Thursday, October 29, 2009

alahai adik2 ku


Wahai adik2 ku 'sayang',
Sedarlah bahawa apa yang anda lakukan itu tidaklah cool, sweet, 'perkara biasa' dan seangkatan dengannya
Sesungguhnya kami akak2 yang tak cool ni sangat la meluat tengok aksi2 anda
Gelaran pelajar universiti bukanlah lesen untuk anda melakukan apa yang anda lakukan
Anda fikir anda sudah cukup dewasa dan layak lakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan?
Sungguhlah tidak matang pemikiran sebegitu

Kepada sang wanita, begitu murahkah harga diri anda?
Boleh dipegang sesuka hati atas lesen 'cinta'?
Merelakan kerana itu 'perkara biasa'?
Membiarkan kerana kononnya anda tahu batasnya dan mampu menolak jika si dia meminta sesuatu yang berharga, lebih berharga dari wang ringgit, dari anda?
Jika ditegur akan berkata "owh, saya bukan seperti wanita2 lain di luar sana yang terjebak terlalu jauh"?
Heh.
Konon.

Kepada sang lelaki, anda punyai 9 akal, silalah gunakan sebaiknya untuk mengwal 1 nafsu itu
Anda suka jika adik, kakak, atau saudara perempuan terdekat anda dilakukan sebegitu rupa oleh lelaki lain?
Mungkin juga anda dari famili yang 'open'
"owh, parents saya tak kisah tentang perkara ni, buat apa anda mahu kisah"
"owh, kakak dengan adik saya pun tak kesah lelaki mahu perlakukan dia begitu"
Tak kisahlah kalau famili anda begitu, kan?
Bayangkan jika anda berkahwin dan punyai anak perempuan satu hari nanti, mahukah anda biarkan lelaki2 memegang anak perempuan anda itu sesuka hati?
Tolong la jangan gunakan alasan "ala, dia tak kisah saya perlakukan dirinya begitu" jika ditegur
Alasan bodoh.
Kata je akal 9. Cheh.

Kelak jika kami yang tak cool ni menegur, jangan dikata kami cemburu
Buat apa kami cemburu dengan anda yang kurang harga diri?
Sesungguhnya kami2 sudah banyak saksikan drama swasta di sini
Dan kesudahannya tak pernah seperti yang anda bayangkan
Mereka yang bertahan pula langsung tidak pernah berkelakuan seperti anda

Percayalah, kami2 yang tak cool ini juga pernah bertemu sendiri wanita2 yang pernah tumbang dek kerana mabuk cinta
Permulaan ceritanya semua lebih kurang sama
"mula2 kami 'biasa' je"
"kami suka2 je"
"ye kami suka sama suka dan atas kerelaan sendiri"
Taknak percaya? Saya ada rakaman temubual kalau nak
Dan kesudahannya semua sama, sang lelaki taknak bertanggungjawab
Anda mahu terjadi begitu?

Tuesday, October 27, 2009

[EDITED] apa yang aku jumpa hari ni

Tadi aku browse internet atau dengan spesifiknya tadi aku blogwalking (pegi dari satu blog ke blog yang lain)
Ye, aku tau aku patut study sekarang =P
Neway, aku terjumpa satu blog ni dan aku tertarik dengan satu entry dia "kenapa kita tak boleh boikot Israel? sebab memang TAK BOLEH".

Dia tak tulis apa2 pun, dia cuma letak satu klip youtube. Klip tu adalah klip di bawah.


