Thursday, April 30, 2009

Kesan Construction Law (Aku nak tulis post banyak2 pasal law)

Ni tambahan kepada post untuk construction law sebelum ni....

i) Aku baru tau yang ada lagu tajuknya "Dalam Diam Mencintaimu" (sila nyanyi ye cik nurul =P)
ii) James suka buat lawak tapi lawak dia tak lawak tapi orang tetap ketawa sebab ianya lawak bila orang senyap sekejap sambil buat muka ape-yang-dia-cakap lepas dia buat lawak (tak faham ayat ni? macam ni la rupa ayat law kalau anda nak tau)
iii) Chippendale dan Chip N Dale takde kaitan darah mahupun apa2 yang berkaitan dengan kaitan (kepada yang tak tau atau tak ingat, chip n dale tu adalah kartun psl tupai (?) masa zaman kita semua kecik lagi)
iv) Aku telah dilantik oleh kawan2 kat BBG sebagai cikgu sekolah menengah (cik nurul adalah cikgu tadika dan kak sam tak pasal2 jadi guru besar)
v) Contract boleh jadi tak adil (bak kata Encik James, nape salah employer tapi contractor yang kena susah2 mintak extension on time)
vi) Aku ulang lagi skali, dalam law benda simple pun boleh jadi confusing dan complicated.
vii) Sebab study law, aku dapat tau yang aku mampu tido lebih 12 jam (pas makan tengahari mesti tertido balik)
viii) Sebab law jugak, aku dapat tau sorang member yang spesies macam aku mampu pegi study kat library, pada siang hari (aku tak tau la kalau aku salah tafsir member ni tapi yang setakat
aku tau perkara ni adalah...pelik)
ix) Biskut Tiger pun boleh membawa kegembiraan kepada sesape yang tengah study law kat BBG (bilik study kolej aku)
x) Selain John Barker, terdapat juga watak2 lain seperti Dr. Hamid, Dunlop, Thackrah dan Sutcliffe
xi) Kalau perkahwinan korang diatur, pastikan ayah korang tak mati sebelum semua bayaran yang berkaitan dah disettlekan.

Post untuk Construction Law

Ok, aku sangat lega sekarang sebab paper law yang sangat buat aku tertekan dah abis....yay!!!!!!! Gila sakit kepala study law dua tiga ari lepas. So, untuk menandakan paper law dh abes, aku buat post ni khas untuk construction law.
Perkara2 yang aku 'pelajari' lepas study construction law:
i) PAM contract 2006 adalah ubat tido yang sangat berkesan untuk aku (baca satu page pun dah boleh tido)
ii) Apa2 bahasa kat dunia ni pun bila dah apply ke dalam law akan jadi sangat memeningkan (walaupun dalam bahasa tu ada 3 perkataan je)
iii) AI bukan lah artificial intelligence tapi architect's instruction (supaya orang faham dalam law takde term saintifik)
iv) Construction law boleh buat orang yang paling waras jadi tak waras (sila lihat student2 QS, mereka sume dah weng2)
v) Kalau nak hebat law kena tau bahasa latin (ok,aku tipu tapi bahasa latin akan menyusahkan hidup masa korang belajar law...cthnya, apa itu contra proferentem & quantum meruit)
vi) Akta2 dan clauses memang sengaja dicipta untuk mengelirukan orang, supaya orang tak ambil kesempatan (sila baca mana2 akta atau mana2 clause)
vii) Clause dan Santa Claus takde kaitan mahupun pertalian darah (ok,ni hanya untuk orang yang memang tak tau ape2)
viii) Kalau takde keje dan saja nak serabutkan kepala, sila study subjek law (ditujukan kepada sesape selain daripada law undergraduates)
ix) Ade orang nama John Barker yang lahir kat London dan bela ikan Guppy (tak faham? takpe sebab takde orang yang bernama John Barker yang lahir kat London dan bela ikan Guppy)
x) Apabila tengah bercakap dan ayat tu tak dapat dihabiskan dan hanya bunyi pelik yang mampu keluar dari mulut, itu adalah tanda ada fius yang dah terbakar dalam otak sebab baca banyak sangat law (boleh juga diapply kat subjek yang mampu buat kepala anda pening)
xi) Law mampu ubah mood aku dalam sekelip mata (sebab ayat dia yang pusing2 mengalahkan contengan budak umur 2 tahun)
xii) Lawak bodoh pun boleh jadi sangat kelakar bila belajar law (kesan daripada stress)
Itu aje lah buat masa ni. Sekian.
p/s: mati aku kalau lecturer law aku jumpa post aku ni.....

