Tuesday, September 29, 2009

Cinta hatiku.....

Salam

Kat bawah ni adalah gambar sepupu aku belah mak yang paling kecik. Nama dia secomel mukanya. Nama dia Cinta Nur Dania Danisha. Aku panggil dia Dania dan kadang2 refer dia sebagai baby Cinta. Sume gambar kat bawah ni masa umur dia 7 bulan lebih. Sekarang ni umur dia 9 bulan lebih2 sikit. Bulan 12 ni dia umur dia setahun.



Sape yang takkan jatuh cinta dengan muka yang comel ni? *sigh*


Dia adalah manusia yang bukan family terdekat yang aku paling sayang sekarang. Dia dah tumbuh 4 batang gigi. Sangat pandai amek hati, terutamanya orang yang support barang keperluan dia...ehehe. Sangat suka main. Hari tu aku percik air kat muka dia pun dia boleh ketawa terkekeh-kekeh yang sangat comel. Aku tarik nafas pun dia boleh gelak. Tapi sekarang ni dia suka menjerit. Bingit gila kalau dia jerit masa tengah dukung dia. Tapi dia tetap comel walau macam mana pun. Sume facebook cousin2 yang lain pun penuh dengan gambar dan video dia.



"saya ada kunci keter...jom kita jalan2"

Ye, Cinta ni sangat suka jalan2. Sangat excited kalau nampak sesape yang jaga dia pakai tudung. Sangat suka kalau masa dalam kereta. Mulut dia akan berbunyi "ooooo" dan perkataan2 lain yang aku tak faham. Dia tak berapa nak bercakap lagi tapi dah boleh berdiri tanpa sokongan (tapi kene jaga gak). Aku sangat suka bau ke-baby-an dia (budak kecik kan bau best walaupun dia dah berpeluh). Mak aku sekarang ni dah jadi lebih kurang mak angkat dia. Kadang2 kitorang bawak dia balik rumah. Kat rumah aku memang dia suka sebab ramai yang nak jadi 'Dayang' dia. Dia bukan je comel, pandai main plak tu. Tapi kalau orang tak kenal dia akan tengok je muka orang tu walau camne pun orang tu agah dia.




*saya gembira sebab akak ni datang* =P

Dia excited gila kalau aku, mak aku dan adik beradik aku datang tengok dia. Kat umah dia, yang jaga dia makcik aku (yang bukan mak dia). Abang2 dia sekolah so kalau kitorang datang dia boleh main. Ada satu hari tu, aku dengan adik aku bukak pose kat umah dia. Lepas Isya' kitorang balik. Lepas bukak pose tu, aku main la dengan dia sampai la time nak balik. Masa aku dengan adik aku nak balik tu, dia buat muka yang sangat sedih. Mak dia dukung dia sampai pintu depan. Dia sedih je. Muka dia buat aku nak balik pun rasa berat hati. *Dia memang pandai amek hati*. Owh, dengan ayah aku pun dia pandai amek hati. Ayah aku ni jenis yang ramai budak2 takut tapi dia boleh selamba je tegur ayah aku. Ayah aku pun dah suka dengan budak ni.





"nyum2, sedapnye biskut ni"


Dania yang sangat suka makan. Makcik aku yang jaga dia, panggil Dania ni perut katak sebab dia kuat makan. Suap la apa pun, dia akan bukak mulut. Kalau orang lain tengah makan dan dia tak dapat makan, dia akan bising sambil buat bunyi nak makan, walaupun dia baru je lepas makan. Kalau masa makan, kalau orang lambat suap, dia akan panjat orang yang menyuap tu.

Selain itu, Dania ni ada satu tabiat yang comel. Kalau dia nak tido, dia hisap jari sambil buat bunyi macam meratib. Hari tu, dia dok sebut perkataan 'koya' (atau yang berbunyi macam tu) ulang2 (macam orang berzikir tu) sampai la dia tido. Ada video tapi takleh nak upload sebab kat fon mak/adik aku lagi. Lagi satu tabiat dia baru dapat, dia suka buat muka kerut hidung bila happy. Comel, walaupun kalau orang besar buat benda sama jadi hodoh giler.

Itulah Cinta dalam hidupku....


P/s: rasa rindu lak bila tulis pasal budak ni.....nak g rumah dia la....

Monday, September 28, 2009

nak tulis, tapi.......

