Sunday, November 15, 2009

Cerita Yang Pernah Berlaku I

Ramai tahu yang aku pernah sertai Kejohanan Masum. Tapi tak ramai tahu bagaimana pengalaman itu dah ubah hidup aku dan membuka mata aku kat sesetengah perkara. Orang tak pernah tanya aku maka aku tak pernah citer. Setakar citer pasal makanan kat dining 5th tu adalah. Owh, dan juga betapa panasnya kat Sintok tu. Bagi aku, pengalaman tu sangat berharga. Tak kiralah baik atau buruk benda yang jadi, ia adalah  satu proses pembelajaran hidup.

Satu perkara yang aku suka adalah bila kami semua dianggap atlit. Aku tak pernah anggap aku ni atlit tapi bila kat sana, bila dikategorikan sebagai atlit, aku rasa seperti satu bentuk penghormatan untuk aku. Taktau kenapa tapi rasa bangga bila dianggap atlit. Masa tu la baru aku tau perasaan seorang atlit yang mewakili pasukan dia macam mana. Macam mana perasaan seorang atlit negara yang akan berjuang di Olimpik misalnya. Aku tak mampu nak describe perasaan tu macam mana tapi ia memang satu perasaan yang best.

Somewhat, I felt I belong there, with my teammates. Mereka tak peduli sikap atau latar belakang seseorang itu bagaimana, mereka hanya peduli sumbangan kepada pasukan. Aku suka itu. Selagi seseorang itu tak melakukan sesuatu yang akan memberi kesan kepada pasukan, mereka akan terima seadanya. Biar la kau seorang freak atau seorang recluse atau seorang yang alim, mereka terima dan hormat satu sama lain. Aku lebih bebas untuk jadi aku ketika itu. Tidak bermakna bersama kawan2 yang lain, aku tidak bebas tapi aku lebih bebas sedikit bersama mereka. Ada sesetengah sifat aku yang aku tak tunjuk kepada orang lain atas sebab2 tertentu tapi aku tunjukkan sifat itu kepada teammates aku.

Namun begitu, ketika itu juga, sesuatu telah terjadi kat aku. Kejadian tu telah menyedarkan aku tentang sesuatu. Kejadian dan akibat itu, biarlah aku simpan sendiri. Mungkin ada rakan2 yang sedar sedikit perubahan aku, selain kulit yang lebih gelap ye, selepas aku balik dari kejohanan itu. Tapi perubahan itu sementara sahaja. Kejadian itu juga buat aku tidak lagi meneruskan penglibatan dalam team UM. Alasan bizi dengan pelajaran aku berikan kepada teammates dan coach walaupun ada alasan lain yang lebih kukuh. Alasan yang tidak aku beritahu kepada sesiapa pun.

Aku sekarang lebih berhati-hati dalam sesetengah perkara termasuklah yang melibatkan benda yang pernah jadi kat aku tu. Tapi, kadang-kala walaupun aku dah ambil langkah berjaga-jaga, perkara itu terjadi lagi. Aku sangat tak suka kalau perkara tu terjadi sebab ia buat aku jadi sangat2 serabut. Walaupun aku dapat deal dengan benda tu dengan lebih baik, tapi ia tetap mengganggu ketenteraman hidup aku. Hanya seorang je kawan baik aku yang tahu the whole story apa yang jadi masa Masum tu dan dia je la yang terlalu tahu aku ni siapa.

Aku menulis benda ni sebab aku rasa aku  perlu untuk luahkan benda ni walaupun orang mungkin tidak faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku cuma perlu meluahkannya dari benak fikiran aku. Tidak berharap orang kisah, hanya meluah.



p/s: sukan juga boleh merapatkan silaturrahim...team UM (dalam sukan yang aku masuk la) je yang ramai bukan Melayu tapi kitorang punye semangat pasukan lebih dari orang lain....yang non-Muslim sangat menghormati  keperluan Muslim dan begitu juga yang sebaliknya....kalau kene buat esei bagaiman nak rapatkan hubungan kaum, aku akan tulis sukan sebagai alat utama......

No comments: