Thursday, April 22, 2010

Positif, negatif dan normal.

Perbezaan antara orang positif, negatif dan normal

Situasi: 4 orang yang baru balik dari exam dan seorang watak tambahan

Watak Tambahan: hey, camne exam tadi?

Manusia #1: *sengih tanpa berkata apa*

Manusia #2: cam haram

Manusia #3 dan #4: Alhamdulillah, boleh jawab la...


Itulah perbezaan antara manusia normal, negatif dan positif.
Pilih la nak jadi yang mana satu.
Situasi di atas adalah situasi sebenar, bukan rekaan.

Monday, April 19, 2010

Interlude III

hati: dia jadi begitu kerana dia rimas dengan kau

akal: kau ni kenapa? dia memang begitu. kau je terasa lebih. sensitif

hati: tapi semua perkara memang menunjukkan dia tak selesa dengan kau. kadang2 kau ni memang agak memaksa

akal: takde apelah. semua tu benda kecik je. yang kau jadi macam ni kenapa?

(perbualan hati dan akal seseorang ketika ini)


p/s: maaf kalau ada sesiapa yang tetiba kene bad mood aku....a lot of things happening at the same time right now and it's really messing me up...

Sunday, April 18, 2010

terasa hatikah?

Salam

Ada terasa hati dengan kawan arini?
Kalau ada, dan kalau benda tu kecik je, lupakan je la
Buang masa terasa hati dengan benda kecik

Apsal aku tetiba cakap pasal terasa hati ni?
Sebab tetiba banyak kes terasa ni jadi kat kawan2 aku baru2 ni
Aku pun termasuk sekali tapi aku punya benda kecik je
Aku yang terlebih sensitif (hohoho)

Well, bab2 terasa ni bagi aku benda biasa dalam berkawan
Kadang2 kawan takde niat pun nak sakitkan hati kita
Tapi kita je yang terasa lebey
Unless kawan tu memang la spesies *****

Dulu masa muda2 (cam dh tua sangat je =P)
Aku senang terasa dan senang tunjuk terasa tu
Tapi sekarang, bila terasa pun aku wat derk je
Bukannya member akan pujuk
Lagi pun semua dah besar sekarang
unless memang sah2 kawan tu dah salah dan salah tu besar
or dia memang pain in the neck

Pihak yang tak sengaja buat kawan terasa lak
kalau betul tak sengaja buat kawan terasa
dan memang kita salah
mintak maaf la
at least kita dah wat part kita
terpulang kat kawan yang terasa nak teruskan dengan sulking dia

Bagi aku, kalau buat perangai bila terasa
Macam budak kecik tak dapat gula2
Umur2 macam aku ni patut dah tau
Tak semua kita boleh dapat
Dan manusia ni berbagai jenis
Umur2 macam aku ni gak patutnya
Tau untuk control emosi (walaupun aku pun bukannya hebat sangat bab2 ni..huhu)

setakat ni dunia yang kita tau dunia pelajar lagi
kat luar nanti akan ada orang yang lagi dahsyat dari yang kita jumpa sekarang
kita kena la pandai2 sendiri nak wat camne
kalau sampai ke tua asyik nak terasa dengan orang je
baik takyah

kesimpulannya
umur2 camni kalau nak terasa tu
biarlah sebab yang betul
kalau setakat member tersalah bergurau tu, apa la sangat
unless member tikam dari belakang
lain citer la

dalam berkawan kene la ada tolak ansur
kita salah kita mintak maaf
member TAK SENGAJA sakitkan kita
maafkan dia (tak kira la dia mintak maaf ke tak sebab kadang2 dia pun tak tau dia dah sakitkan ati kita)

Thursday, April 15, 2010

to a certain mr.h

mr. h,
do still remember the deal we made earlier this sem?
the deal about me finding out who u r n u revealing urself if i failed to find out ur identity by the end of this semester?

well, i think it's time to finalize the deal
thing is, i failed to find ur identity
im clueless about who u r
n my time here, in dis college is almost over (God's willing)
i have about two weeks left

so, what now?
(hope u read dis post)

Wednesday, April 14, 2010

interlude II

still not in a cheerful mood
i'm happy, in a way though
or is it just a contented feeling?
anyhow, don't feel like writing 'real' new post (what is real, anyway?)
maybe in a day or two i'll write something up
juz for the sake of keeping this blog updated



p/s: i'll write in english when sumthing is bothering me.....