Salam

Tadi baca satu blog ni (blog 'ini fynn jamal cakap'). Ada satu entry dia tajuk 'surat terbuka pada arjuna di sana'. Surat ni aku rasa dia tujukan kat husband dia, tapi tak kesah lah sebab apa yang dia tulis tu memang la aku rasa macam betul. Aku pun pernah nak tulis surat terbuka macam tu tapi tak berani...ehehe. Surat aku mungkin harsh sikit la..huhu. Mungkin satu hari nanti aku akan tulis gak kot. Adalah beberapa draf dalam kepala ni. Ada yang general dan ada yang spesifik untuk individu. Yang individu tu mungkin aku tak publish kot (sape berani kan?). Tapi setakat ni sume ditujukan kepada lelaki. Aku pernah tulis emel panjang lebar kat sorang member lama ni sebab aku bengang dengan dia (dan juga sebab emosi yang lama terpendam pasal dia). Lepas je aku send aku rasa nak hilangkan diri jap dari bumi. Kesimpulannya, kalau tak puas hati dengan sesape, sila la pergi exercise. Bukan je dapat hilangkan sakit ati tu, malah mungkin dapat kurangkan berat badan. Alamak, apa aku merepek ni, dari surat terbuka boleh sampai kat kurang berat badan.

Neway, aku sangat2 nak buat surat terbuka kat seseorang ni tapi aku segan. Segan sebab aku tak kenal pun dia sape dan segan sebab kolej aku ni 'internet' laju. Segan gak sebab mungkin orang akan judge aku. Juga segan kerana aku mungkin akan secara tak sengaja tunjukkan sifat aku yang certain manusia je tau. (*weyh minah, kalau dah segan takyah tulis la...*). Ye, aku sedang bermonolog dengan diri sendiri.

Raya oh Raya.

Salam

Semua orang macam excited citer pasal raya. Aku plak excited nak komen pasal cara raya disambut sekarang ni. Nak kata aku ni lahir zaman masa mercun dan bunga api tak diharamkan, tak la tapi aku rasa cara Hari Raya atau Eid-ul-fitr disambut sekarang ni macam dah lari dari essence kenapa ianya disambut. Ramai kawan aku dah maklum yang aku sangat la tak excited untuk sambut raya. Tanya la kawan2 aku, aku rasa sume akan kata "owh, dot3 macam tak sambut raya". Aku dah macam tak suka takrifan raya bagi orang zaman sekarang (tak bermaksud aku ni orang zaman dahulu).

Ye memang la, benda ni bergantung pada individu apa niat dia sambut raya. Setahu aku yang memang dah lama tak gi solat Tarawikh ni, Aidilfitri adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam dalam melawan hawa nafsu semasa bulan Ramadhan. Ia adalah hari untuk bergembira kerana berjaya dalam perjuangan menentang nafsu. (ala, kalau ikutkan hari2 kita kene lawan nafsu cuma mungkin nafsu pada bulan ramadhan kene lawan lebih sikit sebab tak bleh buat benda yang boleh batalkan puasa). Jadi, apa motif berhabis duit untuk sambut raya? Bukan ke tu dah kalah kepada nafsu? Memang la tak salah kalau nak beli baju baru, kasut baru etc, tapi baju, kasut dan berbagai benda lagi tu dipakai lagi ke lepas raya? Kalau pakai, baguslah, sekurang-kurangnya kurang pembaziran walaupun sebenarnya baju sedia ada sampai dah tak muat almari. Walaupun family aku ada sikit amalkan beli baju baru, tapi sampai itu je la kitorang beli, takde la sampai rumah pun nak hias sume. Kadang2 takyah raya pun mak aku suka beli kain buat baju (sebab dulu dia selalu g function dengan ayah aku, masa ayah aku keje lagi).

Pastu, pasal amalan menziarahi kubur di pagi raya. Ye, menziarahi kubur tu elok tapi setahun sekali je pegi? Kenapa tak buat pada masa lain? Kalau balik kampung cuti sekolah, tak salah kalau nak lawat kubur kan? (ok, point ni macam lemah). Aku respect prinsip ayah aku. Bagi dia, kalau nak doakan ibu bapa, kaum keluarga yang dah meninggal, hari2 pun boleh doakan. Apa guna hari raya, g kubur, doakan, pastu terus lupa sampai la raya tahun depan? Menziarahi kubur elok sebab ia mengingatkan kita pada mati dan juga mengingatkan kita, bila2 kita boleh mati. Lagi pun, aku ada terbaca kat suratkhabar, ada sorang ustaz atau mufti (aku tak ingat nama dia) cakap, menziarahi kubur di pagi raya ni bertentangan prinsip Islam dalam menyambut Aidilfitri. Dia cakap, Islam suruh bergembira pada 1 syawal (jangan la over sangat lak), jadi amalan menziarahi kubur ni bertentangan sebab ia menyebabkan kita bersedih. Tapi kene ingat gak, Islam suruh bergembira sebab berjaya lawan hawa nafsu, bukan brgembira kosong je.

