Salam
Jangan tertipu dengan tajuk di atas. Bukan aku yang derma darah tapi orang lain =P. Ehe.
Setiap tahun, kat kolej kediaman aku ni akan ada sambutan ulangtahun kolej ni. Tahun ni umur dia 50 tahun.
Dan setiap tahun gak, masa perayaan ulangtahun ni, akan diadakan kempen derma darah.
Dua tahun sebelum ni aku berjaya derma darah tapi tahun ni tak boleh derma atas sebab yang memang tak boleh nak elak. Owh bukan, bukan sebab berat badan aku ye. Serius, bukan sebab berat badan aku.
Tahun ni aku teman je kawan2 aku g derma darah.
Semalam aku tak pegi walaupun ada benda menarik terjadi semalam.
Ada seseorang yang baru first time derma menagis teresak-esak (seperti yang disampaikan kepada aku oleh cerimanis)
Hari ni aku g tengok cerimanis, marinata dengan yen derma darah.
Sepatutnya ada sorang lagi yang nak menderma, dilla, tapi dia tak lepas sebab dia ada makan antibiotik beberapa hari lepas.
Meh kita tengok beberapa gambar yang sempat aku amek ketika darah mereka2 'disedut'. Heee
'Mangsa' pertama: marinata
Jenis darah: O
Ni bukan kali pertama dia derma. Kalau tak silap ni kali keempat dia derma. Hebat tu.
Tangan marinata. Kesian dia sebab nurse yang amek darah tu cam tak berapa pandai. Dia cakap kat aku nurse tu cucuk sampai tiga kali. Gambar ni lepas nurse tu ntah betulkan apa ntah sebab darah cam tak berapa nak kluar.
'Mangsa' kedua: yen
Jenis darah: O
Paling steady antara tiga. Tengah derma darah pun muka boleh ayu lagi. Balik praktis menari je terus derma darah. Bagus2. Tak ingat dia dah derma berapa kali. Paling cepat selesai (sihat nih!). Proses derma darah dia berjalan dengan sangat lancar. Sebab tu aku kata dia paling steady.
'Mangsa' ketiga: cerimanis
Jenis darah: B
'Mangsa' yang paling cuak. Padahal bukan first time derma. Muka dia pucat bukan sebab tak cukup darah ye. Muka dia pucat sebab kecuakan tahap tinggi. Ade eksiden jadi masa cerimanis derma darah ni. Mula2 dia derma dari tangan kiri. Pastu sebab darah macam nak taknak je keluar, nurse tu soh tukar belah kanan. Masa nak tukar tu, nurse tu cam lupa nak clamp dulu tiub sebelum potong. Ape lagi, jadi macam dalam horror movie la (aku tak nampak pun masa kejadian tu..heee....cara saksi2 describe yang sebabkan aku buat ayat gitu). Masa aku tengok tu darah dah bertompok atas lantai..
Kesan eksiden itu.
Yang merah tu darah je, takde luka pun. Jangan plak orang yang tak pernah derma tengok gambar ni terus taknak derma. Ni lepas darah tu terpancut dari tiub, kena la tangan dia skali. Nasib baik masa amek kat belah kanan tak jadi apa. *takde la plak gambar yang belah kanan...lupa la plak*
Masa tengok derma darah tu, sempat la gosip2 dan juga komen2 dengan akak dari Pusat Darah Negara yang jaga kat situ. Banyak betul dia tak puas hati kali ni. Dia pernah datang gak sebelum ni. Siap tuntut gambar lagi dari cerimanis (AHAHAHAHAHAHA!!!!!!). Gelak di dalam kurungan itu ditujukan khas kepada cerimanis.
Masa tunggu tu ada la lagi beberapa orang datang tapi aku tak kenal sangat mereka2 tu. Saddam pun ada. Saddam ni x-president kolej aku. Aku taknak amek gambar dia sebab: i) nurse tu lambat sangat cucuk mamat ni, & ii) menyemak je muka dia dalam fon aku kalau amek gambar dia =P...ehehe...
