Monday, March 29, 2010

Kesan petang yang mengecewakan

Kawan2, berdoalah aku tak extend sampai sem depan
Aku serius ni weyh
Pasal 4 chapter dalam satu minggu, aku takde masalah
Masalah aku adalah disebabkan benda yang aku tak boleh kawal
Aku dah cuba segala yang mungkin
Telefon dah
E-mail dah
Terjah pun sudah
Semua mengecewakan
Sekarang ni ada satu je harapan aku
Tapi aku kene ponteng kelas la esok
Nak cari keter lagi
Takkan nak pinjam keter orang yang sama dua hari berturut-turut

Kawan2, berdoalah ye
Aku memang dah berdoa setakat yang aku mampu......

Wednesday, March 24, 2010

tag oleh terataibungaindah...adoi

aku telah ditag oleh si terataibungaindah...adoi la
dh la tag kali ni cam maut je soklan2 dia
haish....

1)siapakah diri anda dirumah?
hurm...anak tengah dari 5 orang adik beradik..anak perempuan kedua...paling brutal...anak perempuan yang paling mengecewakan mak..huhu...paling banyak ikut perangai ayah...paling pemalas kot...errr, xtau r nk cakap ape lg...tnye r kakak @ adik aku, aku ni camne

2)siapakah diri anda dsamping rakan?
err..x pendiam sangat, x bising sangat...selalu dikelilingi oleh mereka2 yang sengal (guys,it's a compliment)...agak berbeza dari aku yang di rumah...ramai nak aku jadi kakak angkat sebab selalu belikan makanan untuk adik aku kalau keluar...yang pasti, aku di rumah dan aku dengan rakan2 adalah orang yang berbeza....

3)5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai
i) tesis aku siap dengan jayanya
ii) kepercayaan dari family
iii) hidayah & bimbingan
iv) rumah yang aku dapat bilik aku sendiri...xyah besar, cukup untuk aku aturkan barang aku ikut cara aku

4)Siapakah nama pasangan anda?
first, aku x kawen lagi
2nd, orang yang aku maksudkan disini bukan pasangan aku atau sebagainya..dia cumalah seseorang yang pernah kejap jadi orang yang istimewa buat aku tapi sekarang kami decide untuk kawan je....
nama dia dalam henfon aku: nescafe guy

5)Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda?
i) pandai amek ati
ii) baik
iii) layan aku dengan baik
iv) terima aku sebab aku adalah aku
v) lebih pentingkan kebahagiaan orang lain

6)Bila tarikh anda couple?
x couple pun

7)Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
dapat berita sedih pasal dia pastu sebulan lebih tak contact

8)Lagu tema cinta anda?
januari...ahahahaha

9)Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
ntah...takde kot...

10)Tag 10 rakan anda yang lain.

tag secara tradisinya bila sampai kat aku mmg akan stop...huhu
sbb aku taktau nak letak sape
sume macam dah kene tag
kalau rasa nak wat, wat la

*Slap!*..ouch...*silence*...ahahahaha

When in self-denial
The best cure is a slap to the face
Preferably served with cold harsh fact of life
And the best is delivered personally, right in front of you
though, it still works through the phone

It works, you know!



p/s: and i love u 4 dat! ;)

Tuesday, March 23, 2010

nota dan contengan

Last week, masa tengah lecture, aku keluarkan satu notebook aku ni.
Konon2 nya nak wat nota la kan (memang tak la kan)
Pastu selak2 la muka surat yang lama2.
Nak tengok la apa yang aku dah belajar selama ni
Buku ni aku guna sejak start first sem final year ni.
Pastu sampai la kat satu page ni
Terus aku senyum sorang2



Ni la page yang wat aku senyum tu...nota ciput je kat atas kiri tepi
Alkisahnya, masa tu bulan puasa. Kelas ni kelas petang. Waktu dah dekat2 waktu nak pegi bazaar.
Sume pun dah macam tak larat dan tak fokus. Aku start lukis burger. Pastu ntah tak ingat sape duduk sebelah aku, tengok aku wat tu, die g tambah drumstick ayam. Ntah camne, buku nota aku ni di-pass around (dekat area belakang2 je sebab aku duduk belakang). Masing2 pun lukis la apa benda yang dia nak makan. Yang si hanim kura2 lak g lukis baju kurung sebab time tu dah ujung2 puasa.



