Monday, November 9, 2009

Ekonomi dah lepas!

Salam

Hari ni kurang lagi satu beban.
Paper economy baru abes tadi
Subjek yang sebenarnya tak berapa nak susah tapi jadi susah sebab buku yang digunakan guna ayat2 yang macam hape untuk menyatakan satu point.
Aku takkan letak contoh ayat mahupun analogi di sini sebab nanti sume sakit ati...ahaha
Alhamdulillah, group discussion malam tadi sangat membantu walaupun kekurangan di pihak aku sebab tak berapa nak menghafal perkara2 penting

Study week kali ni aku kurang cenderung untuk post entry yang bengong2 macam sem lepas
Mungkin sebab penat atau mungkin sebab ke-stress-an tahap melampau tu dapat dikurangkan bila tahu untuk berseronok bila perlu.
Tak faham ayat di atas? Macam tu la ayat dalam buku ekonomi.
Juga kerana rakan2 yang belajar bersama adalah mereka2 yang sengal.
Sangat membantu dalam mengurangkan stress
Aku bahagia bersama mereka =)

Sebenarnya ada banyak benda nak tulis tapi macam takde mood nak tulis
Mungkin sebab penat
Mungkin sebab otak dah tak larat nak berfikir berat2
Kali ni aku macam study serius sikit berbanding sem lepas (taktau la pandangan orang lain camne)
Mungkin kesedaran dah sampai =P

Malam ni, mahu study subjek law
Aku tak mau main2 walaupun sangat takde mood untuk study
Walaupun orang kata aku hebat subjek ni, sesungguhnya aku tak hebat pun
Ayat aku seterusnya mungkin akan menyebabkan orang sakit hati
Tapi sesungguhnya memang apa aku cakap tu betul
Last sem aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat markah law macam tu
Mungkin itu cara Allah untuk mengajar aku supaya mensyukuri nikmat dan tidak merasa riak dengan apa yang diperolehi
Juga mungkin cara Allah untuk mengajar aku supaya sentiasa rendah diri dan tidak lupa diri
Setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya

InsyaAllah malam ni, discussion akan berlangsung lagi
Moga2 aku tak main2 malam ni
Dan moga2 aku ajar benda yang betul kat kawan2 aku nanti

Dan sekarang, aku mahu berehat, dalam erti kata lain, aku mahu tidur.
Selamat petang semua!

No comments: