Wednesday, November 4, 2009

friends and sister, and college


Semua orang tahu Daughter #3 duduk di kolej yang sama dengan aku
Tapi tak semua orang tahu betapa susahnya ada adik di kolej yang sama
Bukan aku tak suka dia sama kolej, tapi sesetengah perkara kadang kala buat aku dalam dilema
Contoh situasi:

Situasi: Kawan2 ajak pegi meronggeng. Sehari sebelum tu si adik berkata bahawa dia dah lama tak keluar dan kalau keluar ajak dia.
Dilemanya: Kalau keluar dengan kawan2, rasa bersalah dengan adik. Kalau tak ikut, taktau kawan2 rasa apa dan aku sendiri rasa ketinggalan. Kalau bawak adik ikut skali, kawan2 dan adik akan rasa tak selesa. Nak kluar dengan adik sorang macam sangat susah sebab jadual yang tak sama.

Kat atas tu hanya satu contoh dari banyak2 situasi yang pernah berlaku kat aku. Tu belum termasuk kalau aku tetiba rasa nak buat 'jenayah'. Words travel and if it goes far enough,well you get the point, right? Aku taktau apa orang sekeliling fikir setiap kali aku pegi makan dengan adik aku. Kalau nak mengata aku takpe, tapi jangan mengata adik aku. Bukan dia mintak pun nak satu kolej dengan aku. And don't ever think that our family has some sort of 'underground cable' that enabled the three of us to be accepted into this U. DON'T.  We got accepted based on our own merits.

Aku tau adik aku tak minta dijaga tapi naluri seorang kakak suruh aku jaga dia. Walaupun kadang2 aku rasa sedikit terkongkong tapi nak buat macam mana kan? Walaupun orang nampak macam aku garang dengan adik aku, ketahuilah bahawa aku dengan adik aku memang macam tu dan dia tak pernah anggap aku garang pun. Kadang2 aku macam fed-up dengan situasi2 yang buat aku dalam dilema. Kadang2 juga aku rasa macam terpaksa berkorban. Bila aku decide nak bersama dengan adik aku, aku terpaksa berkorban keseronokkan dengan kawan2 tapi bila aku decide nak bersama dengan kawan2 aku terpaksa menempuh hari dengan penuh rasa bersalah.

Jadi, kepada sesiapa yang berkenaan, tak kiralah kawan2 @ adik, tolonglah fahami aku kalau aku buat satu decision bila situasi seperti di atas berlaku. Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang dan kadang2 aku takde jalan lain selain dari puaskan hati aku sorang je.

5 comments:

-ain- said...

wah..tetibe windu kat kakak aku lak....

Anonymous said...

wah im proud of u adik!! =)

cerimanis said...

seriuos kiteorng pham!!

dot3 malas sign in said...

yen: akak ko baik mcm aku ek? =P...ehehe

anonymous (yg x anonymous pun): err, thx?

cerimanis: tima kasih kerana memahami

cow bebe said...

ala adek ni mcm xtau plak org saje je ckp kt adik klu kluar ajak org n klu dek kluar x ajak org...
x yah la ajak org klu dek x nk..org ok je..