Thursday, March 26, 2009

Kisah 5 Manusia Kelaparan

Aku taktau nak tulis apa sebenarnye tapi rase cam nak tulis satu lagi post. Aku rase cam nak citer something tapi bila fikir balik, cam taknak plak...huhuhu

Hurmm, aku citer la benda ni. Dengan citer ni, aku rase beberapa orang yang tengah teka sape aku mesti tau aku sape. Ah, what the heck....

Citer ni pasal 5 manusia yang kelaparan tengah2 malam. Mula2 3 orang tunggu dalam keter. Dua orang lagi tak sampai lagi sebab sorang ade training untuk Feseni dan sorang lagi ade meeting dengan penyelia. Tak lama pastu yang ade training tu masuk keter. Tinggal tunggu sorang je lagi. Lepas 5 minit, yang sorang tu pun sampai.

Alkisahnya, dalam 5 orang ni, 2 orang tak bawak wallet sebab malas nak ambik kat bilik dan yang 3 orang tu plak tengah agak sengkek. Tapi takpe la sebab si driver nak pegi bank kluarkan duit dulu. Lagi pun tak decide lagi nak g makan katne.

Pegi la BSN kat FSSS. ATM rosak. Diorang decide nak makan kt Murni. Bagi yang taktau, Murni adalah sebuah restoran di PJ yang makanan dia sedap tapi harga up sikit (sikit je). Bagi yang tau, well, korang tau la range harga kat Murni tu camne kan.

Ok, sekarang bayangkan 5 orang yang kalau dicampur jumlah duit yang ada dalam tangan tak sampai pun 40 ringgit nak makan kat Murni dan order macam2 (ditambah plak dengan yang orang kirim). Dapat bayangkan?

Bayangkan pulak , 5 orang tadi dah siap order tapi duit tak cukup. Si driver dan pembantunya round sume bank terdekat kat situ dan sume ATM tak boleh guna (punya la banyak bank, satu pun tak bley guna...hampeh tol). Time ni makanan dah sampai dan dah dibedal dah pun oleh 3 orang lagi. Duit terkumpul masih lagi tak sampai 40 ringgit tu.

Bila driver dan pembantu balik, 3 orang lagi bertanya dengan penuh harapan "dapat tak kluarkan duit?". Jawapan yang diterima menghancurkan harapan.

Nasib baik lagi sorang ni tak test lagi kad dia. Maka, dia dan rumate driver pegi la round lebih jauh dalam usaha 'mencucuk duit'. Si driver dan pembantu plak duduk dengan sorang yang tinggal dan menunggu dengan cuak (tengah cuak pun boleh membedal lagi).

Selepas 10 minit, akhirnya berita gembira buat 5 manusia kelaparan itu. Yang sorang tu berjaya membuat transaksi 'withdrawal' dan seterusnya berjaya menyelamatkan mereka semua dari menjadi pekerja sementara basuh pinggan.



Moral of the story: Pastikan duit cukup sebelum kluar makan.

No comments: