Salam
Entry ini bukanlah untuk menjatuhkan lelaki
Juga bukan untuk menidakkan hukum
Entry ini cuma luahan seseorang yang kecewa dengan perangai sesetengah lelaki
Bukan kecewa yang menyakitkan cuma kecewa yang buat aku mengeluh bila fikir balik
Lelaki, kenapa la kau sangka perempuan tergila-gilakan kau bila mereka yang mulakan salam perkenalan?
Salah ke nak berkenalan, menambah kawan?
Kenapa juga kau sangka mereka masih nakkan kau walau kau sudah terang2 menolak?
Mereka mungkin masih mahukan persahabatan yang pernah wujud itu
Aku cukup tak suka bila kau gunakan agama untuk membenarkan perbuatan kau
Ya poligami itu halal dan ikut sunnah
Tapi kau masih ikut sunnah kah jika anak-anak terabai?
Ikut sunnahkah jika tidak mampu tetapi masih mahu?
Ikut sunnah kah jika anak yang terabai itu ketika dewasanya menjadi tidak percaya kepada lelaki?
Aku bernasib baik kerana ayah di dalam hidup aku adalah sebaik-baik ayah pada pandanganku.
Dia tidak sempurna, tetapi cukup sempurna untuk aku
Dan sebab dialah aku masih punya sisa kepercayaan terhadap insan yang bernama lelaki
Lelaki, tolong la jangan jadi 'loser' yang sangat nyata
Begitu mudah kau tawan hati wanita dan begitu mudah juga kau sakitkan hati mereka
Apa kau ingat wanita itu mainan?
Kepada lelaki begini, kadang-kala aku berharap yang akan ada seorang wanita yang akan lakukan apa yang lelaki itu pernah lakukan kepada wanita-wanita lain
Mungkin kejam tapi itu mungkin itu jalan terbaik
Aku bernasib baik kerana masih ada rakan2 lelaki yang setakat ini bukanlah lelaki2 seperti dia atas
Tetapi aku juga telah bertemu dengan lelaki2 yang mengecewakan yang sedikit demi sedikit menghakis kepercayaan aku
Lelaki ni la menyebabkan aku tulis entry seperti ni
Aku bukan anti-lelaki
Aku cuma kecewa dengan segelintir lelaki
3 comments:
ini yang buat saya bersemangat ni!
betul!
lelaki adalah menjengkelkan.
ahaha...credit to incik green card yg membuatkan i b'semangat nk tulis psl ni....btw,
ur psycho pun lelaki...ahahaha
hahhaa...benar!
saya jua mahu sokong..of course lah kan,coz im a gurl..hihihi
~nanimsheik~
Post a Comment