Tuesday, April 13, 2010

dedikasi dan penghargaan

Salam

Post sebelum ni aku ade tulis pasal aku sayang mereka2 yang di sekeliling aku
Ye, aku sayang mereka
Bukan saja2 dilafazkan ye

Sebenarnya, aku terasa nak tulis post tu sebab apa yang jadi masa dalam proses aku nak siapkan tesis aku
Dalam masa tu la, aku terasa bertuah dikelilingi mereka2 tu
Nak je aku letak nama setiap sorang tu dalam ruangan dedication n acknowledgement tesis aku
Walaupun mungkin diorang akan malu dengan tesis aku yg tak lengkap tu

Masa wat tesis tu, baru aku rasa betapa sebenarnya ayah aku sangat bangga dengan aku
Dan masa tu gak aku dapat rasa betapa concern mak aku kat aku
Sebelum ni memang ada beberapa peristiwa yang buat aku sedar betapa sayangnya mak ayah aku kt anak2 dia
Tapi masa aritu, aku memang rasa sangat2 terharu
Aku cakap cenggitu sebab parents aku bukanlah yang jenis tunjuk perasaan sayang kat anak tu
But, when it really matters, they really show it

adik aku
well, dia belikan aku kek secret recipe
di kala aku tengah bertarung nak lahirkan 'baby' tu

Kawan2 aku lak
Well, banyak pertolongan diorang
Especially dari segi support
Aku takkan lupa, camne diorang bagi semangat bila tau tesis aku ade prob
Diorang dan idea gila diorang

Aku takkan lupa camne asma' dan tirah sanggup pinjamkan keter untuk aku g interview orang
Aku takkan lupa camne emy, hanim, nad disk n marinata hiburkan hati aku dengan gelagat diorang
(walaupun sebenarnya diorang pun nak hiburkan hati diorang gak)
Juga iza, nurul, ain dan tirah

Aku takkan lupa nurul yang bersama-sama dengan aku hingga saat2 akhir nak 'lahirkan' baby tu
Juga emy yang jaga dari jauh dan rela hati bagi aku copy bahagian depan yang merapu yang aku malas nak wat
Tak lupa gak hanim yang asyik stress banyak kena ubah dan tambah
Dia la jadi kawan aku sama2 stress banyak tak siap
Marinata yang selalu bagi semangat
Nad disk juga begitu dan juga printernya (sian dia tengah tido, terjaga sebab aku nak print *bersalah*)

iza, dalam senyap2 bagi aku semangat kat blog n ym
ain pun
tirah lak, sangat membantu aku dengan kereta dia
dua ari aku pinjam keter dia, dia x cakap ape pn
asma' pun camtu, bagi pinjam keter
pastu selalu tanya perkembangan aku
nampak aku je, mesti tanya pasal tesis
terharu tiap kali ade orang concern

tina pun macam tu
dia selalu tanya aku ok ke tak
walaupun dia ada prob dia sendiri
serius terharu
bila dia sangat concern pasal kesihatan aku

aku terharu gak
bila rumet aku sangat risau masa aku tak cukup tido
sampai dia paksa aku tido
pastu dia belikan aku cookies famous amos
dia soh aku jangan tensen2
aku nak nangis bila balik bilik tengok cookies tu atas meja
(sebab stress, benda kecik pun jadi cam sangat hebat)

aku gembira bila ezzat, mike dan an borak2 dengan aku
walau diorang taktau tapi aku gembira bila dapat borak2 dengan member bukan satu course
sebab diorang cakap benda2 yang takde kaitan dengan tesis

juga kawan2 yang len yang aku terlepas nama dia kat sini tapi berjaya ceriakan hidup aku di kala aku sedang serabut (coursemate dn juga college-mate)

time kasih sume
seriusly, aku sayang korang


p/s: hampir nangis masa tulis part parents aku

Monday, April 12, 2010

aku sayang mereka

Salam

Aku sayang mereka
Siapa mereka?