Sedar tak sedar, aku dah nak abes belajar dah (InsyaAllah..*gulp*)
Bila tengok page ni, ada rasa sedih pun ada rasa kelakar pun ada
Sedih sebab dah keje tak bley nak wat benda2 camni lagi
Kelakar bila ingat moment hilang fokus tu (selalu)
Entah la...
Tapi, aku berani cakap 3 tahun kat sini adalah 3 tahun paling best dalam hidup dewasa aku
Yep....

Saturday, March 20, 2010

Rancangan manusia dan rancangan Tuhan

Rancangan manusia (aku):

Suruh rumet kejut bangun pagi
Pegi jogging sorang2 seround-dua kat tasik varsiti sambil hirup udara segar dan dengar burung2 berkicauan
Balik kolej, minum teh tarik makcik DU (teh tarik paling best!)
Naik bilik, mandi, kemas beg, sambung tido
Tunggu mak aku amek


Rancangan Tuhan (Allah S.W.T.):
Aku bangun pagi
Aku pegi jogging kat tasik varsiti se-round setengah
Terserempak dengan hanim kura2 dengan nad disk jalan2 hirup udara segar (kebetulan aku pakai baju sama dengan diorang)
Jalan balik kolej sama2, minum teh tarik dua cawan (cawan ciput je, x tipu)
Dipujuk masuk Sukan Rakyat anjuran Pusat Sukan
Kalah dengan pujukan
Masuk Sukan Rakyat
Kalah semua acara
Berjemur bawah panas sampai dekat2 kul 1 petang
Mak amek kat padang
Balik rumah baru dapat mandi


Kesimpulan?

Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan segalanya.

Friday, March 19, 2010

Duduk dalam kampus best sebab.....?

Salah satu sebab duduk dalam kampus lagi best dari duduk luar:

Boleh celebrate birthday member dengan buat jenayah terancang ala2 kat asrama sekolah

Kalau duduk luar, tak dapat rasa pecahkan telur kat kepala member

Kalau duduk luar, susah nak tuang tepung satu plastik atas kepala member

Kalau duduk luar, tak dapat rasa perasaan terlibat dalam rancangan 'jenayah' nak kenakan kawan

Kalau duduk luar, tak dapat rasa memberus bersihkan tempat kejadian tengah2 malam buta

Kalau duduk luar, tak dapat rasa kena lari bertempiaran bila penyelia lalu masa tengah bersihkan tempat kejadian

Kalau duduk luar, tak dapat rasa kena gigit nyamuk tunggu air penuh dalam kolam

Kalau duduk luar, tak dapat rasa jadi mak cik cleaner pukul 2 pagi

Kalau duduk luar, tak dapat rasa jirus member dengan air ais lepas baling dia dalam kolam

Kalau duduk luar, tak dapat rasa perasaan sambungkan paip dari dewan makan sampai ke kolam semata2 nak penuhkan kolam

Kalau duduk luar, tak dapat rasa perasaan menghapuskan bukti2 jenayah

Semua benda ni susah nak buat kat luar kan?

Tapi benda ni takkan jadi kalau takde member2 yang best/sengal/kreatif salah tempat/sporting/otak mastermind macam member2 aku! =P




p/s: no offense to those yang duduk luar...huhu....duduk luar pun best gak, dengan cara yang lain...ehe

p/p/s: kawan2, rse2nye muka kita masuk dalam cctv kat dining tu x?

