Aku dapat menerima dirimu yang begitu mengapa kamu tidak boleh menerima diriku yang begini? Adakah kamu menerima diriku kerana mahu mengubah diriku? Atau kerana kamu merasakan aku perlu diubah?
Adakah kamu ingin mengubahku kerana aku ada menyakitimu dengan diriku yang ini? Jika ya, maafkanlah aku kerana sesungguhnya aku tidak pernah berniat untuk menyakitimu.
Aku amat berharap agar kamu dapat menghentikan usaha untuk mengubahku kerana ia amat merimaskan aku. Aku tidak mahu tiba satu tahap aku tidak mampu bertahan dengan kerenah kamu yang ingin mengubahku itu, aku akan menjauhkan diri dari kamu. Aku juga tidak mahu kehilangan kamu.
Oleh kerana itu, aku amat-amat berharap kamu dapat terima aku seadanya. Aku akan berubah hanya bila aku ingin berubah, bukan bila kamu ingin aku berubah.
p/s: kamu di atas tidak merujuk kepada sesiapa yang spesifik....terima kasih
2 comments:
as you are.
always.
=)
yup2!
n as you are too ;)
Post a Comment