Tuesday, March 31, 2009

The Day Technology Totally (almost) Goes Against Me

Yesterday (31/3/09) is the day technology decided to goes against me and made my life miserable. Firstly, the ever unreliable Maxis decided I cannot use my cellphone eventhough I have enough credit and it is not expire yet. I cannot make any call or send any SMS and because of that I cannot go back home this ******* week. I don't know what was wrong with my line. I tried change the cellphone but to no avail. Luckily the problem resolved itself today.

Yesterday also the day my mp3 player gone haywire. I charged the player yesterday afternoon because I wanted to use it later that night. However, when I wanted to use it that night,the player displayed that the battery is not yet full. It just pissed me off. How can a player fully charged that afternoon displays icon that shows the battery is not full? And yes, I was and am confident that I charged it fully. I have to recharge it again last night and it is a of waste time and energy.

Finally, the laptop decided that I cannot surf the internet last night. I've opened many tabs and found many things but unfortunately, and suddenly the bloody "Internet Explorer stopped working". Three strikes in one night and I decided technology conspired to goes against me.

Monday, March 30, 2009

Kenapa pilihan kita sendiri yang akan membebankan kita?
Aku penat la camni. Setiap kali aku buat pilihan je, ada je benda yang akan buat pilihan aku tu membebankan.
Memang la dengan setiap pilihan tu ada tanggungjawab yang datang skali tapi lebam la aku kalau dengan setiap pilihan tu ada lagi pilihan dan tanggungjawab yang aku kena buat.

Tambah pulak orang lain masuk campur dan seolah persoalkan pilihan aku tu. Letih la aku kalau setiap kali benda ni dibincangkan, aku kena pertahankan pilihan aku. Dah la apa yang aku pilih tu memang dah cukup meletihkan, orang sekeliling makin buat benda tu meletihkan. Macam takde benda lain yang boleh diorang buat.

Aku tau apa yang diorang buat tu sebab sayang aku tapi kadang-kala kasih sayang pun boleh melemaskan tau. Aku tau la pilihan aku tu macam menyusahkan hidup aku sendiri tapi orang lain lagi tambah menyusahkan hidup aku.

Aku letih la camni. Aku penat la. Aku mintak tolong ni. Tolong la aku.

Friday, March 27, 2009

Aku Taktau Nak Buat Ape Sebab Takde Ape Untuk Dibuat

Ok, aku memang sah takde keje sebab ni post keempat aku dalam masa 48 jam. Maybe sebab aku nak lepas gian kot. Last post aku sebelum post yang berderet ni dah seminggu lebey, maybe 2 minggu lebey. Plus, aku tak berape nak sihat dalam seminggu ni dan bila dah ok aku dok main tenet je. Nasib baik assignment pun dah kurang kalau tak haru gak la hidup aku.

Tapi bila tak brape nak bizi, aku mati kutu plak. Tak tau nak watpe. Sepatutnya aku kena belajar n cover balik ape2 yang aku t'tinggal tapi sebab dah terbiasa bizi disebabkan oleh benda2 yang bukan akademik, maka aku tak reti nak belajar bila dah free ni. (Boleh pulak macam tu kan?)

So, aku akan rant ntah ape2 kat sini dengan harapan masa aku akan terisi. Dan juga dengan harapan kepala otak aku berfungsi dengan normal balik dan dapat belajar betul2 pasni.
Tapi aku rase harapan akan tinggal harapan je. Haish

Dan aku rase kalau salah sorang coursemate aku baca post ni, mesti aku kena sound. Adeyh.
Maka, aku rase baik aku berenti post aku sebelum aku terjebak lebih dalam. (ayat cam hape je)

Thursday, March 26, 2009

Kisah 5 Manusia Kelaparan

Aku taktau nak tulis apa sebenarnye tapi rase cam nak tulis satu lagi post. Aku rase cam nak citer something tapi bila fikir balik, cam taknak plak...huhuhu

Hurmm, aku citer la benda ni. Dengan citer ni, aku rase beberapa orang yang tengah teka sape aku mesti tau aku sape. Ah, what the heck....

Citer ni pasal 5 manusia yang kelaparan tengah2 malam. Mula2 3 orang tunggu dalam keter. Dua orang lagi tak sampai lagi sebab sorang ade training untuk Feseni dan sorang lagi ade meeting dengan penyelia. Tak lama pastu yang ade training tu masuk keter. Tinggal tunggu sorang je lagi. Lepas 5 minit, yang sorang tu pun sampai.