(harap2 klip ni berfungsi...tak pernah embed video sebelum ni...huhu)


Korang maybe ada masalah nak faham sebab dia cakap agak laju. Tapi yang penting, cara penyampaian klip ni adalah sangat sinis. .
Aku taktau pembuat video ni bangsa atau agama apa. Mungkin juga dia sebenarnya Yahudi. Wallahualam.
Tapi, aku rasa mesej dia betul. Kita memang bergantung kepada diorang tanpa kita sedari.
Kat dalam tu dia hanya tunjuk pasal teknologi, belum lagi barang2 seharian yang bagi kita benda biasa je.
Lepas korang tengok, korang fikirlah.


p/s: aku bukan menyokong Israel atau sebagainya tapi memang sejak zaman Rasulullah lagi umat Islam bergantung kepada teknologi dan kepandaian kaum Yahudi cuma bezanya kaum Yahudi zaman tu bukan macam kaum Yahudi sekarang

Monday, October 26, 2009

Suka dan tak suka study week

Study week muncul kembali
Aku suka study week sebab boleh bangun lewat
Aku suka study week sebab takde kelas
Aku suka study week sebab kurang sikit kesibukan
Aku suka study week sebab aku boleh buat keje aku pada waktu yang aku suka (dengan kata lain, pepagi buta)
Aku suka study week sebab aku boleh me-lagho sekali-sekala


Tapi aku tak suka study week sebab bila study week, exam dah dekat
Aku tak suka study week sebab stressnya lain macam
Aku tak suka study week sebab kebanyakan orang obses dengan belajar (SILA BACA: takde orang yang nak g meronggeng kalau aku ajak)
Aku tak suka study week sebab aku kene baca notes yang bertimbun
Aku tak suka study week sebab aku stress tengok orang lain belajar tapi aku taktau nak belajar apa


Walaupun begitu, aku lebih suka study week dari lectures week
Sebab?
Sebab aku boleh tido banyak2 kalau aku nak

Sunday, October 25, 2009

mamat perasan

Morning class

The guy: eyh,apsal ko duduk sini? (right beside him)
Me: pehal mamat ni?........err,sebab diorang letak beg aku kat sini (it's true...i was at the cafe when the lecturer changed the venue of the class)


Night class

The guy: kau bagi aku je kan keychain ni?
Me: *trying my hardest not to roll my eyes back in front of him*......aku bagi sume orang kot (well, almost)


Wahai 'the guy' diatas, tolong la jangan perasan lebih....it's bloody annoying
Salah satu sifat manusia yang berjantina lelaki yang aku tak tahan, perasan tak kena tempat
It just kills me when I met one

Thursday, October 22, 2009

Tesis + fire drill pukul 2 pagi + hormon = entry merapu

Tetiba ter-berangan ada orang ajak kluar guna Flirty @ 1030....ahahahaha
Aku rasa sume tau Flirty @ 1030 tu ape kan so tak perlu la aku explain kat sini
But then a sobering thought occured "Macam la aku hot sampai ada orang nak ajak kluar guna rancangan tu"
Last2, aku gelak sorang2 dalam bilik. Kalau orang tengok mesti bajet aku dah gila sebab tesis. Ehe.

Pastu teringat statement cerimanis pasal MSC. (kalau taktau tapi nak tau apa itu MSC sila lihat di blog marinata...aku malas nk buat link so sila lihat di senarai blog di sebelah)
Statement yang macam lawak tapi macam pathetic. Pathetic tapi lawak. Ehe

Kepada rakan2, aku minta jassa baik  korang supaya jangan buat lawak, samaada bernas atau tidak depan aku (kalau tak sengaja takpe) buat masa ni
Nanti kejadian malam sebelum exam measurement last sem akan berulang kalau korang buat gak
Aku yang penat nanti
Cerimanis dan nurul coursemate aku adalah saksi kejadian
James adalah penyebab kejadian.

Hurm, aku terasa seperti mahu membelasah orang
Those who know me very well would understand why
Tapi takpe, dapat belasah bantal pun memadai
Lagi pun dah ade orang bagi aku donut =)
Masa 1st year lak ada orang bagi aku coklat
Satu bar coklat cadbury's black forest yang besar
Sangat terharu dengan dua orang ini
Tapi yang paling best ada orang pernah bagi tangan dia untuk aku 'hancurkan'
Yep, memang best =P

Kalau korang rasa buang masa baca entry aku kali ni, well too bad for you
I'm in no mood for apologising
Plus, this is a blog for goodness sake
There's bound to be a crappy entry once in a while
Got a problem, deal with it.