Wednesday, March 17, 2010

Dinner SUKMUM...last week

Ni adalah post yang dah lewat seminggu...huhu
Last week ari rabu aku g dinner SUKMUM kat Kolam Renang UM
Aku g dengan Jiah, K.Tina & Shakira
Siapa diorang? Mereka adalah kawan satu kolej aku yang aku paksa ikut aku
Ok tak, bukan paksa, tapi ajak + pujuk.
Kat sana jumpa lak dua orang budak kolej 6th yang selalu main volleyball petang2 kat kolej aku.
Lepak r dengan diorang kat sana
Ada citer sakit ati + sadis + lawak + dsb ketika, sebelum dan selepas dinner itu tapi aku malas nak citer kat sini sebab motif aku wat post ni pun sebab nak upload gambar2 ni sume.
Aku rasa tuan punya muka dalam gambar2 ni tgh tunggu aku upload gambar2 ni sume.
Owh, kolej 'kesayangan' aku dapat tempat keenam keseluruhan dalam SUKMUM kali ni.


Kotak medal
abaikan yang kat bawah tu...ahahaha
ni si k.tina pnye keje amek gambar guna fon aku
aku rasa dia nak tunjuk yang atas tu je sebab dia main acara yang tu tapi oleh kerana aku x reti nak guna apa2 software untuk edit gambar, maka aku upload je la sebiji gini
*ko edit sendiri ek tina...ehehe*




Jiah yang di-'ajak+pujuk' oleh aku untuk datang....
datang sebab nak makan je tapi x pasal2 kene amek hadiah untuk sukan lain yang dia x main pun
alkisahnya, kolej aku dapat placing untuk 10 acara. Placing ni maksudnya dapat samaada johan, n. johan, ketiga @ keempat. Dah 10 acara dapat placing, sepatutnya 10 wakil la yang amek hadiah, kan? tapi malam tu disebabkan oleh perkara yang aku malas nak citer, 3 orang (jiah, k.tina & aku ) bergilir amek hadiah. Bayangkan la k.tina g amek hadiah untuk ragbi. Tak ke lawak yang sadis.




K.tina dan trofi johan untuk acara ____.
Sila la teka acara apa...ahahaha
Nape aku gelak? sebab kolej aku satu acara je dapat johan
jeles giler tengok KK5 berderet trofi juara diorang
tapi at least dapat la merasa satu trofi johan...huhu
*tangan sapa la kat blakang kepala tina tu? T_T*




Cubaan pertama jiah yang jeles...gagal
Jiah jeles sebab tu bukan acara yang dia main =P
Tapi dia yang amek trofi tu dengan aku




Cubaan kedua jiah yang jeles...berjaya
Akhirnya dia berjaya melaksanakan misi jeles dia...ehe
*jiah, ampun, tak berniat jahat*




Shakira dan k.tina bersama medal acara?
Diorang lak excited amek gambar dengan medal tu
Sebenarnya ada gambar aku dengan medal tu dan jiah tapi aku taknak upload sebab ada muka aku
*ahem, poyo,ahem*
Si shakira ni kitorang dah suruh amek hadiah gak, tapi dia taknak
*memang motif dia datang nak makan je pun*




Gambar jiah sebelum dia jeles..ahahaha
Dalam jeles tu sempat gak amek gambar...ahaha
Nasib baik la aku berjaya ajak si jiah ni sebab dia bawak keter
Bayangkan kalau aku dgn k.tina je g jalan kaki; tak ke haru nak bawak balik 10 kotak jalan kaki?

