Sunday, May 3, 2009

Teater Mahsuri

Salam

Aku tulis post ni sebab sekarang tengah rehat jap dari study. Malam2 sikit nak sambung study balik sebab esok dah exam. Aku tulis post ni gak sebab member dah tanya bila aku nak cerita pasal pengalaman aku g tengok teater ari tu. So, here's d post.

Teater yang aku g tengok adalah teater Bangsawan Mahsuri (ikut pamphlet yang aku amek kat IB) kat Istana Budaya. Pelakon utama dia lak Vanida Imran dan dia adalah pelakon yang aku kagumi. Memang semangat berkobar gila nak g tengok (pulak tu baru lepas abes exam law =P). Mula2 aku ajak member2 coursemate dan orang2 yang aku tau layan benda2 cenggini tapi masing2 cakap taknak g sebab tengah exam week. Last2 aku jumpa la sorang yang nak join aku, Yan. Si Yan lak ajak rumet dia. So kitorang 3 orang pun pegi la menonton.

Sebenarnya banyak tul dugaan sebelum aku dapat g tapi aku taknak r citer kat sini sebab macam tak perlu je. Teater Mahsuri ni citer pasal, well Mahsuri la. Aku rasa sume rakyat Malaysia tau sejarah/legenda Mahsuri ni. Babak permulaan teater ni cambest la. Azizah Mahzan berlakon jadi anak dara tua dan watak dia mula2 memang kelakar la. Pastu ada tarian yang ramai2 orang kampung menari. Kat sini dia tunjuk la camne si Wan Darus (suami Mahsuri) boleh kenal dengan Mahsuri dan terpikat dengannya. Aku cam nak gelak ada tapi macam sweet pun ade. Kalau la senang camtu nak berkenalan kan......

Mahsuri ni diceritakan sebagai seorang yang sangat cantik dan berbudi pekerti mulia. Sebab tu ramai yang jealous dengan Mahsuri dan salah seorangnya adalah Wan Mahora, kakak ipar dia sendiri. Pelakon yang jadi Wan Mahora ni memang aku respek sebab dia mampu wat penonton rasa sangat2 benci dengan watak tu. Nak dijadikan cerita lak, adik si Wan Mahora yang bernama Wan Aria nakkan Mahsuri. Dipendekkan cerita, Mahsuri ni difitnah dan dihukum bunuh. Memang scene dia kena hukum bunuh sangat,sangat,sangat sedih sebab kat scene ni dia tunjuk camne ayah Mahsuri merayu untuk nyawa anak dia. Pastu bila Mahsuri dah mati lak, dia tunjuk camne kesedihan ayah dan mak dia kehilangan anak yang disayangi. Memang sedih gila r time ni.

Untuk teater ni aku tabik la kat pengarah dia Fauziah Nawi. Dia mampu jadikan teater ni satu 'pengembaraan' perasaan. Mula2 gembira dan gelak ketawa, pastu serius, marah, dan debaran dan last skali sedih. Pelakon2 pun berjaya bawa watak masing2 dengan berkesan. Cuma aku tak berapa nak suka pelakon yang watak Wan Darus. Dia macam kaku dan watak dia macam senang dilupakan walaupun sepatutnya watak dia penting. Vanida Imran memang bagus lakonan dia. Dia memang sesuai jadi Perempuan Melayu Terakhir. Dalam teater ni, dia tunjuk Vee menari, menyanyi dan bersilat. Walaupun suara menyanyi dia tak la hebat tapi decent la untuk orang dengar (tak macam aku, boleh pecah telinga kalau dengar).

Aku tak sure teater ni dalam kategori apa sebab dia ada lagu dan tarian, ada jugak scene2 dia yang rupa macam experimental sikit (ada scene dia tunjuk Mahsuri mimpi ngeri tapi cara dia gambarkan tu macam experimental sikit). Ada gak scene pada pendapat aku tak sesuai untuk minor tengok tapi maybe scene itu perlu untuk penceritaan (pendapat orang yang belajar QS =P). Keeseluruhannya aku puas hati la. Walaupun tiket murah, seating kitorang ok dan persembahan pun memuaskan hati. Berbaloi la dengan dugaan yang aku kena hadapi.

Lepas abes pementasan, aku dengan Yan beli buku program sebab nak amek signature pelakon2 teater. Ramai gila beratur nak mintak sign pelakon2 tu. Dapat la aku sign Vee, Arja Lee (Wan Darus), Azizah Mahzan, Cico (Wan Aria) mak dengan ayah Mahsuri (aku tak ingat nama pelakon tu tapi yang pastinya 'ayah' Mahsuri tu sebenarnya muda je lagi). Sempat la nampak Sofea Jane dan Zahim Al Bakri tapi tak mintak sign maupun gambar dengan diorang.

Sesape lepas ni nak g tengok teater atau yang seangkatan dengannya, ajak la aku ek....ehehe

P/s: Ni dialog feveret aku: "Sewangi-wangi bunga yang lain, takkan sama wanginya dengan bunga yang satu"

1 comment:

-yen- said...

hahaha...ajk aku juga...