Wednesday, October 21, 2009

monolog

Lain kali buat keje awal2.
Orang lain dah relax kau macam nak mati buat keje.
Tu tak citer lagi kualiti keje yang macam hampas.
Budak sekolah pun boleh buat apa yang kau buat.
Ini ke keje budak tahun akhir universiti?
Takkan nak keje nanti kau nak buat perangai sama?
Cuba kau tengok hasil keje kau balik, macam apa?
Kalau suruh budak darjah enam buat apa yang kau buat, ntah2 dia buat lagi elok
*kau ingat aku tak tau tu sume?*
*aku tau dan aku sedar benda tu tak baik untuk aku*
*habit yang teruk memang susah untuk dibuang*


abaikan manusia yang bernama dot3....dia dah bengong

Monday, October 19, 2009

would you run through the rain for me?

The second last day of Ramadhan
It was a great day for me.
A really great day.
Two years.
Everything was different but everything was still the same.
The most important is the sengal-ness was still there.
Yep, the one that I'll keep in my pocket.

Not everyday a friend runs through the heavy rain just to meet you.

Friday, October 16, 2009

Alahai lelaki

Salam

Entry ini bukanlah untuk menjatuhkan lelaki
Juga bukan untuk menidakkan hukum
Entry ini cuma luahan seseorang yang kecewa dengan perangai sesetengah lelaki
Bukan kecewa yang menyakitkan cuma kecewa yang buat aku mengeluh bila fikir balik

Lelaki, kenapa la kau sangka perempuan tergila-gilakan kau bila mereka yang mulakan salam perkenalan?
Salah ke nak berkenalan, menambah kawan?
Kenapa juga kau sangka mereka masih nakkan kau walau kau sudah terang2 menolak?
Mereka mungkin masih mahukan persahabatan yang pernah wujud itu

Aku cukup tak suka bila kau gunakan agama untuk membenarkan perbuatan kau
Ya poligami itu halal dan ikut sunnah
Tapi kau masih ikut sunnah kah jika anak-anak terabai?
Ikut sunnahkah jika tidak mampu tetapi masih mahu?
Ikut sunnah kah jika anak yang terabai itu ketika dewasanya menjadi tidak percaya kepada lelaki?
Aku bernasib baik kerana ayah di dalam hidup aku adalah sebaik-baik ayah pada pandanganku.
Dia tidak sempurna, tetapi cukup sempurna untuk aku
Dan sebab dialah aku masih punya sisa kepercayaan terhadap insan yang bernama lelaki

Lelaki, tolong la jangan jadi 'loser' yang sangat nyata
Begitu mudah kau tawan hati wanita dan begitu mudah juga kau sakitkan hati mereka
Apa kau ingat wanita itu mainan?
Kepada lelaki begini, kadang-kala aku berharap yang akan ada seorang wanita yang akan lakukan apa yang lelaki itu pernah lakukan kepada wanita-wanita lain
Mungkin kejam tapi itu mungkin itu jalan terbaik

Aku bernasib baik kerana masih ada rakan2 lelaki yang setakat ini bukanlah lelaki2 seperti dia atas
Tetapi aku juga telah bertemu dengan lelaki2 yang mengecewakan yang sedikit demi sedikit menghakis kepercayaan aku
Lelaki ni la menyebabkan aku tulis entry seperti ni

Aku bukan anti-lelaki
Aku cuma kecewa dengan segelintir lelaki

Thursday, October 15, 2009

Aku manusia biasa

Salam

Aku manusia biasa
Aku ada kelemahannya
Aku selalu cuba untuk tidak tunjukkan kelemahan aku itu
Tetapi kadang-kala aku tak berjaya
Dan ianya terlihat oleh semua

