Friday, March 13, 2009

Anak Cicak Dalam Bilik Aku.

Salam.

Masa first time aku check in kat bilik aku yang sekarang ni ada satu makhluk yang menyambut kedatangan aku.

Makhluk itu adalah seekor anak cicak.

Kemungkinan besar anak cicak tu nak tau sape yang akan duduk dengan dia kat bilik tu.

Aku rase anak cicak tu berpuas hati dengan 'roommate'-nya ini.

Sebab dia tak takut nak memunculkan diri bila aku ada dalam bilik.

Anak cicak tu dah besar sekarang. Aku tak tau apa jantina dia maka aku tak boleh nak namakan dia.

Aku juga dah tak boleh panggil anak cicak tu, anak cicak lagi. Aku kena panggil dia cicak.

Cicak tu dah jadi saksi kehidupan aku kat dalam bilik tu.

Kalau korang nak tau camne hidup aku dalam bilik, tanyalah cicak tu. Pastikan korang fasih bahasa cicak.

Aku bangga aku dapat tengok cicak tu membesar. Dari seekor anak cicak yang lagi kecik dari jari kelingking aku ke seekor cicak dewasa (kot) yang bersaiz normal.

Aku harap cicak tu boleh hidup sampai aku habis semester ni (aku tak tau jangka hayat seekor cicak).

3 comments:

Anonymous said...

gotcha..
hahahaha..aku x nak bg tau sape aku directly kat ko..
aku bg hint..
org yg ko bawak bersama ketika try tony romas 4 da first time

DoT dOt DoT said...

aiseyh...
camni la, ko tau sape aku dan aku tau sape ko tp benda tu biar kita dua je tau, ok?
igt,x sume benda 'orang lain' bley tau...
aku harap ko fhm ayat aku kat atas tu...

(ayat aku macam gangster ugut mangsa jek...huhu)

Anonymous said...

aku nak jawab mcm pantun sikit lah..hmmm/..

kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu kembali,

hehehehe..xdek kena mengenakan..tapi tu simbolik aku gune kan untuk cakap "ye lah"