Satu lagi, budaya open house. Bagi aku, kalau orang nak datang rumah kita, datang je la, buat apa nak tunggu open house. Kalau orang soh aku wat open house, aku akan cakap "kalau nak datang, datang je la, takyah tunggu open house". Aku ada pernah terbaca last year atau last two year, ada sorang columnist tulis, dia pun tak berapa berkenan dengan budaya open house ni. Dia siap citer, dia terjumpa sorang member lama dia ni. Pastu dia cakap la dia nak g rumah member ni pada sekian2 hari. Member dia bley plak cakap, takyah datang pada sekian2 hari itu, dia buat open house pada sekian2 hari yang lain dan datang la open house tu. Pehal camtu? Point dia kenapa dia tak suka open house ti bagus gak. Dia cakap, kita nak datang rumah member sebab nak catch-up dengan hidup masing2. Masa open house, kalau dah tuan rumah sibuk dok layan tetamu, celah mana kita nak borak pasal citer lama dengan dia? Especially kalau member yang dah lost contact dan baru2 tu je kita dapat contact dia balik. Aku sangat2 la setuju dengan pendapat dia tu. Nak ziarah member, ziarah je la, buat apa tunggu open house.

Banyak lagi la pasal raya yang bagi aku macam tak perlu. Tu tak termasuk lagi pasal program TV bila raya. Aku cukup2 tak suka nak bukak channel2 tempatan bila raya sebab rancangan2 yang konon2nya "istimewa aidilfitri". Hari raya adalah untuk menziarah, bukan untuk tengok TV. Kalau malam nak tengok TV, baik la bukak Discovery ke, National Geographic ke, dapat la jugak ilmu. Astro Oasis pun ok gak, walaupun aku sendiri pun jarang bukak.

Sebenarnya, ada je pasal raya ni yang positif dan bagi aku masih ada essence Aidilfitri tu. Tapi sebab aku tengok yang tak betul tu (bagi aku) yang lebih diperbesarkan. Aku bukan anti-raya tapi aku anti-raya-yang-macam-dah-lari-dari-prinsip. Aku sendiri tak berapa nak sambut raya sebab aku tau masa bulan Ramadhan tu aku tak berapa menghayati Ramadhan dan aku tak rasa aku deserve untuk rasa gembira kerana banyak benda aku tak berjaya lakukan. Aku hanya melalui Ramadhan cukup syarat je.



p/s: walaupun duit raya tak berapa patut untuk raya, tapi aku taknak condemn sebab aku sendiri masih trime duit raya =P......ehehe

Thursday, September 17, 2009

Peringatan dan Akibat tak endah Peringatan

Peringatan 1: jangan lakukan sesuatu kala emosi sedang terganggu
Akibat tak endah Peringatan 1: menyesal buat benda tu bila emosi dah stabil


Peringatan 2: don't be reckless
Akibat tak endah Peringatan 2: felt like a fool


Peringatan 3: sila fikir sebelum buat
Akibat tak endah Peringatan 3: sama seperti Akibat tak endah Peringatan 1


Peringatan 4: sila ada self-control yang tinggi
Akibat tak endah Peringatan 4: melakukan sesuatu yang reckless dan mengakibatkan menerima Akibat tak endah Peringatan 2.


Aku tak mengendahkan kempat-empat peringatan ni dan telah menerima keempat-empat akibatnya.

Tuesday, September 15, 2009

mimpi 'kekasih lama'

Aku termimpi 'kekasih lama'.......lagi.
Mungkinkah sebab aku rindu kat dia?
Mungkin la sebab dah lama tak dengar citer pasal dia
Last aku jumpa dia masa dia nak g oversea
Yang tak bestnya dalam mimpi tu, aku masih ada perasaan kat dia
Dan juga tak best dalam mimpi tu, dia sebenarnya ada perasaan kat aku tapi dia taknak mengaku
Owh, juga tak best sebab aku masih nak kat dia walaupun ntah dah berapa tahun dia kat oversea tu
Sejujurnya, aku sendiri masih taktau apa aku rasa kat mamat tu
Aku dan dia tak pernah ada apa2 hubungan yang lebih dari kawan pun
Tapi aku kecewa masa dia tak datang reunion kecil member2 sekolah ari tu
Mungkin sebab aku yang jemput tapi dia bitau orang lain yang dia tak dapat datang. Mungkin.
Mungkin juga sebab sekarang aku tengah 'bebas' maka terfikir pasal dia. Mungkin.


