Salam..
Semalam sepatutnya menjadi hari yang memenatkan untuk aku tapi akhirnya jadi hari untuk aku ganti tidur. Pagi aku ade kelas dari pukul 10.30 sampai 1.30 tp nasib baik lecturer tu baik maka kelas habis awal setengah jam.
Balik kolej terus makan. Sampai bilik dekat2 pukul 2. On laptop and surf d internet. Masa ni dah rasa mengantuk dah. Bertahan sampai kul 4 je lepas tu tertidur depan laptop.
Sepatutnya pukul 5.30 ade kelas lagi tapi tak bercadang pegi sebab nak pegi training sofbol. Training pun 5.30. Ikut perancangannya semalam training, hari ni wat friendly dengan kolej lain. Tapi friendly tak jadi.
Tengah tido tu terjaga dan tukar tempat tidur dan juga pasang alarm. Alarm diset untuk berbunyi pada pukul 5.10 (padang dekat, bangun pukul 5.20 pun sempat lagi). Tak sempat alarm bunyi, alarm dalam badan aku bunyi dulu. Aku terjaga dan mamai pegi tengok kat tingkap. Oh, hujan renyai. Training lewat ckit kot. Sambung tido kejap la. (Time ni dah off alarm)
Terbangun pukul 5 lebih tapi x sampai pukul 5.30 lagi. Hujan dah lebat. Dalam hati kata training takkan ada. Ingat nak tukar rancangan nak pegi kelas. Pastu baru teringat yang geng aku dah bertolak dan aku takde payung atau kereta.
Pastu dapat SMS dari kapten. Training ari ni kensel. Oleh kerana aku tak boleh dan tak sempat pegi kelas maka aku pun sambung la tido. Pukul 7 baru bangun. So, semalam aku tido selama 5 jam. (Aku x boleh solat ek, itu yang lagi buat tido lama.)
Kesimpulannya, kita merancang, Allah yang menentukannya.
No comments:
Post a Comment