Monday, March 8, 2010

Surat untuk Seseorang

Surat untuk Sesesorang

Erm, kau tau tak aku selalu ingat kat kau?
Aku taknak hubungi kau sebab aku taknak kau rasa terbeban
Tapi bila aku buat camtu, aku pulak yang terbeban
Banyak persoalan yang perlu kau jelaskan kat aku

Aku taknak hubungi kau jugak sebab aku tau nanti aku akan jadi kelu bila bercakap dengan kau
Tapi, aku selalu berharap yang kau akan hubungi aku
Aku rasa itu satu keajaiban kalau kau yang hubungi aku dulu

Aku tau kau ada masalah sekarang dan aku faham itu
Aku akan tetap support kau walau macam mana pun
Bak kata omputih "i'll stand by you no matter what"
Walau bukan sebagai seseorang yang istimewa untuk kau
Aku tetap kawan kau

Aku pernah cakap nak let go
Tapi somehow aku masih tak boleh nak let go sepenuhnya
Kadang2 aku teringat kau masa aku join aktiviti2 kolej dan U
Hati aku selalu cakap "kalau dia ada, mungkin aku buat benda ni dengan dia"

Masa aku main sofbol hari tu
Bila ada penyokong2 dari kolej turun tengok
Aku terus teringat kau
Masa kau dan aku masih berhubungan, aku selalu terbayang yang kau akan turun tengok team aku main
Rupa2nya kau ada perancangan lain yang tak melibatkan aku

Kawan2 aku semua tahu betapa aku kecewa masa terima berita tu
Walaupun aku taktau aku ni siapa kepada kau
Aku anggap kau adalah seseorang yang istimewa untuk aku
Sebab takde orang boleh buat apa yang aku rasa masa aku dengan kau

Tempoh tu sekejap je, tapi penuh dengan kenangan manis
Aku akan ingat momen2 itu
Tapi, kenangan hanyalah kenangan
Aku ada limit
Aku taktau berapa lama aku boleh camni
Aku dah let go 80 peratus
Langkah aku seterusnya bergantung kepada apa yang kau akan buat
Keputusan antara dua: aku let go lagi 20 peratus itu, atau,
Aku ambil semula 80 peratus yang aku lepaskan tu.

Sekian,
Aku yang letih....


2 comments:

Unknown said...

uh my xrumie,be strong...maybe there is sumtg else better 4 u...

ATIE said...

it's hard to keep it to urself al0ne.. mybe u shud c0ntact him n clarify dat thing..

i n0e ur pain.. ive been there bfre..

keep str0ng my dear.. 0ne day u will get 0ne..insyaAllAH