Saturday, November 28, 2009

Aku bahagia....buat masa ini

Kawan-kawan risau
Risau aku akan terluka lagi
Itu difahami
Kerana mereka ada pengalaman yang mungkin buruk tentang perkara ini
The L word

Famili aku?
Errr.....
Andaikan satu reaksi tipikal dari satu famili yang (agak) normal

Aku faham dan aku terharu
Tapi beri aku peluang untuk merasa
Walau mungkin untuk sekejap
Walau mungkin sementara
Walau ia masih awal
Walau ia masih tidak pasti buat masa ini

Aku bahagia.....buat masa ini
Sekian, terima kasih

Thursday, November 26, 2009

definitions according to me

What is a sweet moment?
Eating rojak and cendol near KFC while watching a pigeon trying unsuccessfully to go through a fence

What is a surprise (a pleasant one)?
Mr. Teddy Bear

What is a funny moment?
Not knowing where to go and ends up parking the car near the Pandu Puteri hostel and just talks

What is missed opportunity?
When the person you really wished they call you, really calls you, but you did not notice (until an hour later) because you're phone was nowhere near you

What is frustation?
When you really need someone but you don't know who that someone

What is relieved?
When you turn on you phone in the morning and found out there were 3 missed calls and two messages from that certain someone last night

What is kantoi (not really)?
When you found out your sister sneakily reads your Message Inbox while you were in shower

Sunday, November 22, 2009

Aku Mahu Menangis

Aku mahu menangis
Itu sahaja yang aku mahu
Aku mahu melepaskan segala yang dirasa
Dan mengharapkan ia tidak kembali

Aku mahu menangis
Kerana aku mahu cuba untuk leraikan kekusutan itu
Dan melupakan penyebabnya

Aku mahu menangis
Kerana aku mahu ketenangan
Walaupun ianya untuk sementara

Aku mahu menangis
Kerana aku tak mahu membazirkan sel-sel otak aku
Memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikir

Aku mahu menangis
Malangnya aku tak mampu

Thursday, November 19, 2009

=)

Aku punya sebab yang kukuh untuk tersenyum dengan lebar hari ini. =)
Pertama kali melakukan sesuatu yang aku tak pernah terfikir untuk buat dalam masa terdekat =)
Oh, jangan risau, ia perkara biasa yang orang lakukan cuma aku yang tidak pernah melaluinya =)
Bila fikir balik, macam kelakar pun ada
Tapi macam mana pun, aku rasa hepi =)
Walaupun agak kantoi dengan ramai orang
Tapi benda ni tak dikira kantoi kalau definisi apa yang aku buat ni diubah, kan?
*nak senyum lebar-lebar, lama-lama, sampai lenguh =)*

p/s: tolong jgn minta penerangan lanjut...=P

Apa Yang Aku Sedang Rasai Sekarang


Salam

Sejak aku tau beberapa orang sudah tau ini adalah blog aku, aku seakan rasa terkongkong untuk menulis (atau menaip, mana lebih tepat) entry2 baru. Kalau dilihat archives aku, entry2 aku pada zaman orang taktau ini adalah blog aku adalah lebih 'terbuka' dan lebih relax. Sejak kebelakangan ni aku rasa seperti entry2 aku menjadi semakin 'suram', 'berat' dan mungkin agak membosankan. Ini pendapat aku, aku taktau la orang lain rasa bagaimana. Entry2 aku dulu juga lebih berkisar pada kejadian2 'pelik' (tak pelik pun, cuma kejadian biasa je...ehehe) yang berlaku dalam kehidupan aku dan rakan2. Sekarang ni aku tulis apa yang aku rasa tapi yang ditapis.Tak faham? Takpe, aku pun sedang cuba memahami.

Kalau dulu, lepas je dapat idea, aku terus online dan post entry baru tapi sekarang ni aku simpan dulu, kadang2 sampai lupa. Contoh, masa study week sem lepas, aku rasa hampir setiap malam aku post entry baru. Tapi sem ni, 2-3 malam, kadang2 lebih, baru aku post entry baru. Aku pun taktau kenapa, mungkin aku sudah menjadi lebih serius (huh?). Dan entry2 aku sekarang ni kebanyakannya boleh buat orang lain depressed bila baca.

