Thursday, July 9, 2009

Akhirnya!

Salam



Akhirnya aku dapat online! Dekat seminggu tak dapat nak online sebab wireless kat U ni tak boleh pakai. Hari ni aku dapat online dan perkara pertama aku wat ialah bukak blog. Macam drug addict tak dapat dadah je bila tak dapat bukak blog...ehehe. Ada banyak je benda yang rasa nak tulis kat blog tapi macam dah lupa sebab tak boleh online masa idea tu datang.



Anyhow, aku dah start sem baru. Yang tak bestnya first class pun dah ade 'homework'. Essay plak tu. Aku ni dah la allergic ckit bab essay ni. Dah tu lecturer course tu macam dahsyat. Aku rasa sem ni akan menjadi sem yang dahsyat untuk aku. Minggu pertama dah ade 3 assignment. Haish. -_-"



Owh, aku nak citer satu benda yang jadi semalam kat fac. Aku telah di-sound oleh ntah sape ntah sebab aku pakai selipar je pegi fac. "Excuse me, you're not supposed to wear that sandals here". Well, if you excuse me, aku dah dua tahun pakai selipar pegi fac n xde orang, even lecturer, pernah tegur macam tu. Maybe la dia lecturer luar yang tak selalu datang fac tu tapi dah memang fac tu sempoi dan aku rasa bukan fac aku je yang macam tu. Don't say anything if you don't know how things work there. Kalau dia lecturer sambilan archi, memang aku lagi bengang sebab budak archi lagi ramai yang pakai selipar je kot. (Dah la kene sound kat lobi -_-")


So, lepas ni aku tetap akan pakai selipar gi fac. Aku sebenarnya tak suka pakai kasut sebab kaki aku sangat senang berpeluh dan korang tau kan apa jadi kat kasut yang dipakai oleh kaki yang berpeluh. Kaki aku pun perlukan pengudaraan, bukan bangunan je (ceh,mentang2 budak QS, nak compare dengan bangunan gak).


Ok,aku dah lari dari tajuk. Takpe, ada 2 lagi post tengah pending nih. Aku akan membebel pasal benda lain lak. huhuhu

2 comments:

marinata said...

haha..
baek punyer die sound..hikhik

DoT dOt DoT said...

i2 r....bengang tol aku