Wednesday, April 29, 2009

The Ugly and The Bad

Salam

A few weeks ago, aku dengan family pegi sebuah negeri kat utara. Oleh sebab perjalanan macam jauh kami bertolak pagi. Nak tak nak, kena la aku bangun awal. Dah la aku tido lewat malam tu. Maka dalam perjalanan tu, aku pun cover balik tido aku tu.

Tengah aku tido, tetiba rasa kereta berhenti. Aku pun bangun la, ingatkan berhenti kat R&R. Aku tengok kat luar, "eh, apsal kat tengah highway ni?". Rupa-rupanya traffic congestion sebab ada lori terbakar dan polis terpaksa stop kan traffic sementara tunggu bomba sampai; takut lori meletup. Kereta ayah aku adalah kereta yang ketiga atau keempat dari depan, so aku boleh nampak la apa jadi (itu pun aku kena buat gaya tarzan keluar dari tingkap kereta =P)

Masa tengah tunggu bomba sampai ni lah aku dapat tengok macam2 perangai rakyat Malaysia ni. Mula2 skali pemandu kereta depan kereta ayah aku. Aku panggil dia Pakcik Kepoh. Pakcik Kepoh ni kluar kereta sebab nak tengok apa yang sedang berlaku. Pastu dia pegi jalan tanya kat Encik Polis-Yang-Buncit-Tapi-Comel apa yang sedang terjadi. Pakcik Kepoh ni siap borak2 dengan Encik Polis tadi. Dah abis borak dengan Encik Polis dia pegi borak dengan orang lain plak. Encik Polis-Yang-Buncit-Tapi-Comel ni plak memang comel dan adorable. Dia dah menjalankan tugas dengan baik control traffic.

Pastu ade plak Pakcik Johor-Yang-Sakit-Belakang. Aku assume dia dari Johor sebab kereta dia pakai nombor pendaftaran Johor. Aku cakap dia sakit belakang sebab masa tengah kereta stop tu dia keluar dan perkara pertama yang dia buat adalah menggeliat kat tengah2 highway tu. Pastu dia buat gaya nak betulkan tulang belakang. Maybe dia dah penat drive dari Johor, sebab tu dia buat cam tu.