Alkisahnya, dalam 5 orang ni, 2 orang tak bawak wallet sebab malas nak ambik kat bilik dan yang 3 orang tu plak tengah agak sengkek. Tapi takpe la sebab si driver nak pegi bank kluarkan duit dulu. Lagi pun tak decide lagi nak g makan katne.

Pegi la BSN kat FSSS. ATM rosak. Diorang decide nak makan kt Murni. Bagi yang taktau, Murni adalah sebuah restoran di PJ yang makanan dia sedap tapi harga up sikit (sikit je). Bagi yang tau, well, korang tau la range harga kat Murni tu camne kan.

Ok, sekarang bayangkan 5 orang yang kalau dicampur jumlah duit yang ada dalam tangan tak sampai pun 40 ringgit nak makan kat Murni dan order macam2 (ditambah plak dengan yang orang kirim). Dapat bayangkan?

Bayangkan pulak , 5 orang tadi dah siap order tapi duit tak cukup. Si driver dan pembantunya round sume bank terdekat kat situ dan sume ATM tak boleh guna (punya la banyak bank, satu pun tak bley guna...hampeh tol). Time ni makanan dah sampai dan dah dibedal dah pun oleh 3 orang lagi. Duit terkumpul masih lagi tak sampai 40 ringgit tu.

Bila driver dan pembantu balik, 3 orang lagi bertanya dengan penuh harapan "dapat tak kluarkan duit?". Jawapan yang diterima menghancurkan harapan.

Nasib baik lagi sorang ni tak test lagi kad dia. Maka, dia dan rumate driver pegi la round lebih jauh dalam usaha 'mencucuk duit'. Si driver dan pembantu plak duduk dengan sorang yang tinggal dan menunggu dengan cuak (tengah cuak pun boleh membedal lagi).

Selepas 10 minit, akhirnya berita gembira buat 5 manusia kelaparan itu. Yang sorang tu berjaya membuat transaksi 'withdrawal' dan seterusnya berjaya menyelamatkan mereka semua dari menjadi pekerja sementara basuh pinggan.



Moral of the story: Pastikan duit cukup sebelum kluar makan.
"i try to forgive...but it's not enough...to make it all okay"
Broken Strings
when something happens, it will be difficult for things to become normal again
suffice to say, things will never be the same again.........

Tuesday, March 24, 2009

" oh the truth hurts, and lies worse"

Broken Strings

yup, truth hurts and it hurts like who-knows-what
and, yup, lies are worse
and you know what, it will hurt like hell when you found out about the lies and learned the truth from it.

Wednesday, March 18, 2009

A Little Bird Told Me a Story

One day, a little bird fly in and sit at my window.

The bird told me a story.

The story is about me.

The bird said it want to tell me the story because all the birds and whoever close to the birds already knew the story. It would be bad if I don't know it.


And the story changed my life, or shall I say, my perception to life.


When the story is finished, the bird said "my advice to you is, keep whatever that should be kept inside, inside"

I said my thanks to the bird.

Before the bird flew away, it adds one more advice "never trust the others no matter how close you to them, and that includes me"


Thank you Little Bird. I'll remember what you've said and add one more reminder to myself; no matter how many families, friends and enemies I have, the truth is that I'm alone in this world and I'm just a person passing by someone's life.

Sunday, March 15, 2009

First thing is, maybe I shouldn't write this post.

Someone told me, a blog can reveal who you are and people can take advantage from it.

I agreed with her.

Because I went through it (sort of) and made me feel like a fool.


But now, I learned my lesson and I'll try to write what matters only (in my opinion, that is).

AND I'll think more sensibly after this before writing any post.


So, enough of the c***. What I wish to say is that I'm happy and I feel a lot better now that I don't have any emotional baggage any more.


Yup, I buried it somewhere really,really deep.

To cik Lina (if she read dis), congratulate me :P

Friday, March 13, 2009

Anak Cicak Dalam Bilik Aku.

Salam.

Masa first time aku check in kat bilik aku yang sekarang ni ada satu makhluk yang menyambut kedatangan aku.

Makhluk itu adalah seekor anak cicak.

Kemungkinan besar anak cicak tu nak tau sape yang akan duduk dengan dia kat bilik tu.

Aku rase anak cicak tu berpuas hati dengan 'roommate'-nya ini.