Kenapa aku cakap semua ni? Sebab aku akan menulis lagi satu entry yang mungkin depressing untuk dibaca. Soal kehidupan (yeke?ntah..). Aku rasa aku sedang berlaku tidak adil kepada seseorang. Aku rasa seperti aku memperguna dia untuk meyakinkan sesuatu kepada diri aku sendiri, atau dengan kata lain menipu diri sendiri. Aku mahu membuktikan, bukan, ia lebih kepada memaksa diri aku untuk menerima hakikat tentang sesuatu tentang diri aku sedangkan aku sendiri tidak tahu yang sebaliknya benar atau tidak. Seorang sahabat baik pernah berkata "kita semua ni normal tapi kita ni selalu anggap kita kompleks sebab kita mahu jadi berbeza dari orang lain". Apa yang dia kata itu betul. Seriusly, aku setuju dengan apa yang dia kata. Dan sekarang ni, aku tidak tahu sama ada aku benar2 kompleks atau hanya menganggap diri aku kompleks.

Aku sendiri tidak pasti siapa itu Aku. Aku mungkin seorang pelajar UM sahaja. Aku mungkin seorang anak kepada ibu bapa aku. Aku mungkin seorang sahabat untuk bergelak ketawa. Aku mungkin seorang kakak. Aku mungkin seorang adik. Aku mungkin seorang musuh kepada seseorang. Aku mungkin cinta hati seseorang yang lain pula (mana tau la kan? T_T). Tapi siapa sebenarnya Aku itu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberi definisinya. Definisi Aku menurut keluarga mungkin berlainan daripada definisi yang diberi oleh rakan2. Mungkin kedua-dua itu tepat dan mungkin kedua-duanya tidak tepat.

Aku menulis ini semua tanpa motif yang jelas. Aku cuma mahu meluahkan untuk melupakan. Jika tak berjaya, well aku ada cara sendiri (kreatif...tapi bodoh ;) ) untuk melupakannya tapi itu jalan terakhir. Aku harap aku akan tenang seketika selepas ini. Jangan pedulikan aku dan entry ini jika tidak mahu ambil kisah kerana aku juga tidak kisah jika kau tidak mahu ambil kisah.



p/s: i shud be happy now but....

Monday, November 16, 2009

Miserableness leads to numbness

I feel so numb right now.
Seriously, sitting for examination can really drain your energy, mood and any feelings you have
Tak suka bila setiap kali abes satu paper, aku rasa macam ni
Cuma yang bezanya, tahap kroniknya hilang perasaan itu.

Paper hari ni memang sangat kronik.
Campur rasa mengantuk yang amat sangat, aku dah taktau nak rasa apa
Penat kalau setiap kali exam rasa dia camni.
Nak recover dengan pantas juga adalah satu struggle

Sekarang berharap akan ada orang bagi coklat
Sekarang berharap akan ada orang untuk buat lawak tak masuk akal
Sekarang berharap akan ada orang buat sesuatu kecil tapi amat bermakna
Sekarang berharap mampu untuk mendapat mood belajar balik
Sekarang berharap dapat fokus untuk paper selepas ni
Sekarang berharap dapat tido dengan lena + puas
Akhir sekali, sekarang amat2 berharap akan ada orang untuk dibelasah

Sunday, November 15, 2009

Cerita Yang Pernah Berlaku I

Ramai tahu yang aku pernah sertai Kejohanan Masum. Tapi tak ramai tahu bagaimana pengalaman itu dah ubah hidup aku dan membuka mata aku kat sesetengah perkara. Orang tak pernah tanya aku maka aku tak pernah citer. Setakar citer pasal makanan kat dining 5th tu adalah. Owh, dan juga betapa panasnya kat Sintok tu. Bagi aku, pengalaman tu sangat berharga. Tak kiralah baik atau buruk benda yang jadi, ia adalah  satu proses pembelajaran hidup.