Kemudian, ada plak Encik Pulau Pinang-Yang-Pentingkan-Diri dan Encik Harrier-Yang-Besar-Tapi-Kesian. Encik Pulau Pinang itu sangat la mementingkan diri sebab dia guna lorong kecemasan dengan harapan dapat lepas dari traffic congestion tu. Encik Polis tu tahan Encik Pulau Pinang dan suruh dia masuk line balik sebab bomba nak lalu nanti tapi disebabkan traffic memang tak jalan maka Encik Harrier tu terpaksa la cuba untuk mengecilkan diri untuk bagi Encik Pulau Pinang tu ruang. Aku panggil dia Encik Pulau Pinang sebab nombor pendaftaran dia nombor Pulau Pinang.
Kat sebelah kereta ayah aku plak ada Encik Pickup Truck-Yang-Cool. Aku cakap dia cool sebab dia cool dan relax je macam takde pape yang berlaku. Kena bagi ruang untuk kereta yang pentingkan diri pun dia rileks je. Tak lama pastu muncul lagi dua buah kereta yang pentingkan diri. Satu tu Encik-Wira-Aku-Tak-Nampak-Dia-Menyelit-Kat-Mane dan satu lagi ialah Encik CRV-Lama-Yang-Muka-Je-Hensem-Tapi-Takde-Kesedaran-Sivik-Bersama-Penumpang-Rambut-Mahal-Tapi-Macam-Lembut. Encik CRV tu tak dinafikan memang hensem (aku tau sebab dia masuk lorong sebelah dan dia belakang sikit je dari kereta ayah aku) tapi perangai tak sabar dia tu buatkan aku lebih suka tengok Encik Polis yang comel tu. Aku tau penumpang dia macam lembut sebab dia keluar dari kereta dan jalan ke depan sebab nak tengok apa jadi dan ye, dia jalan macam perempuan ckit. Oh ye, rambut dia memang 'mahal'.
Lebih kurang setengah jam kemudian, bomba pun sampai dan api pun dapat dipadamkan. Nak padam api tu tak sampai 5 minit pun. Yang lamanye tunggu Encik2 Bomba tu sampai. Lepas api padam polis pun bagilah kami semua jalan. Tapi satu lorong je bukak. Maka kereta salah satu lorong tu kena masuk ke lorong sebelah. Time ni pun ada la beberapa perangai buruk rakyat Malaysia ni terserlah. Yang aku ingat dua buah kereta sebab dua buah ni memang menyakitkan ati. Satu Encik Mercedes-Yang-Mentang2-Dia-Mercedes-Dia-Ingat-Boleh-Buat-Sukati-Dia-Je. Encik Mercedes ni drive macam jalan tu dia punya sorang je dan sume orang kena bagi keutamaan kat dia. Dah la dah tua (ye, aku memang sangat sakit ati dengan dia). Pastu ada Encik-Perdana-Yang-Perasan-Bagus-Nak-Jadi-Mercedes. Encik Perdana ni pun perangai macam Encik Mercedes tu. Ingat highway tu dia punya sorang je ke. Orang lain pun bayar tax gak tapi takde buat perangai huduh tu.
Malaysia ni best tapi perangai rakyat yang buat negara jadi tak brape nak best. Becoming rich doesn't mean you are more civilised. Kalau kaya tapi mentaliti macam orang tak bertamadun, baik takyah hidup (ye,pendapat ini agak harsh). Patutnya negara dah maju, rakyat dah kaya harta, moral pun kena kaya gak.
P/s: kadang2 aku pun ter-tak bertamadun......

Tuesday, April 28, 2009

Ok, ni post terakhir hari ni. Cadangnya siang tadi nak tulis lagi banyak post tapi internet buat perangai di mana connection aku terputus sendiri dan tak boleh disambung semula sehinggalah lepas maghrib tadi. Lagipun aku dah di-'sound' oleh cik emy (see, i told ya!).Hehehe.

Tadi aku terlepas makan dinner kat dining hall buat kesekian kalinya. Sem ni aku buat rekod makan dinner kat dining hall paling ckit. Penyebab nombor satu aku terlepas dinner adalah tido. Kadang2 aku cadang nak tido sekejap je tapi oleh sebab takde orang nak jadi tukang kejut maka aku akan terlajak tido. Pastu mula la cari orang nak teman makan tempat lain. Selalunya ada sorang kawan aku ni la yang jadi mangsa (tuan empunya diri tau la sape yang aku maksudkan). Kalau dia tak boleh, adalah yang akan jadi mangsa kena teman aku makan.
Kadang2 penat gak asyik terlepas dinner kat dining tapi nak buat camne, salah sendiri kan (except tadi bukan salah aku,salah tukang kejut yang lupa nak kejut aku...ehehe). Duit pun asyik keluar je bila terlepas dinner. Tapi yang pastinya, aku cam pelik sebab sem ni aku banyak gila tido petang. Tak dinafikan hakikatnya aku memang suka tido tapi dulu jarang aku tido petang2. Bila masuk sem ni banyak la pulak aku tido petang. Mungkin sleeping pattern aku dah 'lari' kot. Nak adjust balik memang susah la. Terpaksa la aku teruskan camni sampai abes sem nanti.
p/s:ade sesape nak jadi tukan kejut aku?=P.......

