Tuesday, June 30, 2009

How To Save A Life

Salam

Tadi dalam kereta masa balik dari beli dinner, ntah sebab ape Fly FM pasang lagu How To Save A Life-The Fray. Sampai kat chorus, terus teringat kat sorang kawan time matriks dulu. Aku pun tak pasti apa kaitan lagu ni dengan member tu tapi yang aku tau memang ada kaitan dengan member tu. Maybe sebab lagu ni adalah lagu yang tengah play masa aku tengah lepak kat cube dia. Aku selalu lepak kat cube dia dulu, bercerita all sorts of things. Aku rasa lagu ni tengah play masa kitorang tengah borak pasal benda yang ada kaitan dengan lagu ni. Maybe sebab tu aku ingat kot.

Neway, aku citer ni sebab aku baru sedar yang banyak lagu yang berkait rapat dengan stages dalam hidup aku. Kadang2, lagu tu akan mengingatkan aku kat kenangan yang best dan kadang2 pulak lagu tu akan buat aku ingat kat something yang aku prefer untuk lupakan. Contohnya, lagu No One-Alicia Keys tu best dan asalnya aku suka tapi bila lagu tu buatkan aku ingat kat manusia yang tak layak dapat privillege untuk diingati oleh aku, maka aku macam tak berapa nak selesa kalau lagu tu dimainkan kat mana2. Lagu Kiss Me Through The Phone-Soulja Boy pulak buat aku ingat kat sorang, erm member gak r, tapi sebab bila ingat pasal dia mesti ingat satu, err revelation kot, pasal dia yang aku susah nak terima so aku kalau boleh taknak dengar lagu ni.

Ada gak la lagu2 yang buat aku teringat kenangan yang manis, lucu dan sebagainya (dan orang2 yang wujud dalam kenangan tu). Macam lagu Pelangi Petang-Sudirman. Bila lagu ni je aku mesti ingat kat cik cerimanis sebab ada skali tu aku dengan dia nyanyi lagu ni sama2. Aku tak ingat katne dan kenapa tapi seingat aku kitorang siap discuss lagi pasal lagu ni. Salah satu lagu Jesse McCartney (aku tak ingat yang mana satu, Leavin' @ How Do You Sleep?) plak ingatkan aku kat kapten sofbol kesayangan aku sebab lagu ni kat radio masa dia buatkan air coklat untuk aku. Masa tu kitorang rehat jap dari friendly dengan Uni2 lain. Time tu lunch break tapi aku dengan dia makan biskut dengan air coklat je sebab dining hall tak bukak lagi. Lagu Hatin' On The Club-Rihanna plak ingatkan aku kat dua coursemate aku yang kene teman aku cari boots. Sorang tu bukan setakat teman, dia jadi macam driver plak sebab aku tumpang kereta dia. Dia siap bawak aku dengan yang lagi sorang balik rumah untuk lunch. Dah la hari tu, hari ade klas. Nasib baik member tu baik. Lagu ni play kat radio masa kitorang on the way dari rumah dia ke The Curve.

Banyak lagi lagu yang ingatkan aku kat sejarah lampau aku (cheh,sejarah sangat la kan) tapi takkan aku nak citer sume kat sini. Point aku sebenarnya simple je; muzik dan lagu berkait rapat dengan hidup kita. Aku percaya sume orang pun ade lagu2 yang ada kenangan, buruk atau manis, dalam hidup diorang. Korang yang baca post ni pun macam tu gak.

p/s:aku saje je letak tajuk tu camtu (sebenarnya taktau nak letak tajuk ape)

No comments: