Aku baru dapat berita, sorang lagi sepupu aku nak bertunang bulan 5 ni. Hari tu kakak dia kahwin, sekarang dia plak nak bertunang. Hurmm.......
Pasni mesti lagi sorang sepupu (Sepupu B) aku bertunang. Dia muda setahun je dari yang nak bertunang bulan 5 ni (Sepupu A). Setakat ni sepupu2 aku bertunang paling kejap 6 bulan, paling lama 2 tahun. Pastu diorang kahwin.
Kalau Sepupu B kahwin, maka semua sepupu yang lagi tua dari aku (belah mak) semua dah lepas. Kalau ikut hierarki, abang aku bawah Sepupu B. Lepas abang aku, kakak aku. Pastu aku. Abang aku konfem tak ikut urutan sebab dia anak lelaki tunggal. Sape yang nak jadi kakak ipar aku kena lulus 6 tapisan dulu. Tapisan paling susah mestilah mak dengan adik bongsu aku. Mesti lambat la abang aku tu kahwin.
So, secara automatiknya, kakak aku jadi next in line. Aku kira-kira, kakak aku ada dalam 3 tahun, paling lama 4 tahun sebelum makcik2 (dan juga mak aku sendiri) bising tanya bila nak kahwin. Sekarang ni pun dah ada yanng tanya dah ada yang empunya ke belum.
Lepas kakak aku, giliran aku plak. Abang aku dah bajet aku ada 5 tahun lagi. Urgh, aku tak sanggup nak fikir pasal ni!
Sekarang ni pun extended family aku dah sibuk tanya mak aku, kami 3 beradik ni dah ada yang punya ke belum. Macam la takde benda lain nak tanya. Tanya la bila nak graduate ke, nanti nak kerja kat mana ke, bila nak beli kereta ke etc. Ni tak, pasal kahwin jugak la yang ditanya.
Haish, leceh betul la. Extended family (belah mak) aku ni memang best sebab diorang sengal2 jek, cuma bila sampai bab yang satu tu yang aku alah sikit. Nasib baik extended family belah ayah aku tak berapa amek tau bab2 ni (diorang bosan sikit tapi ada a few cousin yang best la).
Sekarang ni pun aku dah pening nak layan soalan mak aku, kalau 5 tahun lagi tak tau la aku. Jangan sampai aku merantau sebab tak tahan sudah.
No comments:
Post a Comment