Sunday, July 19, 2009

there's Daughter #1, there's Daughter #3......and there's Me, Daughter #2

Salam

Adeyh, lecehnya kalau ada sibling yang duduk satu kolej. Daughter #3 (tiru hannah, tapi dia gne Bachelor #1, so on) sekarang in my Uni, satu kolej dengan aku, tapi course lain (thank God for that!). Before this, walaupun Daughter #1 kat same Uni gak, dia kolej lain. At least aku ada pilihan sama ada nak bitau orang ke tak. Ade je yang still taktau Daughter #1 itu ada kaitan dengan yours truly dan ade gak yang baru tau wujudnya Daughter #1 di Uni itu. Pasal Daughter #1, takde la aku penat nak jawab soalan2 orang lain dan takde la aku nak kene bagi jawapan yang sama berulang-kali. Takde gak aku kene dengar benda sama setiap kali cerita pasal dia. No comparison and so on. Dia wujud di kolej dia, dan aku wujud di kolej aku dan hanya beberapa orang je yang mutual friends.

As for Daughter #3, it is a different story entirely. Walaupun aku kalau boleh taknak orang tau Daughter #3 tu adalah sibling aku, benda tu takkan terjadi. Sume yang pernah nampak dia akan tanya, "eyh, ko ada sibling ek kat sini?". Kalau aku jawab "tak", akan ada orang lain yang tolong jawabkan "ya" untuk aku (sebab orang2 ni samaada pernah datang rumah aku atau pernah ternampak Daughter #3 sebelum ni). Plus, ntah sebab apa aku pun xtau, Daughter #3 dok menyendeng je kat aku masa mula2 masuk. Masa kat rumah taknak pulak buat macam tu. Sape yang nampak automatik tau dia dan aku ada kaitan. Tak larat aku nak jawab soalan2 yang sama. Tak larat jugak nak explain benda yang sama kat orang yang berlainan. Tak suka bila family expect aku kena jaga Daughter #3. Tak suka bila aku kene behave hanya sebab Daughter #3 ada kat situ. Tak suka bila orang persoal cara aku layan dia. Tak suka bila dia sendiri expect aku tau semuanya (how bout dis, u r a QS student n u were asked where to find medical books). Tak suka bila aku rasa macam independence aku macam ditarik balik. Tak suka bila orang expect aku tau sume xtvt dia. Tak suka bila orang persoal relationship kitorang. Tak suka kene compare dengan dia. Tak suka ditanya macam2 pasal dia (not because I'm jealous, ok).

Aku bukan apa, aku nak orang tau life aku adalah life aku dan life dia adalah life dia. Aku nak orang tau gak, aku adalah aku dan dia adalah dia, takde point untuk compare kitorang just because we are siblings. Takde point untuk compare kitorang sebab basically sume manusia memang berbeza, even twins. Memang akan ada perbezaan antara kitorang and, well, just bear with it. Aku sendiri tau apa beza aku dengan dia. Aku sendiri tau apa kelebihan dia berbanding aku. Aku tau apa kekurangan aku berbanding dia. Dan aku tak perlukan orang lain untuk beritahu aku benda2 tu sume. Spare the comparisons to yourself, I don't need it.

6 comments:

nobody said...

saya lah orang yang tak tahu itu!

Dot3 said...

eyh, bukan kamu sudah tau kah?

mr. h said...

huhu,its going to be fun finding out who daughter #3 is...

Dot3 said...

don't get excited.
u'll know it d moment u saw her.trust me.seriusly.

nobody said...

eh, i tak tahu!
haha.
sila cerita di dalam kelas.

Dot3 said...

ye, nnti aku citer kt u.....