Salam (baru aku perasan yang kadang2 aku bagi salam kadang2 tak...ehehe)
Cuti dah habis dan aku kena balik U balik. Kemalasan melanda diri dan mood cuti tak hilang lagi walaupun banyak assignment kena buat dan dua kena hantar dalam masa terdekat nih.
Oleh sebab masa cuti keje aku tengok tv dgn main tenet je maka aku amat tertekan bila balik kolej nih. TV dah la astro takde, channel yang ade pun kabur je. -_-"
Kalau kat rumah internet laju jek, kat sini nak loading satu page pun amek masa 10 minit (ok,aku exaggerate je tapi memng hakikatnya sangat lambat).Pastu asyik Internet explorer cannot display the web page je. Nak cari maklumat kat internet pun susah -_-"
Pastu sekarang ni musim hujan. Time aku punya semangat nak pegi training ni la dia nak hujan (bukan mempersoalkan kuasa Allah cuma sebagai manusia aku ada rasa tak puas hati). Makin jadi macam sloth la aku ni. Mana taknye, petang2 hujan sedap tido maka keje yang boleh buat aku tak buat sebab tido. Malam plak aku online. Kalau tak online ade je aktiviti yang aku terlibat. Memang sem ni sem yang aku paling malas belajar. Haish.
Satu-satunya berita baik untuk aku ialah duit biasiswa aku dah masuk maka bolehla aku bayar yuran yang mahal nak mampos tuh. Boleh la aku nak joli sikit2 (tak boleh banyak2 sebab aku nak guna duit tu untuk something). =)
Akhir sekali, sesape boleh tolong naikkan semangat aku tak? =P
No comments:
Post a Comment