Mereka adalah mak dan ayah aku
Yang telah didik aku sebaiknya
Walau tak sempurna
Tapi cukup sempurna untuk aku

Mereka adalah adik-beradik aku
Yang selalu buat aku naik angin
Tapi rasa sunyi walau seorang je takde kat rumah

Mereka adalah kawan2 terdekat aku
yang selalu menceriakan hidup aku
dengan gelagat tak ingat dunia diorang

Ye, aku sayang diorang semua
umi, abu, anak2 umi & abu, cerimanis, hanim kura2, nad disk, marinata, k.tina, nurul, ain, iza, tirah, rumet, asma', an, ezzat, mike, dan semua yang telah menceriakan hidup aku dan buat aku rasa bersyukur aku adalah aku

to my family,
i love u with all my hearts

to my friends,
i'm grateful that u are my friends

Friday, April 9, 2010

baby ku sayang

Akhirnya
Hasil kisah 'cinta' aku dan Mr. D selama lebih kurang 8 bulan ni:
Satu baby yang lahir lebih kurang kul 4.10 petang tadi
Lega aku
Setelah bertarung lebih kurang 48 jam, lahir gak baby aku

Tapi, baby orang lain sume lahir lagi awal dar baby aku
Bak kata nad disk, baby aku anak bongsu

Tuhan je tahu camne perasaan bila sume dh selesai tadi
Dah takde rupa cam zombie
Dah takde otak weng2
Dah takde pegi makan dengan muka baru bangun tido yang kronik (SILA BACA: ada garis2 cadar kat muka)
Dah takde tension bila laptop kluar lagu raya tengah2 malam buta
Dah takde tahan ngantuk
Ok, banyak benda dah takde

Tak dinafikan sume ni partly salah aku
Aku memang selalu wat keje last minute
Tapi kali ni, ada unsur2 yang aku tak boleh kawal gak
Unsur yang frustating
Tapi apa2 pun, sume tu dah lepas
Alhamdulillah
Sekarang cuma berharap hati mak dan ayah angkat lembut masa check baby aku tu

oh yeah!!!!!!!!!!
(cheh, gaya cam dah abes blaja)

Thursday, April 8, 2010

Interlude

No matter how many times your heart gets broken
You can never get used to it
It still hurts
The only difference is you will recover faster


i'm ok
juz not getting enough sleep





p/s: still struggling to finish up my thesis.....

Sunday, April 4, 2010

jiwa kacau II

Soalan untuk mereka yang rajin nak baca entry ni

Adakah anda seperti:

a)kacang tanah Ngan Yin?
b)buah durian?
c)terung masak?
d)ulas cempedak/ulas durian

Kalau kacang tanah, perwatakan luar sangat brutal/'tough'/cool/hati kering dan seangkatan dengannya.
Begitu juga dengan hati dia sebenarnya
Maknanya, apa yang dia tayang kat orang memang diri dia yang sebenarnya
Sebabnya, kacang tanah luar dia keras, dalam dia pun keras
Selalunya penjenayah yang camni...ahahahahaha

Dah boleh agak dah kan?
Kalau durian, perwatakan luar dia memang brutal/'tough'/brutal/cool/hati kering dan sebagainya
Tapi sebenarnya, dia adalah sangat fragile
Apa yang dia tayang adalah satu topeng supaya orang taktau dia sebenarnya fragile
Dia taknak orang tau supaya orang tak sakitkan dia
Tapi, seperti juga durian dimana akan ada orang berjaya 'melepasi' duri dan kulit yang keras tu
Dan dapat tau betapa lembut sebenarnya isi durian itu
Begitulah orang yang berperwatakan durian ni
kalau kena cara betul, orang lain dapat kenal diri orang ni

