Wednesday, December 16, 2009

toilet dan kapal terbang

Perkara tak best ialah bila rasa nak pegi toilet masa dalam kapal terbang

Benda yang lagi tak best adalah bila toilet dalam kapal terbang adalah pilihan terakhir dan destinasi adalah lebih kurang setengah jam lagi

Lagi2 tak best adalah bila mendarat kena tunggu lagi lebih kurang 10 minit baru boleh turun. Mungkin tempoh itu telah di-hiperbola, tapi bila keadaan dah desperate 1 minit pun rasa macam dah berminit-minit.

Bila dah boleh turun lak, berjalan dengan laju ke toilet. Perkara yang tak best berlaku lagi apabila toilet penuh. Rupa-rupanya ramai yang senasib dengan aku.

Perkara yang buat keadaan lagi tak best adalah terpaksa berlagak selamba sedangkan tangki bersedia untuk pecah bila2 masa. Penyelesaian termudah adalah mundar-mandir depan cubicle pilihan macam drug addict yang dah hilang high dan bekalan dah abes. Ok, hiperbola lagi. Tapi memang aku jalan2 depan cubicle sambil diperhati insan2 senasib yang lain.

Bila giliran dah sampai, masuk sepantas mungkin dan cuba untuk tutup pintu dengan sesopan yang mungkin supaya tak kelihatan seperti desperate sangat. Satu lagi perkara tak best berlaku bila untuk mengunci pintu cubicle pilihan hati, pintu tu perlu ditutup sesopan mungkin (SILA BACA: bukan untuk orang yang dah sikit je lagi tangki nak pecah). Ini bukan hiperbola.

Tapi, yang pasti kelegaan selepas semua selesai memang tak dapat digambarkan dengan kata2.

Moral of the story?
Jangan minum macam tak ingat dunia sebelum nak naik kapal terbang kalau taknak guna toilet kapal terbang.

3 comments:

cow bebe said...

hahahha.org pon camtu gak.situasi yg sama. (^O^)

Starbio Plus said...

hahahaha...

dot3 malas sign in said...

cow bebe & starbio: kan? pengalaman yang menyeksakan...huhu