Salam
Baru2 ni aku balik rumah naik tren KTM. Selalu mak aku amek aku kat kolej tapi sebab ari tu takde klas dan ke-tidak-cukup-an tido yang sangat kronik, aku decide nak balik trus time tu gak. Masa kat stesen bas terjumpa dengan cerimanis tengah tunggu bas (what else?). Destinasi kitorang sama hala so aku pun balik r dengan dia. Kitorang kene naik LRT dulu baru naik KTM kat KL sentral.
Nak dijadikan cerita, masa aku dengan cerimanis naik tren LRT, ade satu couple melayu yang diri setentang dengan aku . Kiranya aku kat pintu belah sini, mereka kat pintu belah sana tapi x betul2 straight line dengan aku. Time tu bukan rush hour so tak ramai la tapi tempat duduk sume penuh. Aku ni jenis suka tengok keliling masa dalam tren. Aku just tengok2 je la sume orang. Pastu aku terasa macam couple yang perempuan ni pandang aku. Aku pun tengok r arah dia. Dia tengah peluk lengan lelaki yang ntah bf ke, tunang ke, husband ke, aku pun taktau. Yang buat aku meluatnya sebab cara dia peluk lengan laki tu sambil pandang aku dengan muka ntah hape ntah. Dah la peluk macam taknak lepaskan laki tu pastu pandang slack semacam je kat aku. Dan hati aku pun berkata "pehal pompuan ni?bajet aku terpikat dengan bf ke? ape, dia ingat dia sorang je ade bf? dah la tengah bulan pose...tak sedar ke sekarang bulan pose?ingat orang jeles r tengok dia camtu? meluat adalah". Aku bengang sebab masa aku mula2 masuk tren tu, takde lak dia peluk lengan laki tu. Pastu pandang2 aku semacam. Bukan sekali, banyak kali. Nasib baik aku dapat kawal diri dari buat aksi rolling eyes sambil buat muka meluat tahap dewa. Nasib baik gak dia tak buat aksi lebih dari tu (maybe dia masih sedar sekarang bulan pose).
Haish, free2 je dosa aku bertambah bulan2 pose ni dok bercerita pasal orang lain. Maybe la aku sangka buruk tapi aku ni jenis senang tafsir orang dan body language mereka dan tafsiran aku time tu adalah seperti di atas. Mungkin juga la dia takde niat camtu tapi dia salah gak buat aksi tu bulan2 pose gini. Kawan2, sila jangan buat aksi yang boleh buat orang meluat di tempat awam.
p/s: sila jangan contohi aku........
No comments:
Post a Comment