Benci la mimpi pasal orang yang tak layak muncul dalam mimpi.
Kalau seseorang yang patut muncul, takpe la gak...iniii...haih la.
Mamat ni takyah buat apa2 pun boleh huru-harakan hidup aku, cukup muncul dalam mimpi.
Memang la....haish.....

p/s:abes la aku bila adik-beradik aku baca ni.....

Monday, September 14, 2009

luahan rasa

Aku perempuan. Titik.
No argument.
Ye, aku minat sukan, tapi itu hanya minat.
Ye, gaya aku macam ganas + kasar tapi jiwa aku?
Ye, fizikal aku macam fizikal aku tapi itu dah Tuhan bagi.
Ye, aku tak suka make-up tapi tak semestinya aku tak suka untuk cantik.
Ye, pakaian aku simple (selekeh bagi sesetengah) tapi itu yang selesa bagi aku.
Ye, orang lihat seperti aku taktau buat keje yang selalu dikaitkan dengan wanita tapi ada beza antara tak TAHU dengan tak MAHU.
Ye, perangai aku bukan perangai tipikal perempuan tapi ada sebab kenapa aku jadi begitu.

kadang2 aku cuba untuk menjadi perempuan mengikut acuan masyarakat tapi.......

Nobody ever truly know me, not even my family, not even myself.
Tapi hakikatnya, aku perempuan.Noktah.

Sunday, September 13, 2009

nama panjang

Julius Andreas Gimli Arn MacGyver Chewbacka Highlander Elessar-Jankov


Nama di atas adalah nama seorang lelaki di Norway. Nama asal dia adalah Andreas Jankov. Permohonan pertukaran nama dia diluluskan baru2 ni. Apa yang aku tulis ni adalah kisah benar. Kalau x caye, sila google nama diatas. Korang jgn letak nama anak2 korang panjang2 macam ni. Dah besar nanti dosa diorang banyak sebab kutuk korang bagi nama panjang2.

Wednesday, September 9, 2009

i think i'm being cranky today

Salam

Oleh kerana sekarang ni circadian rhythm aku dah kelam-kabut maka aku menjadi sangat cranky pada waktu siang. Dalam minggu ni ntah brape orang dah terkena tempias ke-crankiness aku tu. Kepada sesiapa yang terkena tu, aku mintak maaf. Aku tak berniat nak marah atau sakitkan hati tapi sebab penat + mengantuk menyebabkan aku lebih cepat irritated daripada biasa. Aku tau gak orang lain pun penat + mengantuk tapi aku rasa korang tau yang aku mempunyai temper yang tak boleh dibanggakan walaupun aku tak penat. Korang bertahan je la dengan aku untuk seminggu je lagi. Kalau taknak jumpa aku yang cranky, cari aku tengah2 malam buta. Kebarangkalian untuk aku cranky pada waktu itu amatlah kecil.

Okey lah, aku mahu tido sebentar. Mengantuk...Nanti2 aku upload last batch foto2 di kelantan, bila otak dan emosi dah stabil balik.

Saturday, September 5, 2009

menari and family

current atmosphere: sober

Daughter #1 to Daughter #3: hah, awak masuk menari ke?

Daughter #3: tak ah....buat kerja untuk projek tu la

Daughter #1: kalau awak menari, orang mesti akan tengok

dot3: kalau orang menari?

new atmosphere: excited + don't know what

Daughter #1: kalau awak menari, mesti la orang tengok...dengan the Mother, Daughter #4 orang ajak skali

everyone else xcept dot3: ahahahahahahahahaha..............

dot3: korang jangan, karang betul orang join menari kang......

the Mother: kalau betul awak menari, umi nak tengok persembahan awak

Daughter #4: kalau akak dot3 menari mesti kelakar, keras giler

everyone else: ehehe...betul2

the Father: ala, menari macam main softball la

everyone else (again, xcept dot3): .......(a louder laugh).....

the Mother: kalau awak menari, kalau the Son cuti umi ajak the Son dengan daughter #4 g tengok awak...

daughter #1: a'ah...orang boleh g dengan daughter #3

the Son: eyh, kalau tak cuti pun orang sanggup amek cuti tau!

everyone else: ......(they are in a laughing fit)......

dot3: *exasperated* haaa, korang!

can't remember who: pastu rakam persembahan dia....pastu sebarkan video tu kat semua orang

everyone else: *enjoying this VERY much*

the Father: pastu tunjuk video tu dekat Dania (my cute little cuz)...pastu dia mesti buat muka sengih macam perli dia tu

everyone else: .......(they seems can't stop laughing their heads off).........

dot3: *helpless* korang ni......

everyone else: ......(still laughing)......

ah, well, that's what they call family




p/s: mind you, the Father was and is a typical traditional type of father......the type that you read in old stories (kind of).....

