Friday, May 8, 2009

Followers

Salam


Kali ni aku nak citer pasal followers aku. Aku mampu nak tulis pasal followers aku sebab 6 orang je yang follow aku secara public. Urutan tak membawa apa2 maksud so followers jangan la terasa kalau nama last skali....huhuhu.

1) marinata24
marinata24 ini adalah kawan satu kolej dan satu course. Dia sangat sensible pada pandangan aku. Dia gak suka berfikiran positif dan aku sangat respek sifat dia yang satu ni (sebab aku lagi senang fikir negatif). marinata24 ni bagi aku adalah orang kuat berpegang pada agama (muka yang biasa dijumpai di surau kolej =P). Ayat dia yang paling aku ingat dan mampu buat aku gelak adalah "kang aku gigit ko kang". Ayat tu ditujukan kepada coursemate kitorang masa dalam lif nak balik dari rumah coursemate kitorang satu lagi. Jangan main2 bila marinata24 tengah penat, nanti dia gigit.

2) hannahlicious
Ok, hannah ni sangat la kelakar tapi kelakar dia dalam cara yang tersendiri. She speaks her mind tapi tak kesah la sebab mind dia macam kelakar =P. Macam ada satu hari tu, sehari sebelum paper law, dia tetiba message tanya aku ade blog ke tak. Message dia memang boleh buat orang ketawa (at least kat aku la, sebab cara dia kelakar). Owh, kalau dia message dalam BM, ayat dia sangat la skema dan kelakar. Skema as in full spelling, jarak dari titik ke next huruf adalah satu, dan ayat yang macam nak jawab soalan BM SPM. Dia senang tak puas hati dengan benda atau orang tapi cara dia tunjukkan tak puas hati tu sangat kelakar. Ok, sila kira berapa kali aku guna perkataan 'kelakar'.

3) mastura ariffin
Dia ni adalah member matriks aku dulu. Aku dan dia duduk satu dorm, dia kat depan dorm, aku kat hujung dorm. Aku pun tak tau camne aku dan dia boleh kenal tapi yang sure-nye dan wat aku rase tercabar ialah dia cakap muka aku macam muka cikgu dia (camne tak tercabar, cikgu kan lagi tua...takkan la muka aku nampak tua, kan?!). Dia budak hayat tapi aku boleh je hang out dengan dia. Dia suka panggil aku 'budak kurus'. Kalau dia buat megi (atau yang seangkatan dengannye), dia mesti hirup kuah je dan kuahnye abes dulu. Dia cam pelik =P (tapi tak kesah la sebab aku pun pelik).

4) mana
mana ni nama singkatan yang diambil dari initials yang empunya diri. Salah satu nama dia adalah asrul dan aku panggil dia guna nama ni. asrul adalah senior aku kat kolej. Dia adalah seorang lelaki metrosexual maka kalau nak borak fesyen, cari la dia. Err, aku pun taktau nak citer apa lagi pasal dia.

5) asma' noor
asma' adalah member satu kolej. Masa 1st year aku hanya tau dia adalah dia (maksudnya, kalau orang tanya 'kenal tak asma' noor' aku akan jawab 'kenal') tapi aku tak tau la dia tau ke tak kewujudan aku kat kolej ni. Aku mula lebih kenal dia bila dia join team sofbol kolej. Pulak tu masa sem 2 dia satu bilik dengan kapten sofbol. Oleh kerana aku selalu jumpa kapten, maka aku pun selalu jumpa dia. Sekarang ni aku dengan dia boleh gurau2 kasar dah (betul ke asma'?). Dia ni macam marinata gak, muka yang selalu nampak kat surau (bukan macam aku =P). Aku rasa, aku boleh kawan dengan dia sebab kami ada mutual respect to each other.