Life and Death

Dua ari lepas member aku bawak berita yang sorang sedara dia meninggal. Sedara dia tu kecik lagi. Semalam lak aku dapat berita yang aku dapat anak buah baru. Sepupu aku bersalin hari Ahad baru ni. Lepas je aku dapat berita kedua tu, terus je aku tersenyum dengan senyuman-macam-sinis-tapi-sebenarnya-aku-terfikir-betapa-hidup-ini-memang-macam-tu. Aku senyum sebab aku rasa benda ni amusing. Amusing sebab peraturan hidup 'menjelmakan' diri depan aku.
Satu kelahiran untuk menggantikan satu kematian. Bagi aku, dunia ini bergantung pada kitaran ni. Bayangkan kalau orang asyik lahir je atau orang asyik mati je. Tak ke haru dunia ni jadinya? Memang bila dengar berita kematian pasal orang yang muda atau kecik, akan terdetik kat hati kita yang kata tak adil sebelum kita tersedar dan kata dah ajal. Kalau nak tunggu orang tua je mati, memang bumi yang sedia overloaded ni akan jadi lebih overload dari yang sekarang ni. Orang tua hanya berapa peratus je dari keseluruhan umat manusia ni.
Maka, nak tak nak, untuk memberi ruang kepada kelahiran baru, golongan muda dan ke bawah akan di-'sacrifice'. Bunyi ayat aku ni macam kejam tapi point aku ialah mesti ada kematian kalau nak ada kelahiran. Kalau lahir je, takde kematian, resources takkan cukup untuk sume. Kalau asyik mati je, takde kelahiran, sapa yang tinggal?
Sebenarnya, Allah itu Maha Adil. He done everything with a cause and He gave us the 'akal' to figure it out. After figuring it out, He'll expect us to be a more faithful Muslim. Wallahualam.
P/s: topik ini terbuka untuk perbincangan

Kekacauan Minda

Salam

Hari ni aku nak tulis post banyak2 sebab aku cam takde mood nak study const. law yang buat kepala aku pusing tu. Kemungkinan aku akan di-'sound' oleh cik emy juga sangat tinggi hari ni sebab tak study. My day starts miserably. Mula2 tak cukup tido sebab aku kepanasan. Roommate aku slowkan kipas sebab katil dia kat atas dan dia tak tahan sejuk. Maka aku yang kat bawah ni pun kepanasan la. Pastu aku bangun awal dari masa yang sepatutnya aku bangun sebab mak aku tepon risau dengan anak dia yang tak brape sihat ni. Lepas borak2 aku ingat nak tido balik tapi tak boleh. Aku juz dapat tido yang tak lena je.

Masa tengah tido yang tak lena tu, tetiba lak perut aku ni buat perangai. Sakit tahap petala kelapan. Dah la sakit yang kejap datang, kejap hilang. So aku tido pun ikut frekuensi kesakitan tu. Siap macam2 posisi aku tido nak hilangkan sakit tu. Last2 aku g toilet. Pastu baru lega ckit. Itu pun sakit ade lagi. In fact, sekarang ni pun perut aku masih buat perangai lagi.
Hari ni aku terlepas lunch sebab bangun lewat plus tak rasa nak makan sebab sakit perut tu. Hari ni memang aku buat rekod mandi 'pagi' paling lewat selama aku hidup kat kolej ni. Dah abes mandi cadangnya nak study. Tapi bila tengok timbunan nota yang aku kena sort out atas meja study ni, terus mati niat. Seriusly, bila korang dah start hari dengan teruk korang takkan ada mood nak buat benda yang mencabar minda dan fizikal lepas tu. Kepala pun tengah weng2 ckit.
Lepas ni aku nak post pasal benda lain plak. Tengah2 weng ni keinginan nak tulis post sangat la kuat.