Monday, March 8, 2010

Surat untuk Seseorang

Surat untuk Sesesorang

Erm, kau tau tak aku selalu ingat kat kau?
Aku taknak hubungi kau sebab aku taknak kau rasa terbeban
Tapi bila aku buat camtu, aku pulak yang terbeban
Banyak persoalan yang perlu kau jelaskan kat aku

Aku taknak hubungi kau jugak sebab aku tau nanti aku akan jadi kelu bila bercakap dengan kau
Tapi, aku selalu berharap yang kau akan hubungi aku
Aku rasa itu satu keajaiban kalau kau yang hubungi aku dulu

Aku tau kau ada masalah sekarang dan aku faham itu
Aku akan tetap support kau walau macam mana pun
Bak kata omputih "i'll stand by you no matter what"
Walau bukan sebagai seseorang yang istimewa untuk kau
Aku tetap kawan kau

Aku pernah cakap nak let go
Tapi somehow aku masih tak boleh nak let go sepenuhnya
Kadang2 aku teringat kau masa aku join aktiviti2 kolej dan U
Hati aku selalu cakap "kalau dia ada, mungkin aku buat benda ni dengan dia"

Masa aku main sofbol hari tu
Bila ada penyokong2 dari kolej turun tengok
Aku terus teringat kau
Masa kau dan aku masih berhubungan, aku selalu terbayang yang kau akan turun tengok team aku main
Rupa2nya kau ada perancangan lain yang tak melibatkan aku

Kawan2 aku semua tahu betapa aku kecewa masa terima berita tu
Walaupun aku taktau aku ni siapa kepada kau
Aku anggap kau adalah seseorang yang istimewa untuk aku
Sebab takde orang boleh buat apa yang aku rasa masa aku dengan kau

Tempoh tu sekejap je, tapi penuh dengan kenangan manis
Aku akan ingat momen2 itu
Tapi, kenangan hanyalah kenangan
Aku ada limit
Aku taktau berapa lama aku boleh camni
Aku dah let go 80 peratus
Langkah aku seterusnya bergantung kepada apa yang kau akan buat
Keputusan antara dua: aku let go lagi 20 peratus itu, atau,
Aku ambil semula 80 peratus yang aku lepaskan tu.

Sekian,
Aku yang letih....


Friday, March 5, 2010

Derma darah

Salam

Jangan tertipu dengan tajuk di atas. Bukan aku yang derma darah tapi orang lain =P. Ehe.
Setiap tahun, kat kolej kediaman aku ni akan ada sambutan ulangtahun kolej ni. Tahun ni umur dia 50 tahun.
Dan setiap tahun gak, masa perayaan ulangtahun ni, akan diadakan kempen derma darah.
Dua tahun sebelum ni aku berjaya derma darah tapi tahun ni tak boleh derma atas sebab yang memang tak boleh nak elak. Owh bukan, bukan sebab berat badan aku ye. Serius, bukan sebab berat badan aku.

Tahun ni aku teman je kawan2 aku g derma darah.
Semalam aku tak pegi walaupun ada benda menarik terjadi semalam.
Ada seseorang yang baru first time derma menagis teresak-esak (seperti yang disampaikan kepada aku oleh cerimanis)
Hari ni aku g tengok cerimanis, marinata dengan yen derma darah.
Sepatutnya ada sorang lagi yang nak menderma, dilla, tapi dia tak lepas sebab dia ada makan antibiotik beberapa hari lepas.
Meh kita tengok beberapa gambar yang sempat aku amek ketika darah mereka2 'disedut'. Heee


'Mangsa' pertama: marinata
Jenis darah: O
Ni bukan kali pertama dia derma. Kalau tak silap ni kali keempat dia derma. Hebat tu.




Tangan marinata. Kesian dia sebab nurse yang amek darah tu cam tak berapa pandai. Dia cakap kat aku nurse tu cucuk sampai tiga kali. Gambar ni lepas nurse tu ntah betulkan apa ntah sebab darah cam tak berapa nak kluar.




'Mangsa' kedua: yen
Jenis darah: O
Paling steady antara tiga. Tengah derma darah pun muka boleh ayu lagi. Balik praktis menari je terus derma darah. Bagus2. Tak ingat dia dah derma berapa kali. Paling cepat selesai (sihat nih!). Proses derma darah dia berjalan dengan sangat lancar. Sebab tu aku kata dia paling steady.




