Thursday, November 19, 2009

Apa Yang Aku Sedang Rasai Sekarang


Salam

Sejak aku tau beberapa orang sudah tau ini adalah blog aku, aku seakan rasa terkongkong untuk menulis (atau menaip, mana lebih tepat) entry2 baru. Kalau dilihat archives aku, entry2 aku pada zaman orang taktau ini adalah blog aku adalah lebih 'terbuka' dan lebih relax. Sejak kebelakangan ni aku rasa seperti entry2 aku menjadi semakin 'suram', 'berat' dan mungkin agak membosankan. Ini pendapat aku, aku taktau la orang lain rasa bagaimana. Entry2 aku dulu juga lebih berkisar pada kejadian2 'pelik' (tak pelik pun, cuma kejadian biasa je...ehehe) yang berlaku dalam kehidupan aku dan rakan2. Sekarang ni aku tulis apa yang aku rasa tapi yang ditapis.Tak faham? Takpe, aku pun sedang cuba memahami.

Kalau dulu, lepas je dapat idea, aku terus online dan post entry baru tapi sekarang ni aku simpan dulu, kadang2 sampai lupa. Contoh, masa study week sem lepas, aku rasa hampir setiap malam aku post entry baru. Tapi sem ni, 2-3 malam, kadang2 lebih, baru aku post entry baru. Aku pun taktau kenapa, mungkin aku sudah menjadi lebih serius (huh?). Dan entry2 aku sekarang ni kebanyakannya boleh buat orang lain depressed bila baca.

Kenapa aku cakap semua ni? Sebab aku akan menulis lagi satu entry yang mungkin depressing untuk dibaca. Soal kehidupan (yeke?ntah..). Aku rasa aku sedang berlaku tidak adil kepada seseorang. Aku rasa seperti aku memperguna dia untuk meyakinkan sesuatu kepada diri aku sendiri, atau dengan kata lain menipu diri sendiri. Aku mahu membuktikan, bukan, ia lebih kepada memaksa diri aku untuk menerima hakikat tentang sesuatu tentang diri aku sedangkan aku sendiri tidak tahu yang sebaliknya benar atau tidak. Seorang sahabat baik pernah berkata "kita semua ni normal tapi kita ni selalu anggap kita kompleks sebab kita mahu jadi berbeza dari orang lain". Apa yang dia kata itu betul. Seriusly, aku setuju dengan apa yang dia kata. Dan sekarang ni, aku tidak tahu sama ada aku benar2 kompleks atau hanya menganggap diri aku kompleks.

Aku sendiri tidak pasti siapa itu Aku. Aku mungkin seorang pelajar UM sahaja. Aku mungkin seorang anak kepada ibu bapa aku. Aku mungkin seorang sahabat untuk bergelak ketawa. Aku mungkin seorang kakak. Aku mungkin seorang adik. Aku mungkin seorang musuh kepada seseorang. Aku mungkin cinta hati seseorang yang lain pula (mana tau la kan? T_T). Tapi siapa sebenarnya Aku itu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberi definisinya. Definisi Aku menurut keluarga mungkin berlainan daripada definisi yang diberi oleh rakan2. Mungkin kedua-dua itu tepat dan mungkin kedua-duanya tidak tepat.

Aku menulis ini semua tanpa motif yang jelas. Aku cuma mahu meluahkan untuk melupakan. Jika tak berjaya, well aku ada cara sendiri (kreatif...tapi bodoh ;) ) untuk melupakannya tapi itu jalan terakhir. Aku harap aku akan tenang seketika selepas ini. Jangan pedulikan aku dan entry ini jika tidak mahu ambil kisah kerana aku juga tidak kisah jika kau tidak mahu ambil kisah.



p/s: i shud be happy now but....

1 comment:

cow bebe said...

ala tulis je la pe yg kamu nk tulis..kamu tau la org cne..kamu tau la adek n kakak kamu cne..org lg seronok bc blog dek klu dek tulis bnda yg pape ntah..org lg ska klu kamu tulis post yg lebeh t'buka yg mcm dl2 2..BEZ SGT