Meluat

Salam

Baru2 ni aku balik rumah naik tren KTM. Selalu mak aku amek aku kat kolej tapi sebab ari tu takde klas dan ke-tidak-cukup-an tido yang sangat kronik, aku decide nak balik trus time tu gak. Masa kat stesen bas terjumpa dengan cerimanis tengah tunggu bas (what else?). Destinasi kitorang sama hala so aku pun balik r dengan dia. Kitorang kene naik LRT dulu baru naik KTM kat KL sentral.

Nak dijadikan cerita, masa aku dengan cerimanis naik tren LRT, ade satu couple melayu yang diri setentang dengan aku . Kiranya aku kat pintu belah sini, mereka kat pintu belah sana tapi x betul2 straight line dengan aku. Time tu bukan rush hour so tak ramai la tapi tempat duduk sume penuh. Aku ni jenis suka tengok keliling masa dalam tren. Aku just tengok2 je la sume orang. Pastu aku terasa macam couple yang perempuan ni pandang aku. Aku pun tengok r arah dia. Dia tengah peluk lengan lelaki yang ntah bf ke, tunang ke, husband ke, aku pun taktau. Yang buat aku meluatnya sebab cara dia peluk lengan laki tu sambil pandang aku dengan muka ntah hape ntah. Dah la peluk macam taknak lepaskan laki tu pastu pandang slack semacam je kat aku. Dan hati aku pun berkata "pehal pompuan ni?bajet aku terpikat dengan bf ke? ape, dia ingat dia sorang je ade bf? dah la tengah bulan pose...tak sedar ke sekarang bulan pose?ingat orang jeles r tengok dia camtu? meluat adalah". Aku bengang sebab masa aku mula2 masuk tren tu, takde lak dia peluk lengan laki tu. Pastu pandang2 aku semacam. Bukan sekali, banyak kali. Nasib baik aku dapat kawal diri dari buat aksi rolling eyes sambil buat muka meluat tahap dewa. Nasib baik gak dia tak buat aksi lebih dari tu (maybe dia masih sedar sekarang bulan pose).

Haish, free2 je dosa aku bertambah bulan2 pose ni dok bercerita pasal orang lain. Maybe la aku sangka buruk tapi aku ni jenis senang tafsir orang dan body language mereka dan tafsiran aku time tu adalah seperti di atas. Mungkin juga la dia takde niat camtu tapi dia salah gak buat aksi tu bulan2 pose gini. Kawan2, sila jangan buat aksi yang boleh buat orang meluat di tempat awam.


p/s: sila jangan contohi aku........

Thursday, September 3, 2009

Hidup yang sedang huru-hara

Bukti2 hidup anda tengah serabut kerana keje yang banyak:

Bukti 1:

Kawan lama: Dot3, u ok ke? Tak sihat ke? Apsal nampak cam tak sihat?

Bukti 2:

X-kapten: why now everytime i see u, u like want to die one?

Bukti 3:

Bangun makan sahur dengan mata yang merah dan kepala yang mamai tahap ekstrem.

Bukti 4:

Keje mengecat kulit kerang pun kelihatan sepertilah sangat menarik dan seronok

Bukti 5:

Coursemate: Weyh, g la tido...kronik gila aku tengok muka ngantuk ko tu....

Bukti 6:

Tido 3 jam daripada 28 jam

Bukti 7:

Terhasil entry2 seperti ni

Bukti 8:

Sleep is more appealing than buka puasa



p/s: yang lain tu tambah la sendiri

Wednesday, September 2, 2009

semakin stress, semakin.......

Semakin stress, semakin cenderung untuk melencong
Semakin stress, semakin cenderung untuk taknak buat apa2
Semakin stress, semakin cenderung untuk rasa malas
Semakin stress, semakin cenderung untuk naik angin dengan orang
Semakin stress, semakin cenderung untuk malas layan orang
Semakin stress, semakin cenderung untuk rasa nak flying kick sesape yang cari pasal
Semakin stress, semakin cenderung untuk membebel panjang2 pasal hal kecik
Semakin stress, semakin cenderung untuk rasa nak tido banyak2
Semakin stress, semakin cenderung untuk rasa nak breakdown
Semakin stress, semakin cenderung untuk rasa ntah apa2 ntah
Semakin stress, semakin cenderung untuk jadi fragile



weyh minah, pegi buat keje la.....