Wednesday, March 4, 2009

Mata Aku Pedih Sebab Buih Syampu Masuk Mata

Baru-baru ni aku mandi basuh rambut. Masa aku tengah seronok(?) meng-syampu rambut aku, ada sikit buih masuk mata aku. Ya aku tau, memang sangat pedih. Aku cuba la dengan tak berjayanya bilas guna air (mesti la air, takkan minyak kot). Nasib baik masa dah abis mandi tu mata aku dah tak pedih dah.

Masa tengah pedih mata tu aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. Time tu adik aku baby lagi, paling tua pun umur dia dua tahun. Dia pakai syampu Johnson's Kids (Tak Pedihkan Mata!). Satu hari tu masa nak basuh rambut aku guna la syampu adik aku ni. Aku konon-kononnya nak test la betul ke syampu tu tak pedihkan mata. Lepas dah siap penuhkan kepala aku dengan buih (sebenarnya syampu tu tak banyak buih pun), aku pun amek la sikit air letak kat atas kepala supaya ada buih mengalir turun ke muka. Aku buat ni sambil bukak mata aku yang kecik ni luas-luas.

Pergh, pedih gila bila buih tu masuk mata aku. Aku keluar dari bilik air dengan mata yang merah. Sejak hari tu aku tak pernah percaya kat mana2 iklan yang kata syampu tu tak pedihkan mata. So, bagi aku diorang tu sume menipu sebab apa-apa benda kalau masuk mata, memang pedih la mata.

2 comments:

LiNa said...

aku pernah buat, aku pernah buat!!
ngehehehe.

ohh ciiik, (hampir type nama kau disini)
persamaan aku dengan kau dari segi kesengalan amat amusing haha =P

DoT dOt DoT said...

ahahaha
klaka2....

kau dan aku punye kesengalan mmg la sangat amusing
ahahaha