Monday, September 28, 2009

nak tulis, tapi.......

Salam

Tadi baca satu blog ni (blog 'ini fynn jamal cakap'). Ada satu entry dia tajuk 'surat terbuka pada arjuna di sana'. Surat ni aku rasa dia tujukan kat husband dia, tapi tak kesah lah sebab apa yang dia tulis tu memang la aku rasa macam betul. Aku pun pernah nak tulis surat terbuka macam tu tapi tak berani...ehehe. Surat aku mungkin harsh sikit la..huhu. Mungkin satu hari nanti aku akan tulis gak kot. Adalah beberapa draf dalam kepala ni. Ada yang general dan ada yang spesifik untuk individu. Yang individu tu mungkin aku tak publish kot (sape berani kan?). Tapi setakat ni sume ditujukan kepada lelaki. Aku pernah tulis emel panjang lebar kat sorang member lama ni sebab aku bengang dengan dia (dan juga sebab emosi yang lama terpendam pasal dia). Lepas je aku send aku rasa nak hilangkan diri jap dari bumi. Kesimpulannya, kalau tak puas hati dengan sesape, sila la pergi exercise. Bukan je dapat hilangkan sakit ati tu, malah mungkin dapat kurangkan berat badan. Alamak, apa aku merepek ni, dari surat terbuka boleh sampai kat kurang berat badan.

Neway, aku sangat2 nak buat surat terbuka kat seseorang ni tapi aku segan. Segan sebab aku tak kenal pun dia sape dan segan sebab kolej aku ni 'internet' laju. Segan gak sebab mungkin orang akan judge aku. Juga segan kerana aku mungkin akan secara tak sengaja tunjukkan sifat aku yang certain manusia je tau. (*weyh minah, kalau dah segan takyah tulis la...*). Ye, aku sedang bermonolog dengan diri sendiri.

6 comments:

Anonymous said...

nk tunang ajak akuuu <---tetibe.haha
-marinata~

Dot3 said...

ye cik marinata, aku akan ajak....aku takkan tunang senyap2 je...adeyh la korang ni.....

Anonymous said...

nabilah dah bertunang la!!
cuba tengok jari dia!! ada benda tu..silau2...
hihihi..
~nanimsheik~

Dot3 said...

bengong la hanim...kang aku tulis pasal skandal ko kang, haru ko....

Anonymous said...

hahahhaha!!!mna ada skandal pon...aku kan ahli biasa msc skang...weeee~~~
~nanimsheik~

Dot3 said...

sebab ahli bese la ada skandal...kalau alumni xbley nak skandal...huhu
tp xpe, aku baik ;)