Friday, June 12, 2009

Siapakah Pembunuhnya?

Salam

Fuhh, dah lama aku tak rants dalam blog. Dua bulan kot aku tak buat entry yang betul2 entry. Setakat buat tag tu adalah tapi itu pun dah seminggu lebih. Aku tau ada beberapa (tak ramai pun) kawan aku yang tengah tunggu aku citer pasal apa yang aku buat selama 3 minggu lebih 'menghilangkan' diri. Kepada kawan2 aku yang menunggu tu, maafkan aku sebab aku takkan tulis pasal tu. Memang pengalaman aku selama 3 minggu lebih tu sangat best dan seronok tapi aku tak tau kenapa aku tak boleh nak tulis pasal benda tu. 3-4 kali aku cuba nak buat entry pasal tu tapi tak boleh nak buat gak. Last2, aku decide tak nak buat entry pasal tu. Sape nak tau, jumpa aku je la, nanti aku citer sampai korang nak muntah dengar..hehe (poyo jek).

3 ari pas balik dari lokasi aku 'menghilangkan' diri, aku terus kene masuk mood sem khas (tapi tak berjaya...seminggu lebih baru berjaya). Sekarang baru aku faham kenapa sorang grupmate aku sanggup tepon aku 2 kali dalam masa kurang 24 jam masa aku 'hilang' ari tu. Dan aku juga dah faham kenapa bila masuk studio je, coursemate2 aku berpakat untuk terjun bangunan sesama (walaupun aku tau diorang takkan buat camtu). Mereka sume (dan juga aku sejak 2-3 ari lepas) jadi macam tu adalah disebabkan oleh IP. Secara rasminya IP adalah akronim untuk Integrated Project tapi anda sume boleh buat tafsiran sendiri; sebagai contoh Cik Henna gune Ini Psycho dan aku amek keputusan untuk gune Ini Pembunuh.

Ya, subjek course juga boleh jadi pembunuh. Ia membunuh keseronokan, ia membunuh mood, ia membunuh kesabaran, ia membunuh akaun, ia membunuh perasaan dan akhirnya ia mampu membunuh jiwa. Ok, yang last tu aku hyperbola je. Tapi IP ini memang mampu membunuh. Ini kata2 aku yang baru sekejap masuk mood IP, belum lagi kata2 mereka yang dah sebulan lebih dalam mood IP. Each of my groupmates has their own (bloody) story. Cik Hanim dan 'Abg' JAS-nye, Cik Nurul dan 'Abg' Musa-nya, mereka yang lain dengan citer masing2.

Sekarang ni, aku pun dah start bengong. Sekarang ni aku rasa aku lagi sanggup extend tempoh aku menghilangkan diri dari kene buat IP ni. Serius stress, especially bila kene dengar ayat2 stok camni "owh, benda ni kitorang tak boleh nak tolong". Lagi stress bila dah penat pegi tempat tu tapi tak dapat apa2. Owh, stress gak bila lecturer kata benda tu boleh dapat tapi kami tak boleh nak dapat. Juga stress bila fikir lecturer nak macam2 padahal masa singkat. Ingat kitorang ni hape? (Gila emo ayat).

Ok, baik aku stop menaip sekarang sebelum benda2 tak sepatutnya aku tulis, aku tulis. Tak pasal2 kang bertambah dosa. Baik aku pegi masak megi, at least aku kenyang nanti. Masak megi dengan telur, sedap dowh. Ok, aku kene stop. Sekarang.

p/s: korang decide sendiri la sape pembunuhnya.......

2 comments:

cerimanis said...

mmg Ip nie....skit jiwe...
myb lec nk sruh kite jd architect,
jd town planer
jd abg JAS buat EIA...y dieorng bwat 5thun n kite tbe2 kne bwat dlm mse 1week...group sye ler..
jd developer
jd sape2 r...

pastu bla2....mmg skit...tbe2 kple melyng2 n brtny soklan ni sure kan,nie bkan thesis spe2 y nk ambik PHD kn~~~~

hehehhe...ok sye mkin jahat~~`
opsss!!!!!!

Dot3 said...

owh,semestinya bukan bust thesis nk amek PhD....

sume dh sakit jiwa sbb IP ni....huhu