Sebab dia tak takut nak memunculkan diri bila aku ada dalam bilik.

Anak cicak tu dah besar sekarang. Aku tak tau apa jantina dia maka aku tak boleh nak namakan dia.

Aku juga dah tak boleh panggil anak cicak tu, anak cicak lagi. Aku kena panggil dia cicak.

Cicak tu dah jadi saksi kehidupan aku kat dalam bilik tu.

Kalau korang nak tau camne hidup aku dalam bilik, tanyalah cicak tu. Pastikan korang fasih bahasa cicak.

Aku bangga aku dapat tengok cicak tu membesar. Dari seekor anak cicak yang lagi kecik dari jari kelingking aku ke seekor cicak dewasa (kot) yang bersaiz normal.

Aku harap cicak tu boleh hidup sampai aku habis semester ni (aku tak tau jangka hayat seekor cicak).

Tuesday, March 10, 2009

Cerita di KLIA 4 tahun lepas

Minggu lepas aku dengan family lawat adik aku kat kolej matrik dia. Some reminiscing happened. Kitorang borak bagaimana masa pantas berlalu (ayat ni adalah translation dari English, sebab tu cam skema dan pelik). Pastu terkeluar la satu citer yang terjadi 4 tahun dulu.

Lokasi citer ni adalah KLIA. Masa tu LCCT takde lagi. Aku dan family nak hantar abang aku. Dia nak g Sabah sebab dia dapat tawaran buat degree UMS. Kitorg tak dapat ikut sampai Sabah sebab tambang mahal (heee....). Ayah aku je yang teman abang aku kat Sabah. Ayah aku dah naik flight lain dulu sebab tiket untuk flight abang aku dah abes. Maka, sementara tunggu boarding call untuk flight abang aku, kitorang duduk la kat, err, waiting area kot.

Sambil duduk-duduk tu, family aku borak2 la. Tengah borak-borak tu aku ternampak la sorang lelaki bukan Melayu tengah pegang jambak bunga yang orang grad selalu dapat. Lelaki tu umur macam lebih kurang abang aku. Pastu ada orang amek gambar dengan dia. Time ni family aku pun dah perasan pasal lelaki ni. Aku perhati lagi. Dekat dengan dia ada satu group bangsa dia tengah berkumpul. Group tu ada la dalam 20-30 orang. Pastu ramai yang amek gambar dengan dia. Ada yang siap macam nasihat macam2. Aku ngan family aku buatlah andaian.

Kitorang andaikan dia nak g fly luar negara dan dia orang pertama dalam family dia yang dapat fly. Memang kalau tengok meriah sangat2. Tak lama lepas tu boarding call flight abang aku pun di-announce. Bla,bla,bla...abang aku pun selamat la berlepas. Kitorang pun balik la.

Lepas 3 jam, abang aku SMS mak aku. Rupa-rupanya lelaki tadi satu flight dengan abang aku. Dah la duduk satu row dengan abang aku. Tak lama pastu abang aku SMS lagi. Rupa-rupanya budak tu satu U dengan dia. Punya la meriah yang nak mengantar, macam satu kampung yang datang. Punya la kitorang assume dia nak fly oversea, rupa-rupanya fly over the sea je.


P/s: maybe dia the 1st person dalam family dia yang dapat belajar sampai U....

Friday, March 6, 2009

funny life

life is funny.
no,seriously it's funny.
it's funny in a cruel way.
ask anyone normal and they will tell all sorts of amusing stories about their life.
and when you able to relate the stories together, you will find life is funny and amusing.
trust me on this.
i've done it, seen it, gone through it and felt it

Wednesday, March 4, 2009

Mata Aku Pedih Sebab Buih Syampu Masuk Mata

Baru-baru ni aku mandi basuh rambut. Masa aku tengah seronok(?) meng-syampu rambut aku, ada sikit buih masuk mata aku. Ya aku tau, memang sangat pedih. Aku cuba la dengan tak berjayanya bilas guna air (mesti la air, takkan minyak kot). Nasib baik masa dah abis mandi tu mata aku dah tak pedih dah.