Sunday, April 26, 2009

Pengejar dan Dikejar II

Beberapa ari lepas, aku ada post satu entry tajuk "Pengejar dan Dikejar". Aku tulis entry tu sebab tetiba dapat ilham lepas lepak dengan sorang kawan aku ni. Dan aku langsung tak expect akan dapat comment dari silent reader aku. (Btw, aku baru tau dari kawan aku yang sebenarnya ramai dah tau ni adalah blog aku). Dan aku lagi tak expect dia akan letak comment yang mampu buat aku terkedu (3 kali, no less!).



To Mr. Hanzo (naturally, I assume you are a he), I don't know who you are, what are your intentions or whether you are just amusing urself. All I know is that you managed to impressed me (a lot) because it's not an easy feat to stumped me three times in a row. That is a compliment for you. I'll look forward to your comments.

Kepada pembaca2 aku yang lain, terima kasih sebab lawat blog aku.


p/s: tajuk dengan isi xde kaitan langsung.....

Ketawa atau Menangis?!

tadi discuss measurement dengan member2.....
tengah2 discuss tu plak ade sorang buat lawak tak masuk akal...
stress pnye pasal aku gelak sakan sampai keluar air mata.....
orang lain ingat aku menangis sebab mata aku merah....
ye, aku mampu ketawa dan menangis pada masa yang sama......
mampukah anda?


p/s: aku masih dalam kebengongan masa tulis entry ni (x_o)

Saturday, April 25, 2009

That day I had a conversation with a friend. We talked about something that is sensitive. And the things we talked made me think (a lot); and all the thinking really stressed me out. After all the thinking, I realised there is something that scares me and that something is my ownself. Yes, I'm afraid of myself. I cannot tell here the whys (is this correct?) of it. All I can say is I'm afraid I'll lose control of myself. What holding me back right now is my faith.
P/s: to the friend I mentioned above, if u read dis, i hope u'll understand what i'm trying 2 say....

Thursday, April 23, 2009

Kesengsaraan

Akhirnya, aku bebas. Bebas dari catuan. Bebas dari berhati-hati. Bebas dari berjimat-cermat. Seminggu aku terseksa. Seminggu aku kena catuan. Seminggu aku kena berjimat-cermat. Akhirnya, aku dapat bermewah. Tak payah fikir banyak kali. Tak payah nak kena buat kiraan lagi. Akhirnya aku dapat tau apa itu nikmat. Dan aku juga dapat pengajaran yang penting;hargai semua benda dalam hidup anda.

Tak, aku bukan bercerita tentang duit, air mahupun makanan. Aku sedang bercerita tentang SABUN MANDI. Ye sabun mandi juga boleh buat hidup anda sengsara. Pastikan stok sabun mandi anda sentiasa mencukupi.



p/s: aku mampu tulis 2 entry dalam satu hari walaupun tengah exam sebab ari ni aku 'lari' dari study

Pengejar dan Dikejar

Salam

Ada orang cakap 'jangan kejar orang, biar orang kejar kita'. Apa yang orang tu cakap memang betul dan boleh diaplikasikan kat berbagai situasi. Situasi pertama ialah apabila kita amek 'perumpamaan' tu secara literally. Bila kita main kejar2 atau dikejar oleh kengkawan sebab dah pekena kan diorang, yang dikejar selalunya akan ada advantage sebab dia dah lari dulu. Yang dikejar gak ada advantage sebab dia boleh buat route dia sendiri. Pastu dia boleh main tipu dengan menyorok. Ingat tak camne frustnye kita bila tak dapat kejar kengkawan kita tu? Sebab tu la jadi yang dikejar tu lagi bagus (at least dlm pandangan aku la).

Situasi kedua plak dalam sukan, tak kisah la sukan ape. Contoh pertama: lumba lari. Memang terang-tang-tang yang dikejar yang better sebab dia lebih dekat dgn kemenangan. Contoh kedua: mana2 sukan berpasukan. Selalunya sukan berpasukan guna skor. Bila kita tengah lead, kita menjadi yang dikejar. Team lawan kena 'kejar' markah kita kalau dia nak menang. Masa kita sedang 'dikejar' kita boleh manipulasi lawan supaya diorang lagi jauh ketinggalan. Maka, sekali lagi, menjadi yang dikejar lebih bagus.

