 2010

hari yang haru

Salam

Agak lama tak update blog (lama bagi standard aku la)
Bizi dengan exam
Abes exam, bizi meng-enjoy lak =P
Abes meng-enjoy, bizi 'operate' baby aku lak (tesis la tu)
Arini la baru aku dapat surf internet untuk leisure

Lepas log in ke blogger, aku g la merayap ke blog member2 yg len
Rupa2nya banyak gak aku tinggal
Merayap pnye merayap sampai la ke blog asma' noor (jauhtapidekat)
Kepada cik asma', tahniah kerana berjaya buat aku menangis tengah2 malam buta
Tak sangka rupanya begitu pandangan ko terhadap aku
Terharu giler, dan ye aku ingat lagi memang kita start rapat masa 2nd year

Erm, with God's will, my life as a full time student will come to end (very) soon
Buat masa ni aku takkan tulis pasal tu
Sebab aku takut aku takkan dapat tahan rasa apa yang akan dirasai
Mungkin aku takkan nangis
Tapi perasaan itu menyakitkan, itu yang aku tak larat tu

Seperti sem lepas, kali ni aku sekali lagi 'ditinggalkan'
Maksudnya, aku yang last skali balik antara geng2 aku
Sedey kot tengok member angkat barang dan blah
Dah la kene tinggal dengan dak2 volley sebab tak sempat balik kolej on time
Sedey berkali ganda jadinya
Nasib baik jumpa elleyza, wawa dgn k.zati masa kat stesen bas LRT universiti
Terubat la ckit kesedihan tu
Dah la pas baca blog2 kawan tadi
Laptop ni g play lagu Graduation (Friends Forever) yang penyanyi die Vitamin C tu
Haru gila kot

Aku nak panggil hari ini sebagai: "HARI YANG HARU"