Tuesday, June 23, 2009

Kamu Yang Empunya Diri Tahu Siapa Yang Saya Maksudkan

Salam



A few months back, i wrote an entry about my blog followers. Pastu, dalam salah satu komen, ada sorang kawan aku yang mengaku dia gak follower aku, tapi secara private. Bila follow secara private, aku tak dapat nak tau dia adalah follower aku so aku tak tulis la pasal dia. Oleh sebab dia adalah seorang yang istimewa bagi aku (tolong jangan salah faham ye), maka aku sort of janji nak tulis satu entry khas untuk dia. Maka, ini adalah post yang aku janji kat dia. Maybe dia takkan baca pun entry ni sebab sekarang ni dia macam sangat bizi tapi macam biasa la, apa aku kisah kan. So, here it goes.



Aku kenal dia masa matriks. Kalau nak suruh citer camne aku dengan dia boleh jadi kawan, aku memang tak boleh citer sebab aku pun taktau camne. Things just happens. Tapi yang aku ingat, aku mula rapat dengan dia lepas kitorang sama2 join sukoma. Dia main netball, aku main basketball. Aku tak sama kelas mau pun sama dorm dengan dia tapi sama2 sains fizikal. To me, she's my first true best friend.



Aku selalu lepak kat dorm, atau nak lebih exact lagi, cube dia. Aku dan dia mempunyai satu perasaan yang sama terhadap kolej matriks tu iaitu tak suka dan tak sabar nak blah dari kolej tu. Topik feveret kitorang adalah mengutuk kolej dan manusia2 didalamnya (ok aku tipu, bukan topik feveret tapi kitorang memang selalu kutuk kolej tu). Kitorang adalah antara manusia yang susah nak fit in kat tempat tu. There was some sort of stereotyping and typicalisation by the majority population of the college and we were few of the 'victims'. Memang sume member rapat aku kat matriks adalah manusia2 yang mempunyai masalah yang sama.


Aku dan dia gak suka borak pasal fakta2 dan juga hakikat hidup ni. How life's funny, how it is full of irony and so on. Dia la tempat aku whine,rant, and curse kalau ada something yang buat aku tak puas hati. Dia jadi tempat aku lepas geram kalau aku tengah bengang dengan manusia lain. Dia akan korbankan tangan dia untuk aku. Aku akan squezee tangan dia sekuat2nya sampai aku lega. Dia la orang yang aku cari masa aku tengah stress tahap petala kelapan. Kat dia gak la aku menangis bila aku dah tak tahan dengan stress tu (mind you,aku jarang nangis ok).

Aku dengan dia boleh click so well sebab kitorang mempunyai cara berfikir yang sama. Apa yang kitorang rasa amusing, orang lain akan rasa biasa. Apa yang kitorang faham, orang lain susah nak faham. Tapi aku belajar banyak benda dari dia. Aku belajar dari dia nilai satu persahabatan, dan bagaimana nak jadi seorang sahabat yang layak untuk dihargai. Dia sangat menghargai sahabat2nya (if orang tu tak cari pasal dengan dia la). Dari dia gak la aku belajar supaya tak tengok things from one perspective only.

Satu benda aku suka pasal dia adalah dia tak pernah discriminate atau judge orang lain easily. Bila orang tu dah cari pasal dengan dia baru dia betul2 jadi orang-yang-tak-best-untuk-dibuat-kawan. Kadang2, aku dan dia tak perlu spoken words untuk faham something. Kami adalah dua orang yang faham bahawa itu adalah ITU dan tak perlu kata2 untuk gambarkannya. Aku tak jumpa lagi orang yang camtu lepas abes matriks.

Apa yang pasti, aku sangat sayang (sayang as in hard to let go, not sayang as in love) dia sebab dia la salah sorang kawan yang betul2 aku boleh panggil sahabat. Walaupun kitorang jarang jumpa atau contact sebab masing2 bizi, tapi bila aku perlukan dia, dia ada.

Sebenarnya, banyak je lagi aku boleh citer pasal dia tapi aku taknak tulis panjang2. Maka, sampai sini je la aku citer pasal dia. Kepada tuan empunya diri yang aku tengah citer, aku rindu kau la...bila bley kita g berfoya-foya?


2 comments:

Unknown said...

foya foya?
sekarang anytime asalkan bukan time kerja! ;)
tunggu aku baik demam dulu haha :P

Dot3 said...

ala,ponteng r jap keje kau tu...ehehe
tp xpe, aku sabar menunggu...ehehe