Salam
Semua orang macam excited citer pasal raya. Aku plak excited nak komen pasal cara raya disambut sekarang ni. Nak kata aku ni lahir zaman masa mercun dan bunga api tak diharamkan, tak la tapi aku rasa cara Hari Raya atau Eid-ul-fitr disambut sekarang ni macam dah lari dari essence kenapa ianya disambut. Ramai kawan aku dah maklum yang aku sangat la tak excited untuk sambut raya. Tanya la kawan2 aku, aku rasa sume akan kata "owh, dot3 macam tak sambut raya". Aku dah macam tak suka takrifan raya bagi orang zaman sekarang (tak bermaksud aku ni orang zaman dahulu).
Ye memang la, benda ni bergantung pada individu apa niat dia sambut raya. Setahu aku yang memang dah lama tak gi solat Tarawikh ni, Aidilfitri adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam dalam melawan hawa nafsu semasa bulan Ramadhan. Ia adalah hari untuk bergembira kerana berjaya dalam perjuangan menentang nafsu. (ala, kalau ikutkan hari2 kita kene lawan nafsu cuma mungkin nafsu pada bulan ramadhan kene lawan lebih sikit sebab tak bleh buat benda yang boleh batalkan puasa). Jadi, apa motif berhabis duit untuk sambut raya? Bukan ke tu dah kalah kepada nafsu? Memang la tak salah kalau nak beli baju baru, kasut baru etc, tapi baju, kasut dan berbagai benda lagi tu dipakai lagi ke lepas raya? Kalau pakai, baguslah, sekurang-kurangnya kurang pembaziran walaupun sebenarnya baju sedia ada sampai dah tak muat almari. Walaupun family aku ada sikit amalkan beli baju baru, tapi sampai itu je la kitorang beli, takde la sampai rumah pun nak hias sume. Kadang2 takyah raya pun mak aku suka beli kain buat baju (sebab dulu dia selalu g function dengan ayah aku, masa ayah aku keje lagi).
Pastu, pasal amalan menziarahi kubur di pagi raya. Ye, menziarahi kubur tu elok tapi setahun sekali je pegi? Kenapa tak buat pada masa lain? Kalau balik kampung cuti sekolah, tak salah kalau nak lawat kubur kan? (ok, point ni macam lemah). Aku respect prinsip ayah aku. Bagi dia, kalau nak doakan ibu bapa, kaum keluarga yang dah meninggal, hari2 pun boleh doakan. Apa guna hari raya, g kubur, doakan, pastu terus lupa sampai la raya tahun depan? Menziarahi kubur elok sebab ia mengingatkan kita pada mati dan juga mengingatkan kita, bila2 kita boleh mati. Lagi pun, aku ada terbaca kat suratkhabar, ada sorang ustaz atau mufti (aku tak ingat nama dia) cakap, menziarahi kubur di pagi raya ni bertentangan prinsip Islam dalam menyambut Aidilfitri. Dia cakap, Islam suruh bergembira pada 1 syawal (jangan la over sangat lak), jadi amalan menziarahi kubur ni bertentangan sebab ia menyebabkan kita bersedih. Tapi kene ingat gak, Islam suruh bergembira sebab berjaya lawan hawa nafsu, bukan brgembira kosong je.
Satu lagi, budaya open house. Bagi aku, kalau orang nak datang rumah kita, datang je la, buat apa nak tunggu open house. Kalau orang soh aku wat open house, aku akan cakap "kalau nak datang, datang je la, takyah tunggu open house". Aku ada pernah terbaca last year atau last two year, ada sorang columnist tulis, dia pun tak berapa berkenan dengan budaya open house ni. Dia siap citer, dia terjumpa sorang member lama dia ni. Pastu dia cakap la dia nak g rumah member ni pada sekian2 hari. Member dia bley plak cakap, takyah datang pada sekian2 hari itu, dia buat open house pada sekian2 hari yang lain dan datang la open house tu. Pehal camtu? Point dia kenapa dia tak suka open house ti bagus gak. Dia cakap, kita nak datang rumah member sebab nak catch-up dengan hidup masing2. Masa open house, kalau dah tuan rumah sibuk dok layan tetamu, celah mana kita nak borak pasal citer lama dengan dia? Especially kalau member yang dah lost contact dan baru2 tu je kita dapat contact dia balik. Aku sangat2 la setuju dengan pendapat dia tu. Nak ziarah member, ziarah je la, buat apa tunggu open house.
Banyak lagi la pasal raya yang bagi aku macam tak perlu. Tu tak termasuk lagi pasal program TV bila raya. Aku cukup2 tak suka nak bukak channel2 tempatan bila raya sebab rancangan2 yang konon2nya "istimewa aidilfitri". Hari raya adalah untuk menziarah, bukan untuk tengok TV. Kalau malam nak tengok TV, baik la bukak Discovery ke, National Geographic ke, dapat la jugak ilmu. Astro Oasis pun ok gak, walaupun aku sendiri pun jarang bukak.
Sebenarnya, ada je pasal raya ni yang positif dan bagi aku masih ada essence Aidilfitri tu. Tapi sebab aku tengok yang tak betul tu (bagi aku) yang lebih diperbesarkan. Aku bukan anti-raya tapi aku anti-raya-yang-macam-dah-lari-dari-prinsip. Aku sendiri tak berapa nak sambut raya sebab aku tau masa bulan Ramadhan tu aku tak berapa menghayati Ramadhan dan aku tak rasa aku deserve untuk rasa gembira kerana banyak benda aku tak berjaya lakukan. Aku hanya melalui Ramadhan cukup syarat je.
p/s: walaupun duit raya tak berapa patut untuk raya, tapi aku taknak condemn sebab aku sendiri masih trime duit raya =P......ehehe
No comments:
Post a Comment