Dan ketika kelemahan aku itu telah terbongkar
Aku cuba pula untuk kaburi penglihatan sesiapa yang melihatnya
Di mana kadang kala ia membuat aku rasa bersalah

Menyembunyikan kelemahan itu juga sangat memenatkan
Dan kadang-kala membuat aku hidup dalam penafian
Mungkin juga membuat aku alpa tentang keadaan aku sendiri

Namun, aku bersyukur sebab ada sahabat yang memahami
Dan dapat menerima aku seadanya
Aku juga bersyukur ada sahabat yang sentiasa ada ketika aku amat memerlukan seseorang
Yang sudi mendengar dan tak berkata apa-apa
Kerana aku hanya perlukan seseorang untuk mendengar



Entry dituju khas buat seorang teman.

Wednesday, October 14, 2009

Kembali Pulang




KEMBALI PULANG

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali
*
Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan
Dan takkan kulepaskan

Back to *
Back to Reff


Lagu ni tak baru tapi tak lama sangat cuma aku je baru2 ni dapat tau. Ntah kenapa aku suka sangat lagu ni. Dah dengar brape puluh kali pun aku tak bosan.

Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2

Orang dulu2 kata "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"
Omputih plak cakap "the walls have ears"
Maka dengan itu, bila nak mengata, mengutuk, mengumpat, mengomen dan segalanya, pandang keliling dulu
Dalam bilik pun tak semestinya selamat
Mana la tau orang tu ada kat depan bilik tengah nak masuk
Kalau tengok member tengah tido, check la dulu dia betul2 tido atau buat2 tido
Kot la dia memang tido tapi terjaga tapi dia malas bukak mata
Kalau kat tempat bising, tak semestinya orang tak dengar
Mana la tau sebab bising suara pun jadi kuat
Kat tempat awam tak awam plak tengok la member orang yang nak dikata tu ada ke tak
Karang dibuatnya dia dengar dan tokok tambah kat member dia

Tapi jalan paling senang adalah JANGAN MENGUMPAT, MENGATA, MENGUTUK, dan seangkatan dengannya.
Dosa pun takde, perhubungan pun sihat
Kalau tak puas hati, simpan je atau beritahu je manusia tu
Kalau taknak bitau, simpan je la
Pastu g la joging sampai tak cukup nafas
Konfem lega
Kalau tak lega gak, buat la apa yang patut, janji tak tambah dosa

Peringatan adalah untuk diri sendiri yang kadang2 lupa diri lalu memburukkan orang lain sebab tak puas hati dengan dia

Ntah la....

Don't think too much!
Cik cerimanis selalu kata dia taknak fikir banyak2
Fikir banyak2 kadang2 langsung tak dapat selesaikan apa2
Tapi kalau tak fikir langsung, lagi la teruk
Maybe aku terlalu relaks sebelum ni lalu menyebabkan aku kene banyak fikir sekarang
Maybe jugak aku dah campur-adukkan masalah personal dan study menyebabkan aku rasa serabut
Aku taktau camne nak nyatakan apa yang aku rasa tanpa buatkan orang tu tersinggung
Tapi aku rasa macam aku dah banyak bersabar dengan dia
Nak citer kat orang pun tak boleh sebab aku taknak orang pandang slack kat dia
Aku taknak suasana jadi awkward
Maybe salah aku sebab taknak nyatakan terang2
Aku tak reti nak nyatakan melalui perkataan
Aku hanya tahu untuk nyatakan melalui perbuatan
Dan tak semua orang boleh tafsirkan perbuatan orang lain
Tapi kadang2 benda tu common sense, takkan nak kene bitau gak
Sekali dua mungkin tak sengaja
Kalau dah banyak kali?
Cuba sekali, terbongkang atas katil dan pintu bilik terbuka seluas2nya sebab orang yang terakhir masuk bilik tak reti nak tutup pintu betul2 dan semua yang lalu, termasuklah pak mat yang buat maintenance, boleh nampak kau tengah terbongkang. Best?!
Itu aku ibaratkan je.
Tapi fikir la, sebab kononnya habit kita, orang lain yang rasa bengang
Peringatan untuk aku gak
Aku pun ada habit yang mungkin boleh buat orang sakit ati
Tapi kalau aku tau aku tak suka benda tu jadi kat aku, aku tak buat la kat orang
Dalam hidup ni, kena la considerate sikit
Tapi kene ingat gak apa Puan S cakap, " what for jaga hati orang lain for no apparent reason?"
Aku plak nak tambah, "buat apa jaga hati orang kalau dia tak jaga hati kita?"
*Aku rasa aku dah nak lari tajuk*
Benda yang dipendam terlalu lama tak baik untuk kesihatan
Juga tak baik untuk sesiapa yang terpaksa mendengar benda yang dipendam itu
Bayangkan lastik yang ditarik perlahan2 sehinggalah semaksimum yang boleh dan hanya menunggu orang yang memegang itu untuk penat dan melepaskannya
Bila dah lepas bayangkan la peluru lastik tu kalau kene orang macam mana rasanya
*and now i'm wondering how the hell the topic can turn from serabut to terpendam* T_T

Tuesday, October 13, 2009

Serabut versi ntah keberapa

Baru balik dari 'oversea'...ehehe...
Penat + malas nak start keje yg bertimbun
Dua chapter pertama untuk Mr. D kene hantar next week tapi benda yang paling penting kene ade, x dapat lagi
Minggu ni nak tak nak kene pegi jumpa orang2 yang berkenaan
Aku takut tak sempat je
Free hari Khamis dan Jumaat je
Bila plak boleh set appointment?
Last week banyak free taknak buat, kan sekarang menyesal
Orang lain, smooth je progress diorang.
Aku cuma takut aku kene extend sebab Mr. D
Takut tetiba tak boleh dapat apa yang aku perlukan
Itu menjadi nightmare aku setiap hari
Sampaikan aku berdoa flight aku terhempas tapi takde orang mati, cuma ramai cedera, termasuklah aku
Bodoh atau bangang? Mana satu aku?


p/s: Ada sesape yang kenal sesape yang terlibat dengan SMART tunnel?

dah, xyah teka dah...

Jawapan kepada 'kuiz' sebelum ni....korang kira la sendiri markah korang....

Individu 1: Mr. A

Individu 2: Mr. H

Individu 3: cerimanis @ hanim @ marinata

Individu 4: Mr. E

Individu 5: Mr. Faris a.k.a Saddam...ye, aku pernah sekejap diskandalkan dengan dia

Individu 6: marinata

Individu 7: Mr. N...nama betul terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu

Individu 8: Ada 2 jawapan sebenarnya. Dania yang comel @ takde sesape pun =P....

Individu 9: nad diskriminasi dan seorang lagi kawan yg bukan di UM...jawab nad diskriminasi pun cukup

Individu 10: soalan ini juga terpaksa dirahsiakan jawapannya...individu tersebut adalah salah seorang daripada individu2 di atas (definitely yang lelaki la).....siapa yang tau, tau la..siapa yang taktau, nasib la...ehehe


Kira la berapa korang betul ye....agak2 aku tengah mood baik, mintak hadiah...klu rupa aku macam nak belasah orang, pandai2 korang la nak buat apa....


p/s: to certain someone, sbnrnye ko fit byk description yg aku letak tapi aku letak ko kat satu description je....

Tuesday, October 6, 2009

'Jom Teka Siapa Itu'

Hari ni kita akan bermain permainan 'Jom Teka Siapa Itu'. Sesiapa yang dapat teka semua akan menerima hadiah istimewa dari penulis blog ini. Cara main senang je, saya tulis description tentang seseorang (daripada lingkungan mereka yang saya kenal), anda teka siapa dia.Teka nama samaran pun boleh. Senang bukan. Jom, kita lihat individu2 itu.

Individu 1
Satu clue je dah cukup. Character Building.

Individu 2
Tukang komen kat blog ni yang dah lama tak memunculkan diri.

Individu 3
Seseorang yang kononnya tengah bahagia sekarang. Mungkin ada 2 jawapan.

Individu 4
Orang yang ajak aku g tengok match volley dia.

Individu 5
Skandal aku masa aku 1st year yang tak ramai tau.kot. Senior2 yang buat skandal tu.

Individu 6
Seseorang yang tengah semangat nak suruh aku bahagia. Dalam erti kata lain dia tengah semangat nak cari seseorang untuk aku.

Individu 7
Seseorang yang masih ada tempat istimewa dalam hidup saya. Teeeet......

Individu 8
Siapa di hati saya sekarang.

Individu 9
Seseorang yang memang tengah bahagia. Individu ini berbeza dengan 2 individu yang mungkin di soalan 3

Individu 10
Ini individu terakhir dalam sesi hari ni. Cik cerimanis dan cik nanimsheik dilarang meneka soalan ini kerana mereka sudah tau sape orangnya. Klu-nya: Saya sedang cuba approach individu ini.


Sape dapat jawab kesemuanya dengan tepat akan dapat hadiah istimewa. Hadiahnya terpaksa dirahsiakan buat masa ni. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Silalah sertainya jika anda berminat. Sekian terima kasih.


p/s: otak aku dah mereng.......

Monday, October 5, 2009

Mr. D oh Mr. D

Tak larat dengan Mr. D tapi tak boleh nak buat apa. Itu pilihan aku. Nak tak nak kene teruskan gak. Yang buat aku penat dengan benda ni bukan apa, nak dapatkan apa yang aku perlukan tu sangat susah. Masa bukan di pihak aku dan itu makin buat benda ni menyusahkan. Apa yang aku pilih lain dari orang lain dan secara automatiknya apa yang aku kene buat pun lain dari yang lain. Ini yang aku tak suka bila ade keje yang perlukan aku deal dengan orang dalam industri. Mereka sangat2 la susah untuk bagi kerjasama. -_-"

Sekarang ni rasa macam nak freezekan masa jap. Aku taknak sem ni abes sebelum sempat aku dapatkan apa yang aku perlukan tu. Aku sgt2 perlukan benda tu untuk settlekan Mr. D aku. Dah la aku ni jenis tak reti nak agresif. Supervisor soh aku agresif dan juz pegi je tempat tu tapi aku tak reti nak wat camtu. Aku ni ada sifat anti-social sikit so aku tak brape suka kalau kene deal dengan orang walaupun keje aku nanti aku kene deal dengan ramai orang. Dah macam ni baru rasa keje macam abang aku tu lagi menarik. Takyah deal dengan orang luar, juz deal dengan orang dalam company dia je.

This is what Allah has for me and I can't see yet the 'hikmah' behind it but I hope one day, whatever it is, I can see it.

Saturday, October 3, 2009

Penat tanpa membuat apa2

Penat dengan semua ni.
Tak larat setiap kali benda ni jadi, perkara sama berulang.
Penat nak argue
Penat nak simpan perasaan yang dirasa
Penat kene terima je
Penat merasa apa yang dirasai
Penat untuk merasionalkan segalanya
Penat untuk kawal diri dari memberi respons yang tak sepatutnya


Oh tidak, ini langsung tiada kaitan dengan Inche' di Character Building
Juga tiada kaitan dengan apa yang ada di jari manis.
Tapi segalanya ada kaitan dengan apa yang berlaku hari ni.

Midnight Conference...and some warning....

It was GOOD, gathering together.
It was GOOD, telling each other's stories
It was GOOD, knowing a different side of them.
But it was GREAT, when everybody gave supports to who need it the most.

Jom kita buat lagi benda ni?!
Tapi bukan selalu la....