Aku macam nak komen pasal kempen derma darah kali ni tapi, takpelah, biar orang yang lebih berhak yang komen. Kekurangan tu biasa la tapi jangan la sampai orang sakit hati.
Kesimpulannya, silalah anda menderma darah bila berpeluang ye.
p/s: berjaya 'pow' 2ringgit dari mr. pres...ehehe
12 comments:
adoihhh sakiitttt!!!
tp xpe ar..nurse tu susah nk cari urat ak kot..
men try n error je..wahaha!
balik derma tido jap..
bangun da kurang ckit sakit..
heeee =)
warrgggggggh
tgn kiri xleh nk wat straight
gaya dah mcm robot cob
wahahahhahahaha
tangan kanan lak....mcm xde pe2!!!
plik2!!!!!!!!1
warrgggggggh
tgn kiri xleh nk wat straight
gaya dah mcm robot cob
wahahahhahahaha
tangan kanan lak....mcm xde pe2!!!
plik2!!!!!!!!1
waaa...sgt keciwa.. kalo x, aku pon mesti wt tajuk post yg same.xcukop zat.huu
wewe....sian kak emy..
diharap sapa2 yg baca x serik untuk derma darah ye...
^_^
hehehe...
kalo compare ngan tahun lepas, rasa cam nurse yg kali ni mcm wat suke2 dia je..
k-run setuju sgt!!!!!!!!!!
mcm pkai cucuk je~~~~~~
ada yg nanges ker???
ish3...xpatot..tu pon nak nages..xpa, atleast dia dh berjaya drma satu karung darah kan...tahniah kepada budak yg nangeh e2.hahahaha!!!!
marinata:
ahaha...itu tandanya tangan ko ckup isi smpai dia ssh nk cr salur darah ko, bkn mcm aku..ehe...xpe r, dpt gak pahala ble darah ko tu gne utk slamatkn org len..huhu
cerimanis:
emy tangan x kuat!! Ahahahaha :p
kt belah kiri dia cucuk x btul kot...huhu
~terataibungaindah~:
xpe2...ble dh ckup zat nnti, ko bley derma...huhu
K-RuN:
pedulikan je k.emy tu...ahahaha!!!!
yep, xyah nk tkut derma darah...huhu
ahaha, no komen psl nurse tu sbb xprnh ade prob dgn mne2 nurse derma darah...heee
nanimsheik:
ntah la, aku dgr cter org je...ahahaha..btul la tu, at least die dh derma 350ml darah...tp aku ttp rse klakar sbb die nanges...ahahaha...nnti2 sila la derma lagi ek...
hhahahaahah..
ada yg nagis..xtau pun..xtau..
tapi bdak 2 hebat, hati kental oooooo!
haahaha..kem salam kat budak nangis tu ye..
tu la k.tina, suoh mkn sayur xmo..jhehehehekan da xcukop zat da..hehe
hahaha..
syabas tuk org mnangis!!!
dlm mnangis2 tu, slmat jugak derma darah.. clap! clap! clap =)
moge mitos "derma darah menggemukkan" tu btul tuk org mnangis..kurus sangat kooottt! hehe
and moge mitos tu tak benar tuk ak..haha..
berat ak dah ideal dah..
kalu mitos tu btul, kang overweight plak ak..haha
millow:
yep, mmg ade...rugi aku x tgk...ehehe
-ain-:
sudah semestinya aku akn smpaikn slm ko tu kt dia...ahaha
psl k.tina tu, no komen sbb aku pn x mkn sayur...ahahaha
marinata:
ahahaha
bgus2, galakkan utk org yg takut...ehehe
moge mitos itu terhapus wat selama2nya (sbb aku xske mitos psl berat bdn nih =P....ahahaha)....
Post a Comment