Satu perkara yang aku suka adalah bila kami semua dianggap atlit. Aku tak pernah anggap aku ni atlit tapi bila kat sana, bila dikategorikan sebagai atlit, aku rasa seperti satu bentuk penghormatan untuk aku. Taktau kenapa tapi rasa bangga bila dianggap atlit. Masa tu la baru aku tau perasaan seorang atlit yang mewakili pasukan dia macam mana. Macam mana perasaan seorang atlit negara yang akan berjuang di Olimpik misalnya. Aku tak mampu nak describe perasaan tu macam mana tapi ia memang satu perasaan yang best.

Somewhat, I felt I belong there, with my teammates. Mereka tak peduli sikap atau latar belakang seseorang itu bagaimana, mereka hanya peduli sumbangan kepada pasukan. Aku suka itu. Selagi seseorang itu tak melakukan sesuatu yang akan memberi kesan kepada pasukan, mereka akan terima seadanya. Biar la kau seorang freak atau seorang recluse atau seorang yang alim, mereka terima dan hormat satu sama lain. Aku lebih bebas untuk jadi aku ketika itu. Tidak bermakna bersama kawan2 yang lain, aku tidak bebas tapi aku lebih bebas sedikit bersama mereka. Ada sesetengah sifat aku yang aku tak tunjuk kepada orang lain atas sebab2 tertentu tapi aku tunjukkan sifat itu kepada teammates aku.

Namun begitu, ketika itu juga, sesuatu telah terjadi kat aku. Kejadian tu telah menyedarkan aku tentang sesuatu. Kejadian dan akibat itu, biarlah aku simpan sendiri. Mungkin ada rakan2 yang sedar sedikit perubahan aku, selain kulit yang lebih gelap ye, selepas aku balik dari kejohanan itu. Tapi perubahan itu sementara sahaja. Kejadian itu juga buat aku tidak lagi meneruskan penglibatan dalam team UM. Alasan bizi dengan pelajaran aku berikan kepada teammates dan coach walaupun ada alasan lain yang lebih kukuh. Alasan yang tidak aku beritahu kepada sesiapa pun.

Aku sekarang lebih berhati-hati dalam sesetengah perkara termasuklah yang melibatkan benda yang pernah jadi kat aku tu. Tapi, kadang-kala walaupun aku dah ambil langkah berjaga-jaga, perkara itu terjadi lagi. Aku sangat tak suka kalau perkara tu terjadi sebab ia buat aku jadi sangat2 serabut. Walaupun aku dapat deal dengan benda tu dengan lebih baik, tapi ia tetap mengganggu ketenteraman hidup aku. Hanya seorang je kawan baik aku yang tahu the whole story apa yang jadi masa Masum tu dan dia je la yang terlalu tahu aku ni siapa.

Aku menulis benda ni sebab aku rasa aku  perlu untuk luahkan benda ni walaupun orang mungkin tidak faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku cuma perlu meluahkannya dari benak fikiran aku. Tidak berharap orang kisah, hanya meluah.



p/s: sukan juga boleh merapatkan silaturrahim...team UM (dalam sukan yang aku masuk la) je yang ramai bukan Melayu tapi kitorang punye semangat pasukan lebih dari orang lain....yang non-Muslim sangat menghormati  keperluan Muslim dan begitu juga yang sebaliknya....kalau kene buat esei bagaiman nak rapatkan hubungan kaum, aku akan tulis sukan sebagai alat utama......

Saturday, November 14, 2009

Apa yang dirasai ketika entry ini ditulis

Salam

Dah taktau nak tulis apa sedangkan tadi sangat semangat nak post entry.
Semuanya disebabkan Blogger yang sangat lambat untuk loading page New Post.
Mungkinkah itu tanda aku tak patut tulis apa yang aku mahu tulis? Hurm......

Asalnya, aku nak tulis something pasal hati dan perasaan tapi aku terfikir something masa page loading yang sangat lama tu.
Akhirnya, aku buat keputusan untuk tidak menulis apa yang aku mahu tulis walaupun aku sangat2 perlukan benda itu untuk keluar dari otak aku.
Aku tak mahu ada orang salah faham apa yang aku tulis atas sebab2 tertentu.
Bak kata seorang teman "Soal hati dan perasaan takde hitam putih. There are grey areas too"
Ye, saya setuju dengan kamu wahai Cik di atas
The grey areas that creates many epic love stories.