Kalau terung masak, well, ni lebih kurang cam kacang tanah
Dia tayangkan diri dia yang sebenar
Kat luar memang lemah lembut/senang dibuli/lembut dan seangkatan denganya
Dan sebenarnya memang pun senang kena buli/dilukai dan sebagainya
Susah weyh jadi orang camni
Ye la, dah la rupa memang senang nak diambil kesempatan
Dan memang senang pun nak diambil kesempatan

Yang last ni, dia terbalik dari buah durian
Kan ulas cempedak/durian yang kita nak makan tu lembut
Tapi pas abes je, kita akan jumpa biji dia yang keras
Perwatakan dia kita tengok lembut/senang nak pengaruh/senang mengalah/ dan suku-sakat yang lain
Tapi, sebenarnya hati keras gila
Sapa yang nak ambil kesempatan, mesti tak berjaya
Silap aribulan terkedu
Bagi aku, yang ni sangat bagus sebenarnya
Kelembutan itu adalah satu camouflage
Tapi bukannya dia saja2 je buat cenggitu
Dia mungkin di-didik begitu
Atau memang perwatakan dia gitu
Bukan macam durian yang selalu orangnya memang sengaja buat gitu

Jadi, anda sebenarnya apa dan anda mahu jadi yang mana satu?



p/s: jiwa kacau punya pasal la ni.........

Friday, April 2, 2010

jiwa kacau

Seperti biasa, bila makin dekat dengan deadline
Jiwa makin kacau
Time-time ni la semua benda pun rasa membebankan
Orang yang tak patut kena marah, kena marah (sori, tak berniat cuma awak masuk bilik pada masa yang salah)
Benda kecik pun nak terasa dengan kawan (bukan kawan terdekat)
Laptop yang tak bernyawa pun hampir2 kena hentak (sape soh buat perangai, dah la dateline dah dekat)
Benda kecik pun rasa nak sedih (padahal takde ape pun)
Mula la nak fikir negatif pasal semua benda dan semua orang (ntah betul ntah tidak apa yang difikir tu)

Cuma nasib baik je takde sape kene belasah
Restless bila jiwa mula kacau
Tengah2 malam buta pun boleh terasa nak berlari naik bukit
Tengah2 malam gak terasa nak sepak bola kuat2
Tak pun baling bola sekuat hati

Nak termenung, takde tempat
Nak lari @ sepak bola, kaki injured balik pas jogging ari tu (ntah dah berapa banyak injury kat kaki aku ni, aku pun taktau)
Nak baling bola, takut tangan injured balik (naya je kalau injured, sape nak taip tesis aku?)
Nak call member, sian dia kene dengar aku whining
Last2, merapu kat blog
Orang nak baca, baca
Taknak baca, takyah baca
No harm done

Dot3, silalah kembali ke tesis kamu
Walau benda tu buat kau nak muntah

Thursday, April 1, 2010

interview dan kelihatan bodoh

Alhamdulillah

Selesai satu masalah yang sangat besar bagi aku
Akhirnya aku dapat buat case study aku
Jangan di tanya macam mana aku dapat buat appointment dengam contract manager tu
Dapatnya senang, tapi jalan sebelum nak dapat tu, aku tak mau ingat

Dan seperti biasa, kalau interview kena la rekod interview tu
Aku pun rekod la interview aku tu
Dan tadi aku playback recording tu
Dan hasilnya?

Aku rasa nak hantuk je kepala kat dinding
Tak pun sorokkan kepala dalam tanah
Kenapa?

Tak, bukan sebab tak dapat rekod
Tapi sebab aku kedengaran macam orang bodoh yang taktau apa2 langsung pasal kontrak dan benda yang aku research ni

Student QS? Taktau kontrak?
Damn
Buat tesis pasal SMART tapi clueless pasal SMART?
Double damn

Kalau supervisor aku dengar recording tu mesti dia pun rasa nak hantuk2 kepala kat dinding
Sambil tu dia cakap "apasal la aku ada student camni?"

Adoi....
mintak2 la interview esok aku tak buat perangai bodoh aku hari ni



p/s: masih pissed off  dengan kejadian semalam...bajet hebat