Aku mahu menangis
Itu sahaja yang aku mahu
Aku mahu melepaskan segala yang dirasa
Dan mengharapkan ia tidak kembali
Aku mahu menangis
Kerana aku mahu cuba untuk leraikan kekusutan itu
Dan melupakan penyebabnya
Aku mahu menangis
Kerana aku mahu ketenangan
Walaupun ianya untuk sementara
Aku mahu menangis
Kerana aku tak mahu membazirkan sel-sel otak aku
Memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikir
Aku mahu menangis
Malangnya aku tak mampu
1 comment:
pe ke hel nyer kamu nie!!
Post a Comment