Anyway, aku tinggal dua paper lagi sebelum abes exam sem ni
Dah abes exam kene fikir pasal Mr. D dengan LI plak.
Mr. D yang terlalu bermasalah dan LI yang menakutkan.
Next paper ari Isnin ni tapi aku tak start pun study lagi.
Clueless...

Rumet aku kata aku banyak fikir.
Maybe dia betul
Aku sepatutnya fokus ke exam buat masa ni.
Tapi 'mood' sume dah lari bertempiaran
'Fokus' lak g bercuti tak balik2 lagi
"Apabila minda dan jiwa tidak berada pada frekuensi yang sama akan wujudlah aku yang 'melayang'"
Ayat yang dicipta di BBG ketika tak boleh nak fokus study law disebabkan sesuatu yang berlaku ketika itu.

Haa, well.
Life must goes on.


p/s: nanti aku compile segala 'quote' yang wujud ketika study week & exam week

Friday, November 13, 2009

Vindicated

This is an old song from Dashboard Confessional. It was a song for the movie SpiderMan 2. I really, really like the lyric of this song. Maybe because I wanted some sort of vindication for myself (not that I was accused or something like that).

Dashboard Confessional - Vindicated

Hope dangles on a string,
like slow spinning redemption.
Winding in and winding out,
the shine of it has caught my eye.

And roped me in,
so mesmerizing,
so hypnotizing.
I am captivated, I am

Vindicated, I am selfish,
I am wrong, I am right.
I swear I'm right, swear,
I knew it all along.

And I am flawed,
but I am cleaning up so well.
I am seeing in me now,
the things you swore, you saw yourself.

So clear like the diamond in your ring,
cut to mirror your intention.
Over sized and overwhelmed,
the shine of which has caught my eye.

And rendered me,
so isolated,
so motivated.
I am certain now that I am

Vindicated, I am selfish,
I am wrong, I am right
I swear I'm right, swear,
I knew it all along.

And I am flawed,
but I am cleaning up so well.
I am seeing in me now,
the things you swore, you saw yourself.

So turn up the corners of your lips,
Part them and feel my finger tips,
Trace the moment, fall forever.
Defense is paper thin.
Just one touch and I'll be in,
Too deep now to ever swim,
against the current.

So let me slip away, so let me slip away,
So let me slip away, so let me slip against the current.
So let me slip away, so let me slip away,
So let me slip away, so let me slip away.

Vindicated, I am selfish,
I am wrong, I am right.
I swear I'm right, swear,
I knew it all along.

And I am flawed,
but I am cleaning up so well.
I am seeing in me now,
the things you swore, you saw yourself.

Slight hope dangles on a string,
Like slow spinning redemption...

Wednesday, November 11, 2009

ramblings of an insomniac

What constitute as variation?
When there is a change, modification, alteration, or addition
So, if there is a change in my life, is it considered to have variation?
Well,.......

Tak cukup tido + stress + cuak + banyak fikir = aku yang takde perasaan + weng2

Sesungguhnya ianya amat menyeksakan apabila nikmat tidur ditarik walau untuk sekejap
Badan penat, otak letih tapi bila nak tido tak boleh

Nak balik rumah
Nak recharge segala yang hilang
Dan bersedia untuk yang seterusnya

Ready to face the outside battle
But never ready to face battle within
The greater battle of the two

Life is complicated enough without variation
So, yeah, I'll pass
Some wiil say it can add the much needed fun if I accept
Yeah, it maybe so
But I'm not ready to have fun, yet.

Just waiting for good things to come.........

Tuesday, November 10, 2009

validity of time

21:12 : tunggu cik emy reply sms di mini mart

05:05: waktu terakhir tengok jam sebelum dapat tidur lena

12:12: waktu pertama yang dilihat selepas bangun dari mamai

siapakah yang mengingati aku pada waktu2 di atas?
dah la dapat mimpi yang pelik lagi menakutkan
tapi menakutkan bukan dalam erti kata mimpi hantu tapi menakutkan dalam erti kata aku taknak mimpi itu jadi kenyataan
mimpi yang disebabkan aku berfikir banyak sangat pasal something sedangkan aku patut fokus pada subjek law yang examnya sok (rabu)
adeyh -_-"


p/s: soalan: apa jadi kalau dua company yang memang sentiasa bermasalah bekerjasama?
jawapan: dispute akan timbul dan kes itu menjadi landmark case!