6) sri & yen
Aku mula kenal rapat sri pun masa 2nd sem 2nd year. Dia ni baik dan sama macam asma' dan marinata, muka budak surau. Salah satu sebab aku cam lebih kenal sri pun sebab aku selalu lepak bilik dia a.k.a. bilik kapten sofbol. Oleh kerana aku dan sri tak serapat aku dan roommate-nye maka aku pun tak berani nak cakap lebih2 pasal dia, takut salah. Yen plak adalah roommate keempat sri. Sebab aku dengan yen lebih mengenali adalah sama dengan sri punya sebab. Yen ni geng aku kalau aku nak borak pasal arts&culture kat bilik dia. Yen gak geng aku kalau tetiba aku nak g tengok teater dan seangkatan dengannye (pada hal baru je skali g sama2 =P). Yang satu sifat dia yang aku ingat (kalau salah maafkan la aku yen) ialah tido awal dan bangun awal untuk study. Bila aku tido kat bilik dia, aku akan selalu terjaga masa dia bangun (tapi aku sambung tido balik sebab aku tido lewat)


Maka itulah serba sedikit pasal followers aku. Kepada followers aku, sori kalau korang feel offended. Kepada yang lain, aku saje je nak citer pasal diorang ni sebab setiap follower adalah member aku dan mereka punya karakter yang berbeza.



p/s: nasib baik follower aku 6 orang je.....

7 comments:

Unknown said...

hey hey! aku follower kau jugak!

tapi secara rahsia =P

nobody said...

boleh tak!
hehe, sangat kelakar baca pasal diri sendiri.
eh, memang kan jarak from titik to the next huruf is satu?
haha.

yea, saya suka dan senang tak puas hati dengan sesuatu atau seseorang, pastu when i bising about it, orang gelak pulak.
cheh.
orang marah tau!

hehe, saya sayang anda.

asrulnizam said...

wow..metrosexual la sngt aku kan..hahaha
neway, tq..huhu

Dot3 said...

lina:
aiseyh,mne aku tau....nme pun rahsia kan =P
xpe2, nnti aku wat satu post khas utk ko ek....jgn merajuk dgn aku ek....

hannah:
boleh2!
ye, tapi jarang org buat cm2 dlm msg...huhu

xde la, cara u komplen tu mcm sangat kelakar dan u nampak macam tak marah....everytime u mcm x puas ati i msti rse nak gelak...ehehe

asrulnizam:
memang sangat metrosexual la ko...ko pnye sense of style kalah aku yang pompuan ni kot =P....ehehe
ala, ckit je kot aku 2lis psl ko, xtau nk 2lis ape byk2 utk ko...huhu

m.a.s.t.u.r.a said...

nabilah...hehehe..
lawak la pulak bile bc..hehe...
apa2 pun ko mmg kwn aku yg best gk la even smtimes kepelikan ko mlampaui alam..hehe..

p/s:kamu xtua...cikgu aku yg muda..lalalla~~

marinata yg malas nak sign in said...

weh...klakar gler..
maluuuuu..haha..
tp ok jer..x pnh trpkir ko akn brcerite psal followers..best2!! hehe..

psal pkir positif tue..
ak pon xpsan sbnarnyer..haha..
ak pasan mase ade org curi roti canai ak..
ak order byk coz nk bwak blik surau..
mkn reramai..
(kjadian mase kat KPS..x ingt ko ade ke x)
mase 2 dak2 QS ade..kte lunch kt situ after exam..
ak geram gler tp cube ko pkir ape yg ak pkir..
'mungkin org tu lapa, nk bg anak2 die makan, dwit xde'..
ak pon xtaw nape ak pkir camtuh.
last2 ak halal kn gak..
wahh..baek nyer akuuuu..haha =P
(bajet ar)..kuikui

yg kes gigit tu..
topek ar start dulu!!
die memaen plak..ak da la penat..ceh!!
ak da la gf vampire..hehe
oh edward!! (tetibe msuk cte twilight plak)..haha

Dot3 said...

pengHIKAYAT:
ahaha...ala, ni ckit je, overview jek...ehehe
aku rse ko pnye pelik lg pelik dari aku pnye pelik...ehehe

p/s:x kira, aku tercabar gak =P

marina yang malas sign in:
ahaha...aku pun tetibe je terfikir nk citer pasal follower...mula igt nak cter psl member2 tp member2 rmai sgt =P

x kesah la ko pasan ke tak tp yg pastinya ko mmg slalu berfikiran positif dn itu mmg bagus....teruskan la berfikiran positif!

ahaha,siyes lawak tyme tu....sampai bile2 pun aku akan ingat ayat tu.....