'Mangsa' ketiga: cerimanis
Jenis darah: B
'Mangsa' yang paling cuak. Padahal bukan first time derma. Muka dia pucat bukan sebab tak cukup darah ye. Muka dia pucat sebab kecuakan tahap tinggi. Ade eksiden jadi masa cerimanis derma darah ni. Mula2 dia derma dari tangan kiri. Pastu sebab darah macam nak taknak je keluar, nurse tu soh tukar belah kanan. Masa nak tukar tu, nurse tu cam lupa nak clamp dulu tiub sebelum potong. Ape lagi, jadi macam dalam horror movie la (aku tak nampak pun masa kejadian tu..heee....cara saksi2 describe yang sebabkan aku buat ayat gitu). Masa aku tengok tu darah dah bertompok atas lantai..




Kesan eksiden itu.
Yang merah tu darah je, takde luka pun. Jangan plak orang yang tak pernah derma tengok gambar ni terus taknak derma. Ni lepas darah tu terpancut dari tiub, kena la tangan dia skali. Nasib baik masa amek kat belah kanan tak jadi apa. *takde la plak gambar yang belah kanan...lupa la plak*



Masa tengok derma darah tu, sempat la gosip2 dan juga komen2 dengan akak dari Pusat Darah Negara yang jaga kat situ. Banyak betul dia tak puas hati kali ni. Dia pernah datang gak sebelum ni. Siap tuntut gambar lagi dari cerimanis (AHAHAHAHAHAHA!!!!!!). Gelak di dalam kurungan itu ditujukan khas kepada cerimanis.

Masa tunggu tu ada la lagi beberapa orang datang tapi aku tak kenal sangat mereka2 tu. Saddam pun ada. Saddam ni x-president kolej aku. Aku taknak amek gambar dia sebab: i) nurse tu lambat sangat cucuk mamat ni, & ii) menyemak je muka dia dalam fon aku kalau amek gambar dia =P...ehehe...

Aku macam nak komen pasal kempen derma darah kali ni tapi, takpelah, biar orang yang lebih berhak yang komen. Kekurangan tu biasa la tapi jangan la sampai orang sakit hati.

Kesimpulannya, silalah anda menderma darah bila berpeluang ye.


p/s: berjaya 'pow' 2ringgit dari mr. pres...ehehe

Monday, March 1, 2010

Pagi Ahad Itu

Salam

Semalam hari aku bermula macam hari-hari Ahad yang lain.
Aku bangun pada waktu yang lebih kurang dengan waktu aku bangun pada hari-hari Ahad yang lain.
Aku buat apa yang aku selalu buat lepas bangun di pagi Ahad: baca suratkhabar.
Baca Sunday Star. Banyak perkara menarik, seperti biasa. Tiada perkara luar biasa.
Baca New Straits Time versi hari Ahad (New Sunday Times kot). Perkara yang sama seperti di atas.
Baca Berita Minggu (Berita Harian versi hari Ahad). Berita politik. Biasa. Bosan. Baca sisipan. Gosip artis. Hiasan rumah. Kartun. Biasa.
Baca sisipan dalam Mingguan. Tak baca bahagian berita sebab dah muak. Baca sisipan Pancaindera. Cerita artis. Biasa. Baca sisipan Kesihatan. Satu kolum menarik perhatian aku.
Peribadi wanita ikut haribulan dilahirkan.
Owh, sambungan dari minggu lepas.
Hanya pemerhatian, tak semestinya boleh dipakai. *takpe, baca suka2 je*
*mana 27 aribulan ni?* Owh, dah jumpa.
Apa yang ditulis?

Nampak garang, tapi sebenarnya berjiwa sentimental.

Owwkkaayy....erk!

Pagi ahad itu tidak lagi seperti pagi-pagi Ahad yang lain.
Terima kasih kepada kolum di sisipan Kesihatan itu.