Monday, November 9, 2009

Ekonomi dah lepas!

Salam

Hari ni kurang lagi satu beban.
Paper economy baru abes tadi
Subjek yang sebenarnya tak berapa nak susah tapi jadi susah sebab buku yang digunakan guna ayat2 yang macam hape untuk menyatakan satu point.
Aku takkan letak contoh ayat mahupun analogi di sini sebab nanti sume sakit ati...ahaha
Alhamdulillah, group discussion malam tadi sangat membantu walaupun kekurangan di pihak aku sebab tak berapa nak menghafal perkara2 penting

Study week kali ni aku kurang cenderung untuk post entry yang bengong2 macam sem lepas
Mungkin sebab penat atau mungkin sebab ke-stress-an tahap melampau tu dapat dikurangkan bila tahu untuk berseronok bila perlu.
Tak faham ayat di atas? Macam tu la ayat dalam buku ekonomi.
Juga kerana rakan2 yang belajar bersama adalah mereka2 yang sengal.
Sangat membantu dalam mengurangkan stress
Aku bahagia bersama mereka =)

Sebenarnya ada banyak benda nak tulis tapi macam takde mood nak tulis
Mungkin sebab penat
Mungkin sebab otak dah tak larat nak berfikir berat2
Kali ni aku macam study serius sikit berbanding sem lepas (taktau la pandangan orang lain camne)
Mungkin kesedaran dah sampai =P

Malam ni, mahu study subjek law
Aku tak mau main2 walaupun sangat takde mood untuk study
Walaupun orang kata aku hebat subjek ni, sesungguhnya aku tak hebat pun
Ayat aku seterusnya mungkin akan menyebabkan orang sakit hati
Tapi sesungguhnya memang apa aku cakap tu betul
Last sem aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat markah law macam tu
Mungkin itu cara Allah untuk mengajar aku supaya mensyukuri nikmat dan tidak merasa riak dengan apa yang diperolehi
Juga mungkin cara Allah untuk mengajar aku supaya sentiasa rendah diri dan tidak lupa diri
Setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya

InsyaAllah malam ni, discussion akan berlangsung lagi
Moga2 aku tak main2 malam ni
Dan moga2 aku ajar benda yang betul kat kawan2 aku nanti

Dan sekarang, aku mahu berehat, dalam erti kata lain, aku mahu tidur.
Selamat petang semua!

Wednesday, November 4, 2009

friends and sister, and college


Semua orang tahu Daughter #3 duduk di kolej yang sama dengan aku
Tapi tak semua orang tahu betapa susahnya ada adik di kolej yang sama
Bukan aku tak suka dia sama kolej, tapi sesetengah perkara kadang kala buat aku dalam dilema
Contoh situasi:

Situasi: Kawan2 ajak pegi meronggeng. Sehari sebelum tu si adik berkata bahawa dia dah lama tak keluar dan kalau keluar ajak dia.
Dilemanya: Kalau keluar dengan kawan2, rasa bersalah dengan adik. Kalau tak ikut, taktau kawan2 rasa apa dan aku sendiri rasa ketinggalan. Kalau bawak adik ikut skali, kawan2 dan adik akan rasa tak selesa. Nak kluar dengan adik sorang macam sangat susah sebab jadual yang tak sama.

Kat atas tu hanya satu contoh dari banyak2 situasi yang pernah berlaku kat aku. Tu belum termasuk kalau aku tetiba rasa nak buat 'jenayah'. Words travel and if it goes far enough,well you get the point, right? Aku taktau apa orang sekeliling fikir setiap kali aku pegi makan dengan adik aku. Kalau nak mengata aku takpe, tapi jangan mengata adik aku. Bukan dia mintak pun nak satu kolej dengan aku. And don't ever think that our family has some sort of 'underground cable' that enabled the three of us to be accepted into this U. DON'T.  We got accepted based on our own merits.

