Wednesday, July 22, 2009

teksi dan terharu

ni satu lagi peristiwa yang wat aku bengang
tadi pegi mid dgn Daughter #3
bukak pose dengan korean food kat foodcourt tu
sedap woo!
aku makan banyak + rakus sampai rase nak muntah....heee
neway, itu bukan citer yang aku nak citer
citer ni macam ni
masa balik tu aku decide nak naik teksi (sebab perut dah sebu..heh)
beratur la
sekejap je sampai giliran aku sebab teksi banyak
haa, kat sini yang aku bengang
bila dah sampai giliran aku, 4 teksi tolak taknak bawak aku
4! wtf?!
1st teksi, juz geleng kepala
2nd teksi, nak g KL je
3rd teksi, nak 8 ringgit (again, wtf?!8 ringgit mid-um?!)
4th teksi, geleng je
nasib baik teksi nombor 5 terima (pakcik India yang baik hati)
kene tolak tu satu hal
kene buat muka tebal tu satu hal
oleh sebab teksi depan dah tolak, aku kene la g belakang kan
kalau dah sampai 4 tolak, memang belakang la kan aku kene g
orang yang beratur belakang dah bajet aku potong line
even pakcik India yang baik hati tu pun mula2 ingat aku potong line
lepas aku cakap yang aku yang depan skali dan 4 teksi tak nak terima, baru la dia terima
nasib baik on the way to pakcik India tu bercerita dan berjaya buat aku cool down
dia pun marah pasal teksi yang 8 ringgit tu
dia cakap dia tak pernah satu sen pun tipu duit orang
sebab dia cakap duit tu duit dosa
dia cakap, bukan orang Islam je yang percaya macam tu
bak kata dia: "itu Hindu juga ada pasal ini.saya juga percaya sama ini benda"
pastu dia cerita dia dengan wife pernah eksiden
dia tak sedarkan diri 4 hari
lepas tu wife dia doktor kata tak boleh selamat, tapi wife dia yang bangun dulu dari dia
lepas abes cerita, dia cakap lebih kurang camni la (sebab BM dia kelam-kabut ckit):
"adik ingat itu kalu saya amek duit orang, itu duit dosa, tuhan mau tolong saya ka masa saya tarak boleh buka mata (tak sedarkan diri la) itu hari?"
kan bagus kalau sume orang baik macam pakcik India ni
hari2 naik teksi dia pun aku sanggup, walaupun nak g DTC je
sebab dia buat aku rasa nak tolong dia dengan naik teksi dia
ye la, bila aku naik teksi dia, mesti aku kene bayar dia kan
sebab ringan je hati ni rasa nak tolong dia walaupun dia lain agama
tadi pun aku soh dia keep the change
walaupun tak banyak (memang ckit je pun) tapi aku harap change yang ckit itu akan terkumpul dan dapat bantu pendapatan dia
serius aku terharu dengan pakcik tu
rugi tak amek nombor dia
kalau tak, kalau nak g mane2 kene guna teksi, tepon je dia
tapi aku sedih la sebab orang yang seagama dengan aku (sila baca: driver2 teksi yang tolak aku sebab nak duit lebih dari pelancong) tak macam pakcik India yang baik hati tu
kalau la sume driver teksi kat Malaysia ni macam pakcik India tu, mesti takkan ade komplen dari pelancong pasal sikap pemandu teksi Malaysia



p/s: asal juz nak citer tak puas ati pasal kene tolak 4 teksi......tapi pengalaman naik teksi pakcik India tu aku rasa perlu dikongsi dengan orang lain

No comments: