Thursday, October 15, 2009

Aku manusia biasa

Salam

Aku manusia biasa
Aku ada kelemahannya
Aku selalu cuba untuk tidak tunjukkan kelemahan aku itu
Tetapi kadang-kala aku tak berjaya
Dan ianya terlihat oleh semua

Dan ketika kelemahan aku itu telah terbongkar
Aku cuba pula untuk kaburi penglihatan sesiapa yang melihatnya
Di mana kadang kala ia membuat aku rasa bersalah

Menyembunyikan kelemahan itu juga sangat memenatkan
Dan kadang-kala membuat aku hidup dalam penafian
Mungkin juga membuat aku alpa tentang keadaan aku sendiri

Namun, aku bersyukur sebab ada sahabat yang memahami
Dan dapat menerima aku seadanya
Aku juga bersyukur ada sahabat yang sentiasa ada ketika aku amat memerlukan seseorang
Yang sudi mendengar dan tak berkata apa-apa
Kerana aku hanya perlukan seseorang untuk mendengar



Entry dituju khas buat seorang teman.

2 comments:

cerimanis said...

emy ke??????

ala xyah la puji lebih2
malu la sye!!!!

wink*

-yen- said...

semua orang pon ader kelemahan...n kekadang kite lupe kelemahan kite tu...sehingga Allah menghantar seseorang utk mengingatkan kite....
pesanan tuk diri sendiri....