Sunday, April 4, 2010

jiwa kacau II

Soalan untuk mereka yang rajin nak baca entry ni

Adakah anda seperti:

a)kacang tanah Ngan Yin?
b)buah durian?
c)terung masak?
d)ulas cempedak/ulas durian

Kalau kacang tanah, perwatakan luar sangat brutal/'tough'/cool/hati kering dan seangkatan dengannya.
Begitu juga dengan hati dia sebenarnya
Maknanya, apa yang dia tayang kat orang memang diri dia yang sebenarnya
Sebabnya, kacang tanah luar dia keras, dalam dia pun keras
Selalunya penjenayah yang camni...ahahahahaha

Dah boleh agak dah kan?
Kalau durian, perwatakan luar dia memang brutal/'tough'/brutal/cool/hati kering dan sebagainya
Tapi sebenarnya, dia adalah sangat fragile
Apa yang dia tayang adalah satu topeng supaya orang taktau dia sebenarnya fragile
Dia taknak orang tau supaya orang tak sakitkan dia
Tapi, seperti juga durian dimana akan ada orang berjaya 'melepasi' duri dan kulit yang keras tu
Dan dapat tau betapa lembut sebenarnya isi durian itu
Begitulah orang yang berperwatakan durian ni
kalau kena cara betul, orang lain dapat kenal diri orang ni

Kalau terung masak, well, ni lebih kurang cam kacang tanah
Dia tayangkan diri dia yang sebenar
Kat luar memang lemah lembut/senang dibuli/lembut dan seangkatan denganya
Dan sebenarnya memang pun senang kena buli/dilukai dan sebagainya
Susah weyh jadi orang camni
Ye la, dah la rupa memang senang nak diambil kesempatan
Dan memang senang pun nak diambil kesempatan

Yang last ni, dia terbalik dari buah durian
Kan ulas cempedak/durian yang kita nak makan tu lembut
Tapi pas abes je, kita akan jumpa biji dia yang keras
Perwatakan dia kita tengok lembut/senang nak pengaruh/senang mengalah/ dan suku-sakat yang lain
Tapi, sebenarnya hati keras gila
Sapa yang nak ambil kesempatan, mesti tak berjaya
Silap aribulan terkedu
Bagi aku, yang ni sangat bagus sebenarnya
Kelembutan itu adalah satu camouflage
Tapi bukannya dia saja2 je buat cenggitu
Dia mungkin di-didik begitu
Atau memang perwatakan dia gitu
Bukan macam durian yang selalu orangnya memang sengaja buat gitu

Jadi, anda sebenarnya apa dan anda mahu jadi yang mana satu?



p/s: jiwa kacau punya pasal la ni.........

4 comments:

cerimanis said...

best2.....suke!!!!!!!!!!!

ATIE said...

erk... aku ni durian kot.hahahaha...

millow said...

waktu mula2 pilih ulas durian..
nyum3..sedap!
tapi i memg lembut..ahahhahaahhaa

dot3 malas sign in said...

cerimanis:
ahahaha...
aku xde keje tulis mende ni...huhu

~terataibungaindah~:
ahahaha...
mungkin2
terpulang nk mne sbb ko yg knal diri ko cmne

millow:
x abes bce dh pilih...chet!
bajet!