Masa tengah pedih mata tu aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. Time tu adik aku baby lagi, paling tua pun umur dia dua tahun. Dia pakai syampu Johnson's Kids (Tak Pedihkan Mata!). Satu hari tu masa nak basuh rambut aku guna la syampu adik aku ni. Aku konon-kononnya nak test la betul ke syampu tu tak pedihkan mata. Lepas dah siap penuhkan kepala aku dengan buih (sebenarnya syampu tu tak banyak buih pun), aku pun amek la sikit air letak kat atas kepala supaya ada buih mengalir turun ke muka. Aku buat ni sambil bukak mata aku yang kecik ni luas-luas.

Pergh, pedih gila bila buih tu masuk mata aku. Aku keluar dari bilik air dengan mata yang merah. Sejak hari tu aku tak pernah percaya kat mana2 iklan yang kata syampu tu tak pedihkan mata. So, bagi aku diorang tu sume menipu sebab apa-apa benda kalau masuk mata, memang pedih la mata.

Aku Stress Sebab...

Aku stres sebab:

i)wireless makin lama makin menguji kesabaran

ii)earphone mp3 aku dah tak boleh digunakan lagi

iii)notepad cooler aku pun dah bengong

iv)aku free sangat (ya,bila anda dah terbiasa bizi, anda akan stres bila anda terlalu free)

v)kredit tepon aku dah nak expired tapi mak aku tak bagi lagi nombor top-up (ye, mak aku yang top-up kan tepon aku....tapi sebulan skali je)

vi)ada satu assignment kena hantar next week tapi aku masih tak tau camne nak buat assignmnet itu

vii)aku dah lama teringin nak makan rojak mamak (2 minggu) tapi tak dapat2 lagi

viii)aku tak tau nak buat apa sekarang

Monday, March 2, 2009

Pabila Kamu Berada Dalam Keluargaku

Aku baru dapat berita, sorang lagi sepupu aku nak bertunang bulan 5 ni. Hari tu kakak dia kahwin, sekarang dia plak nak bertunang. Hurmm.......

Pasni mesti lagi sorang sepupu (Sepupu B) aku bertunang. Dia muda setahun je dari yang nak bertunang bulan 5 ni (Sepupu A). Setakat ni sepupu2 aku bertunang paling kejap 6 bulan, paling lama 2 tahun. Pastu diorang kahwin.

Kalau Sepupu B kahwin, maka semua sepupu yang lagi tua dari aku (belah mak) semua dah lepas. Kalau ikut hierarki, abang aku bawah Sepupu B. Lepas abang aku, kakak aku. Pastu aku. Abang aku konfem tak ikut urutan sebab dia anak lelaki tunggal. Sape yang nak jadi kakak ipar aku kena lulus 6 tapisan dulu. Tapisan paling susah mestilah mak dengan adik bongsu aku. Mesti lambat la abang aku tu kahwin.

So, secara automatiknya, kakak aku jadi next in line. Aku kira-kira, kakak aku ada dalam 3 tahun, paling lama 4 tahun sebelum makcik2 (dan juga mak aku sendiri) bising tanya bila nak kahwin. Sekarang ni pun dah ada yanng tanya dah ada yang empunya ke belum.

Lepas kakak aku, giliran aku plak. Abang aku dah bajet aku ada 5 tahun lagi. Urgh, aku tak sanggup nak fikir pasal ni!

Sekarang ni pun extended family aku dah sibuk tanya mak aku, kami 3 beradik ni dah ada yang punya ke belum. Macam la takde benda lain nak tanya. Tanya la bila nak graduate ke, nanti nak kerja kat mana ke, bila nak beli kereta ke etc. Ni tak, pasal kahwin jugak la yang ditanya.

Haish, leceh betul la. Extended family (belah mak) aku ni memang best sebab diorang sengal2 jek, cuma bila sampai bab yang satu tu yang aku alah sikit. Nasib baik extended family belah ayah aku tak berapa amek tau bab2 ni (diorang bosan sikit tapi ada a few cousin yang best la).

Sekarang ni pun aku dah pening nak layan soalan mak aku, kalau 5 tahun lagi tak tau la aku. Jangan sampai aku merantau sebab tak tahan sudah.

Sunday, March 1, 2009

Explanation on posts

Salam...
If u noticed, lately I've written my post in a sort of Q&A format. I chose to write that way because I find it is a much easier way to express my feelings and thoughts than writing like the usual way (like this one).
Many may not understand the Q&A but for the time being I will not change my way of writing. I need to sort out a few things before I (think I) can resume to the usual way of writing. So, bear with me for the time being.

P/s: thanks a lot to my friends that supported me. i really2 appreciate it.