Thursday, April 23, 2009

Pengejar dan Dikejar

Salam

Ada orang cakap 'jangan kejar orang, biar orang kejar kita'. Apa yang orang tu cakap memang betul dan boleh diaplikasikan kat berbagai situasi. Situasi pertama ialah apabila kita amek 'perumpamaan' tu secara literally. Bila kita main kejar2 atau dikejar oleh kengkawan sebab dah pekena kan diorang, yang dikejar selalunya akan ada advantage sebab dia dah lari dulu. Yang dikejar gak ada advantage sebab dia boleh buat route dia sendiri. Pastu dia boleh main tipu dengan menyorok. Ingat tak camne frustnye kita bila tak dapat kejar kengkawan kita tu? Sebab tu la jadi yang dikejar tu lagi bagus (at least dlm pandangan aku la).

Situasi kedua plak dalam sukan, tak kisah la sukan ape. Contoh pertama: lumba lari. Memang terang-tang-tang yang dikejar yang better sebab dia lebih dekat dgn kemenangan. Contoh kedua: mana2 sukan berpasukan. Selalunya sukan berpasukan guna skor. Bila kita tengah lead, kita menjadi yang dikejar. Team lawan kena 'kejar' markah kita kalau dia nak menang. Masa kita sedang 'dikejar' kita boleh manipulasi lawan supaya diorang lagi jauh ketinggalan. Maka, sekali lagi, menjadi yang dikejar lebih bagus.

Situasi seterusnya ialah dalam akademik. Biar orang cuba untuk saingi markah dan CGPA kita dari kita asyik ketinggalan terhegeh-hegeh cuba nak saingi CGPA orang tapi tak dapat2.

Last situasi yang aku dapat fikir ialah percintaan. Yup, ia juga boleh di-apply di sini. Ramai yang frust sebab orang yang dikejar tak dapat. Orang yang kita taknak plak yang kejar kita. Tapi at least bila dikejar, ego besar la sikit sebab ada orang nak kat kita (huhuhu). Biar orang kejar kita sebab kalau kita dok kejar orang pastu orang tu tak layan kita, kan sangat boleh merendahkan self-esteem kita (pernyataan ni dibuka untuk argument). Owh, sebelum orang salah faham, kejar dalam konteks ini bukan la bermaksud kita terhegeh-hegeh kat orang tu, tapi bila kita berusaha secara subtle untuk mendekati orang itu.

Sebenarnya, dalam kehidupan kita ni, kita mestilah sentiasa jadi yang 'dikejar'. Nak jadi 'pengejar' pun boleh tapi sentiasa la rasa cemburu tengok yang 'dikejar' tu berjaya. Maka, berusahalah untuk menjadi yang 'dikejar'.


P/s: walaupun aku tulis benda ni, tapi aku selalu je jadi 'pengejar' dalam hidup aku...korang jgn la jadi macam aku ek...huhu

6 comments:

salamander hanzo said...

bergembiralah,anda sedang dikejar..

DoT dOt DoT said...

owh yeke?
x tau plak...nnti2 la sy bergembira ye.....

salamander hanzo said...

suit yourself...

DoT dOt DoT said...

of course....
sorry 4 being sarcastic tho...can't help it

salamander hanzo said...

nope,love your sarcasm
keep it up

DoT dOt DoT said...

wow,finally sum1 who appreciates my sarcasm....oh, i'm being sarcastic again...and again....