Wednesday, April 29, 2009

The Ugly and The Bad

Salam

A few weeks ago, aku dengan family pegi sebuah negeri kat utara. Oleh sebab perjalanan macam jauh kami bertolak pagi. Nak tak nak, kena la aku bangun awal. Dah la aku tido lewat malam tu. Maka dalam perjalanan tu, aku pun cover balik tido aku tu.

Tengah aku tido, tetiba rasa kereta berhenti. Aku pun bangun la, ingatkan berhenti kat R&R. Aku tengok kat luar, "eh, apsal kat tengah highway ni?". Rupa-rupanya traffic congestion sebab ada lori terbakar dan polis terpaksa stop kan traffic sementara tunggu bomba sampai; takut lori meletup. Kereta ayah aku adalah kereta yang ketiga atau keempat dari depan, so aku boleh nampak la apa jadi (itu pun aku kena buat gaya tarzan keluar dari tingkap kereta =P)

Masa tengah tunggu bomba sampai ni lah aku dapat tengok macam2 perangai rakyat Malaysia ni. Mula2 skali pemandu kereta depan kereta ayah aku. Aku panggil dia Pakcik Kepoh. Pakcik Kepoh ni kluar kereta sebab nak tengok apa yang sedang berlaku. Pastu dia pegi jalan tanya kat Encik Polis-Yang-Buncit-Tapi-Comel apa yang sedang terjadi. Pakcik Kepoh ni siap borak2 dengan Encik Polis tadi. Dah abis borak dengan Encik Polis dia pegi borak dengan orang lain plak. Encik Polis-Yang-Buncit-Tapi-Comel ni plak memang comel dan adorable. Dia dah menjalankan tugas dengan baik control traffic.

Pastu ade plak Pakcik Johor-Yang-Sakit-Belakang. Aku assume dia dari Johor sebab kereta dia pakai nombor pendaftaran Johor. Aku cakap dia sakit belakang sebab masa tengah kereta stop tu dia keluar dan perkara pertama yang dia buat adalah menggeliat kat tengah2 highway tu. Pastu dia buat gaya nak betulkan tulang belakang. Maybe dia dah penat drive dari Johor, sebab tu dia buat cam tu.

Kemudian, ada plak Encik Pulau Pinang-Yang-Pentingkan-Diri dan Encik Harrier-Yang-Besar-Tapi-Kesian. Encik Pulau Pinang itu sangat la mementingkan diri sebab dia guna lorong kecemasan dengan harapan dapat lepas dari traffic congestion tu. Encik Polis tu tahan Encik Pulau Pinang dan suruh dia masuk line balik sebab bomba nak lalu nanti tapi disebabkan traffic memang tak jalan maka Encik Harrier tu terpaksa la cuba untuk mengecilkan diri untuk bagi Encik Pulau Pinang tu ruang. Aku panggil dia Encik Pulau Pinang sebab nombor pendaftaran dia nombor Pulau Pinang.
Kat sebelah kereta ayah aku plak ada Encik Pickup Truck-Yang-Cool. Aku cakap dia cool sebab dia cool dan relax je macam takde pape yang berlaku. Kena bagi ruang untuk kereta yang pentingkan diri pun dia rileks je. Tak lama pastu muncul lagi dua buah kereta yang pentingkan diri. Satu tu Encik-Wira-Aku-Tak-Nampak-Dia-Menyelit-Kat-Mane dan satu lagi ialah Encik CRV-Lama-Yang-Muka-Je-Hensem-Tapi-Takde-Kesedaran-Sivik-Bersama-Penumpang-Rambut-Mahal-Tapi-Macam-Lembut. Encik CRV tu tak dinafikan memang hensem (aku tau sebab dia masuk lorong sebelah dan dia belakang sikit je dari kereta ayah aku) tapi perangai tak sabar dia tu buatkan aku lebih suka tengok Encik Polis yang comel tu. Aku tau penumpang dia macam lembut sebab dia keluar dari kereta dan jalan ke depan sebab nak tengok apa jadi dan ye, dia jalan macam perempuan ckit. Oh ye, rambut dia memang 'mahal'.
Lebih kurang setengah jam kemudian, bomba pun sampai dan api pun dapat dipadamkan. Nak padam api tu tak sampai 5 minit pun. Yang lamanye tunggu Encik2 Bomba tu sampai. Lepas api padam polis pun bagilah kami semua jalan. Tapi satu lorong je bukak. Maka kereta salah satu lorong tu kena masuk ke lorong sebelah. Time ni pun ada la beberapa perangai buruk rakyat Malaysia ni terserlah. Yang aku ingat dua buah kereta sebab dua buah ni memang menyakitkan ati. Satu Encik Mercedes-Yang-Mentang2-Dia-Mercedes-Dia-Ingat-Boleh-Buat-Sukati-Dia-Je. Encik Mercedes ni drive macam jalan tu dia punya sorang je dan sume orang kena bagi keutamaan kat dia. Dah la dah tua (ye, aku memang sangat sakit ati dengan dia). Pastu ada Encik-Perdana-Yang-Perasan-Bagus-Nak-Jadi-Mercedes. Encik Perdana ni pun perangai macam Encik Mercedes tu. Ingat highway tu dia punya sorang je ke. Orang lain pun bayar tax gak tapi takde buat perangai huduh tu.
Malaysia ni best tapi perangai rakyat yang buat negara jadi tak brape nak best. Becoming rich doesn't mean you are more civilised. Kalau kaya tapi mentaliti macam orang tak bertamadun, baik takyah hidup (ye,pendapat ini agak harsh). Patutnya negara dah maju, rakyat dah kaya harta, moral pun kena kaya gak.
P/s: kadang2 aku pun ter-tak bertamadun......

3 comments:

marinata said...

hoihh...pjg gler ko cte...
dsebabkan ak pn gler blog..
ak pon trpacak depan laptop bace cte ko nih... hahaha...weh!! study law!! haha

asrulnizam said...

btol2..nape org kaya selalu belagak..rimas aku..
biasa2 sudey..hehe

DoT dOt DoT said...

cik marinata:
ahaha...nak wat camne,byk sgt character yang aku jmpa....hehe
baik,baik,nak study la ni.....huhu

en. asrulnizam:
ntahnye...mcm la kaya tu boleh bwk masuk kubur...tapi tak sume org kaya cmtu...cuma yang teruk lebih ramai dari yang baik....