Aku tau adik aku tak minta dijaga tapi naluri seorang kakak suruh aku jaga dia. Walaupun kadang2 aku rasa sedikit terkongkong tapi nak buat macam mana kan? Walaupun orang nampak macam aku garang dengan adik aku, ketahuilah bahawa aku dengan adik aku memang macam tu dan dia tak pernah anggap aku garang pun. Kadang2 aku macam fed-up dengan situasi2 yang buat aku dalam dilema. Kadang2 juga aku rasa macam terpaksa berkorban. Bila aku decide nak bersama dengan adik aku, aku terpaksa berkorban keseronokkan dengan kawan2 tapi bila aku decide nak bersama dengan kawan2 aku terpaksa menempuh hari dengan penuh rasa bersalah.

Jadi, kepada sesiapa yang berkenaan, tak kiralah kawan2 @ adik, tolonglah fahami aku kalau aku buat satu decision bila situasi seperti di atas berlaku. Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang dan kadang2 aku takde jalan lain selain dari puaskan hati aku sorang je.

Tuesday, November 3, 2009

Diari Minggu Belajar Dot3

Salam

Diari Minggu Belajar (Study Week) Dot3

7 a.m.:  Rumet dua orang bangun. Aku bukak mata pastu sambung tido

9 a.m.: Rumet mula start ulangkaji. Aku bangun, tengok jam henfon pukul brape, sambung tido

11 a.m.: Tengok keadaan, kadang2 dah bangun time ni. Kadang2 awal sikit. Selalunya sambung tido lagi. Kalau time ni dah bangun, on laptop dan surf apa2 yang patut.

12 p.m.: Bukak mata, tengok rumet tengah watpe, tengok henfon lagi. Tak tido tapi bermalas-malasan atas katil.

12.10 p.m.: Mula duduk atas katil. Fikir apa nak buat seterusnya

12.15 p.m: Amek baldi toiletries, tuala dan sebagainya dan menuju ke toilet untuk mandi di shower nombor 3. Masa untuk aku mandi fleksibel. Kalau bangun awal, tak terus mandi tapi buat benda lain dulu.

12.30 p.m.: Siap mandi. Bersiap2 dengan menempek apa2 yang patut kat muka dan lengan.

12.40 p.m.: Pegi eza jaya mini mart untuk cari makan. Kadang2 member ajak g makan di fakulti2 terdekat. Kalau member2 ajak, siap awal sikit.

12.45 p.m. - 1.00 p.m. ++: Lepak di eza jaya mini mart dengan akak di sana. Kadang2 lama, kadang2 sekejap. Sambil lepak sambil makan.

1.00 ++ p.m.: Balik bilik.

1.00 ++ p.m.: Decide nak buat apa. Kalau rajin bukak notes dan baca. SILA BACA: ini sangat jarang terjadi. Kadang2 online dan melayari benda2 yang takde kaitan dengan exam. Kadang2 sambung tido balik.

Petang (waktu adalah fleksibel 4.00, 5.00, 6.00 p.m) : Kalau tido, bangun. Kalau online, masih online. Kalau study, tertido.

6.00 ++ p.m.: Ikut keadaan. Kadang2 rumet ajak pegi court volley. Kalau hujan, teruskan online. Kalau tertido sebab study, masih tido.

Lepas Isya': Pegi dinner. Dengan member2 @ Daughter #3 @ dua2 skali.

9.00 ++ p.m.:  Balik bilik. Sambung online.

Agak2 pukul 10 malam: Pegi BBG (study hall, more or less) kononnya untuk study. Ok, boleh la, study walaupun slalu mengelamun.

12.00 a.m.: Kadang2 lapar, ajak sesape yang sudi jadi tukang teman makan.

1.00 a.m.:  Tahap konsentrasi mula berkurang. Cari hiburan di BBG (SILA BACA: kacau orang lain study)

3.00 a.m. @ 4.00 a.m.:  Balik bilik untuk tido. Kadang2 tergoda untuk online. Kalau online tido lagi lewat.


Perkara yang lebih kurang sama akan berulang esoknya. Begitulah diari minggu belajar aku.


p/s: kenapa dipanggil minggu belajar/study week sedangkan memang hari2 kita study? mungkinkah sebab revision week /minggu ulangkaji panjang sangat?