Situasi seterusnya ialah dalam akademik. Biar orang cuba untuk saingi markah dan CGPA kita dari kita asyik ketinggalan terhegeh-hegeh cuba nak saingi CGPA orang tapi tak dapat2.

Last situasi yang aku dapat fikir ialah percintaan. Yup, ia juga boleh di-apply di sini. Ramai yang frust sebab orang yang dikejar tak dapat. Orang yang kita taknak plak yang kejar kita. Tapi at least bila dikejar, ego besar la sikit sebab ada orang nak kat kita (huhuhu). Biar orang kejar kita sebab kalau kita dok kejar orang pastu orang tu tak layan kita, kan sangat boleh merendahkan self-esteem kita (pernyataan ni dibuka untuk argument). Owh, sebelum orang salah faham, kejar dalam konteks ini bukan la bermaksud kita terhegeh-hegeh kat orang tu, tapi bila kita berusaha secara subtle untuk mendekati orang itu.

Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita mestilah sentiasa jadi yang 'dikejar'. Nak jadi 'pengejar' pun boleh tapi sentiasa la rasa cemburu tengok yang 'dikejar' tu berjaya. Maka, berusahalah untuk menjadi yang 'dikejar'.


P/s: walaupun aku tulis benda ni, tapi aku selalu je jadi 'pengejar' dalam hidup aku...korang jgn la jadi macam aku ek...huhu

Tuesday, April 21, 2009

Kesan-Kesan Study Week dan Exam Week

Kesan2 study and exam week kepada aku:

i) sleep overload (sebab lepas baca 4-5 mukasurat je aku tertido)

ii) terlebih makan (sebab study memerlukan tenaga yang banyak maka aku selalu rasa lapar)

iii) terlebih belanja duit (sebab banyak makan maka banyak la duit yang keluar)

iv) jadi hyper (sebab aku stress bila study maka aku perlu jadi hyper untuk hilangkan stress itu)

v) jadi pelupa (sebab kena hafal banyak benda maka aku terlupa benda2 lain. cthnye: pagi tadi aku lupa aku sangkut cermin mata aku kt baju dan aku pegi cari cermin mata aku tu kat atas meja, atas katil, dalam almari dan segala tempat yang bukan baju aku)

vi) aku menjadi lebih clumsy (walaupun aku memang asalnya clumsy tapi bila camni aku xtra clumsy..pagi tadi je aku terhantuk kat katil aku yang rendah tu dua kali..sakit woo)

vii) aku mati kutu (sebab bila dah bosan study aku tak tau nak buat ape)

viii) keinginan nak belasah orang makin dahsyat (ini juga adalah kesan stress)

Tuesday, April 14, 2009

Swirling Thoughts

"bahagia dan cuba untuk bahagia adalah dua benda berbeza"
"happy dan cuba untuk happy juga adalah dua benda berbeza"
"not making a decision IS a decision"
"apa kau akan buat kalau ko dapat berita yang 50-50 chance akan ubah hidup kau?"
"hurmm,aku ade frenemy rupanya"
"boleh tak aku aku nak ketawa dan nangis pada masa yang sama?"
"kenapa kita pilih kiri?kenapa kita tak pilih kanan?....."
"dalam hidup kadang2 kita kena kejam kalau nak survive"
"takde sape boleh tolong aku kecuali diri aku sendiri"
"don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you"
"s*** happens"
"aku tak berubah...sebab aku takut dengan perubahan"
"we laughed, we cried, we celebrate...life's that"
Bila nak exam otak aku akan jumble-up dan terhasil-lah entri seperti ini. Maka, kalau korang rase serabut lepas baca entri ni, maafkan la aku (walaupun dalam hati nak kata 'lantak korang la') =p